Politik merupakan satu arena yang menjadi tarikan bagi orang-orang tertentu.Minat berpolitik merupakan naluri semula jadi bagi manusia,mungkin kerana hajatkan kuasa,gila kuasa,tamak kuasa untuk memerintah dsg.Itu sebabnya kita perlu bijak bermain politik agar tidak tersasar dari matlamat utama kehidupan ini--iaitu mempertahankan dua kalimah syahadah/jalan yang lurus hingga ke akhir hayat.Oleh itu hal-hal berikut WAJIB dihindari agar tidak membatalkan keislaman kita yakni menjadi murtad;
Pertama:
Mempersekutukan Allah (syirik) dalam ibadah.
Antara perbuatan syirik adalah meminta doa/pertolongan kepada orang yang telah mati,bernazar/menyembelih korban demi mereka dsg.
Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah dengan meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakal) kepada perantara itu.Mereka yang melakukan hal sedemikian telah kafir.
Ketiga:
Tidak mengkafirkan orang musyrik,atau ragu akan kekafiran mereka,ataupun membenarkan fahaman (mazhab) mereka,dengan demikian ia telah kafir.
Keempat:
Berkeyakinan bahawa ada yang selain daripada sunnah Nabi Muhammad SAW itu lebih sempurna iaitu mengenepikan hukum ketentuan baginda.,atau mengutamakan aturan-aturan manusia (taghut) yang melampaui batas lagi menyimpang dari hukum Allah umpamanya menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau berpendapat melaksanakan hukum Allah (spt hudud) telah tidak sesuai lagi di masa kini dsg .Mereka yang berkeyakinan sebegini adalah kafir.
Kelima:
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasullallah SAW,sebagai syariat baginda,walaupun orang itu
mengamalkannya,maka ia menjadi kafir.
Keenam:
Memperolok-olokkan terhadap sesuatu dari ajaran Rasullallah SAW,walaupun terhadap pahala atau siksaan yang telah menjadi ketetapan agama,maka ia menjadi kafir.
Ketujuh:
Sihir.Barang siapa mengerjakan sihir atau senang atau rela dengannya maka ia adalah kafir.
Kelapan:
Membantu atau menolong orang-orang musyrik untuk memusuhi kaum muslimin.Barang siapa melakukan perkara ini maka ia telah kafir.
Kesembilan:
Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti syariat Nabi Muhammad SAW,maka mereka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir.
Kesepuluh:
Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah,atau hal-hal yang menjadi syarat mutlak sebagai muslim,tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya.
Kesebelas:
Barang siapa mengkafir seorang muslim,maka ucapan itu kembali kepada dirinya sendiri apabila orang yang dikafirkan tidak kafir.
SELAMAT BERPOLITIK KERANA ALLAH.
No comments:
Post a Comment