1.Ingatlah bahawa Allah SWT memerintahkan kita supaya sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia (bukannya lalai dibuai hiburan,harta duniawi dsg) dan maju bersama-sama jemaah atau dalam keadaan yang bersatu padu.Janganlah kita bercerai-berai,berbalah tak habis-habis cari salah orang.
2.Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib dan keadaan kita sekiranya kita tidak mengubahnya sendiri.Jangan harap orang kafir nak tolong menyatu-padukan Melayu/Islam,mereka suka Melayu/Islam lingkup dan jadi kuli selamanya.
3.Orang-orang Melayu jangan sesekali menjahanamkan UMNO yang telah banyak berjasa kepada agama,bangsa dan tanah tumpah darah kita ini sebagaimana yang kita saksikan hari ini.Bayangkanlah apa bakal berlaku kepada orang Melayu selama ini sekiranya UMNO gagal? Sedarlah bahawa kita tidak boleh bergantung harap kepada parti siasah Melayu/Islam lain samada PAS/PKR kerana sudah terbukti mereka ini semua gila kuasa sehingga sanggup lakukan apa saja termasuk menggadaikan agama,bangsa dan negara!
3.Ingatlah bahawa matlamat perjuangan UMNO bagi mengujudkan satu bangsa Melayu yang beriman,berilmu dan maju adalah menurut perintah Allah SWT.Pihak UMNO memang sedar akan segala cabaran dan bahaya yang akan bakal dihadapi tanpa perpaduan kukuh sesama Melayu/Islam.UMNO memang berusaha ke arah persaudaraan muslim.Namun apa yang menyedihkan ialah Melayu dalam PAS/PKR/Bebas bukan saja tidak mahu membantu,tetapi mengambil kesempatan untuk jadi juara/popular disamping membuat bermacam-macam tuduhan/cerita ke arah menghasut orang ramai supaya membenci/menjauhi UMNO dan pemimpin UMNO.Maka dengan itu bercakaranlah Melayu DIPERMAINKAN OLEH ORANG KAFIR/MUSUH ALLAH.
4.Ingatlah bahawa musuh-musuh Melayu/Islam sentiasa mengambil tempat dan memainkan peranan bagi memporak-perandakan perpaduan /kestabilan politik Melayu/Islam di negara ini dengan berusaha mengikis kekuasaan Melayu/Islam yang sedia ada.Mereka menggunakan pemimpin PAS/PKR yang gila kuasa/harta/betina bagi melumpuhkan kekuatan perpaduan Melayu dengan harapan UMNO lingkup dan parti PAS/PKR/DAP yang jadi tunggangan mereka menggantikan pemerintahan UMNO,.pada ketika itu baru Melayu sedar langit tinggi ke rendah.Jangan harap PAS boleh ganti UMNO untuk bela Melayu/Islam,lihat contoh yang diberi oleh Allah keadaan negeri yang ditadbir mereka.Melayu jadi begitu malang/merempat.!!
5.Ingat akan pepatah'yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran'.Inilah yang akan berlaku kepada Melayu dan telah pun berlaku di beberapa negeri yang diperintah oleh PAS/PKR/DAP.sudah tak guna menangis ramai-ramai pun.Sudah tak ada ertinya.Bagi pemimpin mereka menangis kerana kuasa Melayu hampir pupus dirampas si kafir,sementara bagi rakyat biasa menangis untuk sesuap nasi pagi dan petang,kerana kehidupan sudah tidak terbela lagi macam dulu malah dihina jadi 'lembu' untuk berdemontrasi di jalanan bagi menjahanamkan terus Melayu di bumi Malaysia ini oleh si kafir harbi.Peringatan sebegini pun masih tak faham lagi....tak tahu la apa nak jadi dengan Melayu/Islam yang tak suka bersatu ni,kata bodoh marah...habis nak kata apa lagi...tunggulah balasan Allah kerana mengingkari perintahnya untuk bersatu,tapi Melayu tak mau bersatu.Apa ni Melayu dah langgar perintah Allah,masuk neraka nanti!!!!.
6.Ingatlah bahawa bangsa Melayu/Islam akan lebih berdaya maju sekiranya parti pembangkang Melayu iaitu PAS/PKR/KITA dsg berada dalam satu wadah perjuangan yang boleh diterima oleh seluruh rakyat negara ini atau berada dalam satu saf jihad yang sudah kuat,konsisten,berani dan telah tersedia wujud iaitu UMNO untuk sama-sama membangunkan keadaan Melayu/Islam disamping membetulkan kesilapan/kelemahan yang ada,daripada membuang masa/tenaga ke sana ke mari membakar hati/perasaan rakyat membenci pihak lain yang sudah tentu akhirnya berkesudahan dengan perpecahan yang berterusan dan kehancuran umat.MASA TU BARU NAK MENYESAL,DAH TAK GUNA....fikirkanlah.
7.Ingatlah bahawa kita mesti mengutamakan soal perpaduan ummah seperti yang dituntut oleh Islam.Masalah kepimpinan janganlah jadi penghalang/bukannya perkara pokok.Ini kerana pemimpin datang dan pergi,dan kita semua yang akan memilihnya dengan izin dan ketentuan Allah.Ingatlah bahawa kekuatan Islam di negara ini akan hancur sekiranya masyarakat Melayu menjadi korban akibat dari perpecahan seperti yang berlaku sekarang,oleh itu orang-orang Melayu hendaklah menyertai UMNO demi perpaduan bangsa dan kekuatan Islam.
8.Ingatlah bahawa dalam perjuangan soal kejujuran adalah penting.Jadi,orang-orang Melayu hendaklah jujur terhadap dirinya,bangsanya,agamanya dan negaranya.Janganlah disebabkan sesuatu untuk kepentingan diri atau kepentingan politik sempit menyembunyikan/mendiamkan diri daripada mencegah kehancuran ummah seluruhnya.Tidak ada guna dapat kedudukan atau kuasa kalau dirinya,bangsanya,agamanya dan negaranya punah ranah,hancur musnah akibat dari perpecahan dan permusuhan.MENYESAL DULU PENDAPATAN,MENYESAL KEMUDIAN DAH TAK BERGUNA.
8.
No comments:
Post a Comment