Sunday, July 31, 2011

SUDAHKAH KITA BERSEDIA UNTUK MATI?

Itukah persoalan yang cukup popular ?

 Perjalanan hidup manusia di atas muka bumi ini tertakluk kepada hukum alam yang dipanggil sunnatullah.Yang muda akan tua.Yang sihat akan sakit.Yang hidup akan mati.

Soalnya kita sendiri tidak tahu setakat mana usia kita yang telah Allah tetapkan sejak azali lagi.

Persoalan mati ini sudah cukup untuk merentap segala 'kelazatan' sebuah kehidupan bagi manusia yang mahu memikirkannya.

Sememangnya kematian sama ada mahu atau tidak,pasti akan mengunjungi setiap makhlukAllah yang bernyawa di muka bumi ini.

Sebagai seorang Islam,kita sering diperingatkan bahawa dunia ini hanya sebuah persinggahan dan apabila tiba masanya kelak kita pasti akan kembali ke alam yang abadi iaitu akhirat.

Sebelum itu apabila roh bercerai dari badan ia akan di tempatkan di destinasi pertama iaitu alam kubur atau alam barzakh.Di sinilah akan tercetus perhitungan antara kita dengan malaikat maut,di situlah kita akan disoal berhubung apa yang kita lakukan di dunia.

Bagi mereka yang beriman dan mempunyai amal ibadat yang cukup,alam barzakh adalah gambaran awal sebuah kehidupan di syurga dan sebaliknya jika tidak beriman maka alam barzakh bagaikan lubang-lubang neraka yang mengerikan.
Justeru janganlah kita leka terhadap kenikmatan hidup di dunia ini,semuanya hanya keseronokan sementara.
Fikirkanlah persediaan kita bagi menghadapi kematian.

Kejadian manusia adalah suatu misteri.Daripada manusia dilahirkan sehinggalah mereka mati,segala apa yang berlaku pada tubuh mereka adalah penuh dengan keajaiban.Bagi yang mengkaji dan memahaminya adalah sesuatu yang bermakna. Kita akan dapat menghayati kebesaran Pencipta.

Sebenarnya sejak dilahirkan sehinggalah mati tubuh manusia sentiasa berubah.Perubahan berlaku dalam semua aspek fizikal,mental,emosi dll.Ada perubahan yang tidak boleh dikawal umpamanya perubahan tumbesaran dari janin ke bayi,kanak-kanak ke dewasa,tua dan akhirnya MATI.

Pada umumnya tubuh kita paling cergas pada umur antara 20-30 tahun.Pada waktu ini otot-otot kita sangat kuat.Selepas itu kekuatan fizikal dan mental merosot,dimana ini merupakan gejala proses penuaan bagi manusia.Walau bagaimana pun,gejala ini lebih ketara/dapat dirasai hanya selepas usia 50-an.

Semakin tua kita semakin lambat sel-sel tubuh yang mati mendapat gantinya.Akibatnya tulang menjadi begitu rapuh dan mudah patah.Otot-otot menjadi kendur,sendi-sendi menjadi keras,lalu menyebabkan seseorang itu susah untuk bergerak.Tulang-tulang rangka mengecil dan kulit menjadi kendur dan berkedut.Oleh sebab itu kita akan dapati orang tua kelihatan lebih rendah sedikit.Pada masa yang sama juga deria-deria menjadi kurang berkesan.Penglihatan,pendengaran menjadi lemah ,begitu juga deria sentuh,rasa,bau dsg.

Apabila sampai ajal seseorang itu akan mati.Apabila seseorang itu mati,maka pernafasannya terhenti.Ini bermakna bekalan oksigen ke paru-paru juga akan terhenti.Jantung juga berhenti dari mengepam darah ke seluruh badan.Dengan ini,sel-sel tubuh tidak mendapat bekalan oksigen dan makanan.Akibatnya ialah kematian.
Untuk memastikan sama ada seseorang itu mati,boleh ditentukan dengan mengesan aktiviti otak.Jika otak masih berfungsi,seseorang itu belum dianggap mati lagi,walaupun ia kelihatan seperti mati.

Tidak kira berapa umur,tua atau muda,semua orang akan mati dengan berbagai sebab umpamanya penyakit/kecederaan dll.
MATI PERKARA MESTI.HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH...BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA..
 SUDAH BERSEDIAKAH ANDA UNTUK MATI?

No comments:

Post a Comment