Perkara ini penting sebab kita perlu berhati-hati memilih manusia yang akan menjadi wakil rakyat atau pemimpin.
Berikut dijelaskan jenis-jenis manusia berdasarkan panduan Al-Quran dan hadis:
MUSLIM YANG BAIK
Renungi maksud hadis Rasullallah SAW berikut : Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a., katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasullallah SAW, "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?" Jawab Rasullallah SAW , "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya." (Sahih Muslim 33)
Marilah kita sama-sama mengamalkan hadis di atas.Kita pastikan lidah kita dan perbuatan kita tidak mendatangkan bencana kepada masyarakat.
Tanggungjawab kita adalah untuk menyampaikan kebenaran,iaitu perkara yang hak kepada masyarakat.Semoga perjuangan kita untuk Islam dan jihad kita kerana Allah tercapai.
MANUSIA JAHAT
Renungi maksud hadis Rasullallah berikut: Dari Abu Dzar r.a.,katanya Rasullallah SAW bersabda :"Sepeninggalan ku kelak,akan muncul satu kaum yang pandai membaca Al-Quran tetapi tidak melewati kerongkongan mereka (hanya sekadar baca sahaja).Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya,di mana mereka tidak pernah lagi kembali ke dalam agama itu.Mereka itu adalah sejahat-jahat makhluk dan tingkahlaku mereka." (Sahih Muslim 1027)
Ciri-ciri manusia jahat yang dimaksudkan oleh hadis di atas ada dua iaitu pandai membaca Al-Quran dan kedua mereka hanya sekadar baca saja tanpa melaksanakan perintah tersebut--yakni cakap tak serupa bikin!
MANUSIA FASIK
Renungi maksud firman Allah berikut: Hai orang-orang yang beriman,jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita,maka periksalah dengan teliti,agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan mu itu. (Surah Al-Hujuraat ayat 6)
Apa yang diajarkan oleh ayat di atas ialah orang yang menyebarkan berita itu adalah orang yang berniat jahat dan orang fasik.Orang fasik menuduh seorang muslim tanpa bukti dengan mempunyai niat jahat iaitu menyebarkan fitnah.
Sebenarnya cara yang paling mudah bagi mengatasi masalah ini adalah dengan buat tak tahu/tak endah terhadapnya ,sekiranya tidak tahu asal usulnya atau tidak tahu siapa yang menyebarkannya.
MANUSIA MUNAFIK
Renungi maksud hadis Rasullallah SAW berikut:
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.,katanya Nabi SAW bersabda :"Ada empat perkara,barang siapa terdapat pada dirinya lengkap keempatnya,itulah dia orang munafik sesungguhnya.Dan barang siapa terdapat padanya satu perkara sahaja,maka ia termasuk munafik juga,hingga ditinggalkannya sifat yang satu itu:
1.Apabila dipercayai,dia khianat.
2.Apabila berkata,dia dusta
3.Apabila berjanji,dia mungkir
4.Apabila ia bermusuhan,ia sangat jahat."
(Sahih Bukhari 28)
Hadis di atas menerangkan kepada kita terhadap ciri-ciri manusia yang munafik,maka berhati-hatilah kerana orang munafik memang musuh Islam sejak dari zaman Nabi SAW lagi.Di zaman sekarang memang ramai orang yang memenuhi ciri-ciri tersebut.
MANUSIA YANG TIDAK BOLEH MASUK SYURGA
Renungi maksud hadis Rasullallah berikut:
Dari Hudzaifah r.a., kata Rasullallah SAW bersabda: "Tidak dapat masuk syurga,orang-orang yang menyiar-nyiarkan berita untuk mengacau." (Sahih Muslim 82)
Jelaslah dari maksud hadis di atas bahawa orang yang mengia-iakan (membenarkan) berita yang mengacau tidak akan dapat masuk syurga.Umpamanya berita/slogan dari orang PAS mengatakan 'UNDI PAS MASUK SYURGA" adalah berita yang mengacau/mengganggu pengundi Islam.Janganlah kita mengia-iakan dan menyebarkan berita/slogan itu.Jangan tertipu dengan golongan ini-kerana mereka adalah manusia yang tidak akan masuk syurga.
No comments:
Post a Comment