Friday, July 15, 2011

TALAM DUA MUKA.....golongan atas pagar,adakah wajar?

1.Sebenarnya dalam masyarakat  kita wujud satu golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'duduk atas pagar' atau 'golongan yang berkecuali' atau lebih tepat lagi 'talam dua muka'.Bila timbul sesuatu isu dalam masyarakat golongan ini berdolak-dalik,tidak memberi pandangan/pendirian yang jelas/tegas sama bersetuju/sokong atau tidak.Golongan seperti ini mungkin sebab penakut,'jaga periuk nasi' atau jahil atau 'play safe'.

2.Dalam soal politik,golongan talam dua muka ini TIDAK BERANI menyatakan pendirian/sokongan sama ada menyokong pemerintah atau pembangkang,sama sokong UMNO atau PAS dan sebagainya.

3.Umat Islam adalah umat yang bertanggungjawab dalam semua hal atas sifatnya sebagai khalifah Allah di muka bumi.Sebab itu umat Islam mesti sentiasa berada dalam keadaan pro aktif (bukannya pasif) iatu yang baik di sokong dan yang buruk/jahat di tegah.

4.Sebenanrnya,TIADA KONSEP BERKECUALI dalam Islam untuk tidak berbuat sesuatu sekiranya timbul sesuatu isu dalam masyarakat.


5.Umpamanya,apabila ada perkara kemasyarakatan seperti soal politik,soal pilihanraya dll,umat Islam perlu menyatakan pendirian dan mengambil bahagian cergas menetapkan sokongan menurut panduan Al-Quran dan Sunnah.

6.Allah berfirman,yang bermaksud: "Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya.Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk (yang tidak berperang kerana uzur) satu darjat.Kepada masing-masing mereka Allah menjadikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang duduk (yang tidak berperang tanpa alasan) dengan pahala yang besar." Surah An-Nisaa' ayat 95

7.Jadi,sebagai umat Islam kita mempunyai tanggungjawab--kita tidak boleh berpeluk tubuh---KITA TIDAK BOLEH BERKECUALI meninggalkan jemaah Islam.Jika kita memisahkan diri dari jemaah perjuangan yang benar,maka mati kita adalah sebagai mati jahiliyah.

8.Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud  "Dari Ibnu Abbas r.a. katanya Rasullallah saw bersabda; 'Siapa melihat Amir (pembesar negeri) melakukan suatu tindakan yang tidak disukainya hendaklah ia bersabar,kerana siapa memisahkan dirinya dari jemaah walau pun hanya sejengkal,lalu ia mati,maka matinya sama dengan mati jahiliyah."  Sahih Muslim 1816)

9.Dalam perjuangan hidup seorang muslim yang penting adalah merealisasikan syahadah...tanpa kompromi,tiada tolak ansur,yang benar katakan benar,yang salah/jahat tetap salah/buruk.Tiada istilah duduk atas pagar bagi seorang muslim.

No comments:

Post a Comment