1.Keretakan dalam perpaduan Melayu telah berlaku sejak tertubuhnya parti PAS tahun 1951 angkara ulama.
2.Pekara ini amat mendukacitakan berlarutan hingga kini dimana boleh menumbangkan kekuatannya di negara sendiri di tangan musuh-musuhnya.
3.Saya berpendapat sesuatu langkah yang berkesan perlu dilakukan supaya bangsa Melayu bersatu semula sebagaimana perintah Allah.
4.Jadi suatu usaha yang ikhlas semata-mata ingin menyatu-padukan bangsa Melayu berlandaskan hukum-hukum Islam amat perlu oleh mereka-mereka yang peka tentang soal ini.
5.Keretakan di dalam perpaduan bangsa Melayu berpunca dari perselisihan pendapat sesama sendiri,terutama dalam soal keagamaan dan taksub politik.
6.Allah berfirman yang bermaksud"Hai orang-orang yang beriman,taatlah Allah dan taatilah RasulNya,dan ulul amri di antara kamu.Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu,maka kembalikanlah ia kepada Allah(Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya),jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."(Surah An Nisaa' ayat 59)
7.Perselisihan dikalangan bangsa Melayu timbul akibat bermacam-macam isu yang ditimbulkan,terutama isu-isu agama yang banyak dimainkan oleh PAS sehingga sanggup mengkafirkan saudara seagama dari UMNO.
8.Pihak UMNO banyak berhujah/berkempen dengan isu-isu pembangunan/pendidikan/ekonomi yang nampaknya kurang menangkis hujah-hujah dari PAS.
9.Akibatnya ramai penyokong UMNO menjadi ragu-ragu kerana pemuka-pemuka PAS adalah terdiri dari golongan yang mengaku diri mereka sebagai ulama dan ustaz.
10.Dengan isu-isu agama ini PAS berjaya meraih simpati serta sokongan dari kalangan orang surau dan masjid.
11.Memandangkan isu-isu yang dimainkan PAS ialah berkaitan dengan agama Islam,maka sesuailah kita merujuk ke pada Al-Quran dan Hadis bagi menyelesaikan masalah perselisihan pendapat orang Melayu ini bagi menentukan siapakah yang berada di pihak yang benar.
12.Allah SWT berfirman "Dan katakanlah:'Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap."Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. (Surah A;-Israa' ayat 81)
13.Sebenarnya apa yang diperjuangkan oleh UMNO itu adalah lebih BENAR dari apa yang dilaungkan oleh PAS.
14.Sebenarnya PAS mengatakan bahawa mereka parti Islam namun semua tindak-tanduk mereka adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang suci.
15.Sebenarnya PAS cuma menggunakan Islam untuk mencapai cita-cita politik mereka dan untuk itu mereka telah sanggup mencemarkan kesucian Islam,bukannya UMNO.
16. Memang diakui terdapat kepincangan dalam UMNO.Ini kerana UMNO bukan parti malaikat.Pemimpin UMNO dan ahlinya adalah manusia biasa yang tidak sunyi dari kesilapan.Cuma Allah swt saja yang Maha Sempurna.
17.Janganlah yang tak elok dan pincang saja yang kita nampak tetapi jasa kejujuran pemimpin UMNO sejak dulu lagi memartabatkan Islam tidak langsung dihargai.Buang sifat ego,hasad,dengki dan sifat mengutamakan diri sendiri.Insya Allah akan timbullah kebenaran yang hak.
18.Namun yang penting sekarang ini adalah menerangkan kebenaran kepada generasi baru dan mereka yang telah ditipu dan dipesongkan serta disesatkan oleh parti PAS agar orang Melayu iaitu orang Islam bersatu semula.Sampai bila nak berpegang kepada fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga dsg.Renungkanlah!
19.Firman Allah yang bermaksud:"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah,dan janganlah kamu bercerai-berai,dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan,maka Allah mempersatukan hati mu,lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara;dan kamu telah berada ditepi jurang neraka,lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,agar kamu mendapat petunjuk.(Surah Al-Imran ayat 103)
20.Wahai semua orang Melayu di bumi Malaysia ini,marilah kita bersatu padu dengan berpegang pada tali Allah iaitu agama Islam.Marilah kita bersatu pertahankan hak ketuanan Melayu/Islam.Mari kita pastikan masa depan yang cerah untuk anak cucu kita.
21.Seterusnya,pastikan agar diri kita tidak diperalat oleh orang-orang tertentu untuk kepentingan politik sempit mereka.Pastikan kita tidak terus diperbodohkan hingga ke akhir hayat.Yakinlah bahawa UMNO dipihak YANG BENAR yakni agama Islam dan Allah akan melepaskan kita dari belenggu penjajahan dan penderitaan di dunia dan siksa neraka di akhirat,dan dikurniakan nikmat yang lebih banyak.
No comments:
Post a Comment