1.Puasa bukan sekadar menahan dan mengharungi lapar dan dahaga sepanjang hari.
2.Berpuasa adalah waktu bermuhasabah diri.
3.Puasa adalah peluang untuk meningkatkan ketaqwaan.
4.Berpuasa adalah penilaian rohani tahunan untuk 'memperbaharui' usaha menjadi insan yang lebih sempurna.
5.Puasa menuntut ketabahan dan pengorbanan.
6.Berpuasa menjadikan kita insaf dan merasai betapa tingginya nilai setitis air dan sesuap nasi.
7.Berpuasa melatih kita agar hidup sederhana.
8.Untuk mendapat ganjaran yang sebenar dari Allah maka betulkanlah niat puasa anda hanya semata-mata kerana Allah.
9.Berilah keutamaan untuk meletakkan sasaran bagi meningkatkan tahap ketaqwaan terhadap Allah
10.Jadi perlu diperhalusi apakah langkah-langkah untuk menambah iman dan taqwa bukan untuk tujuan-tujuan lain spt meningkatkan kesihatan,menurunkan berat badan,ego dsg.
11.KETAQWAAN PERLU DITINGKATKAN SEPANJANG MASA BUKAN PADA BULAN RAMADHAN SAJA.
12.Kita perlu betulkan niat berpuasa dan mengimani dengan sebenar-benarnya tujuan Allah mewajibkan umat Islam berpuasa.
13.Ingat puasa adalah rukun Islam ketiga,jadi rukun tersebut perlu ditegakkan dengan niat sebenar-benarnya kerana Allah saja,jika tidak rapuhlah pegangan agama kita.
14.Kita perlu lihat ibadah puasa dari sudut kerohanian jauh lebih mendalam berbanding sudut-sudut lain.Yakni jangan pandang puasa dari sudut fizikal saja,dimana menyebabkan puasa jadi alasan kita malas bekerja/ kurang produktiviti dalam hidup seharian.
15.Perlu sangat dihayati maksud sebenar disebalik niat puasa yang disematkan ke dalam hati sepanjang kita berpuasa.Bukan sekadar lafaz biasa tapi perlu jadikan ia sebagai fokus utama iaitu tingkatkan taqwa diri kepada Allah
No comments:
Post a Comment