Dilema Melayu Islam-satu prejudis atau kenyataan?
Satu realiti atau ilusi?
Mari kita bicarakannya lewat puisi
Berwacana di persada kata nan indah
Agar bahangnya tidak begitu menyerlah
Agar dapat segalanya direnungi..........
Tanpa emosi berapi-api !
Pertama,mari kita fikirkan
Agama kita sama,syahadah kita serupa
Tapi mengapa Melayu berpecah?
Kedua,mari kita renungkan
Bangsa kita kita sama,darah kita serupa
Tetapi mengapa mesti bertelagah?
Mestikah terpisah..............
Antara darah dan syahadah?
Justeru,sepatutnya dengan darah dan syahadah yang serupa
Lebih mudah menyatukan kita
Kerana agama dan bangsa kita sama
AKIDAH kita ISLAM,KABILAH kita MELAYU.....
Tetapi kenapa sukar untuk bersatu?
Kan bersatu itu perintah ALLAH.
Pada realitinya sungguh berbeza
Agama di dakwa punca sengketa
Cintakan Islam telah dipolitikkan
Kononnya demi kepentingan kuasa dan kedudukan............
Islam disinonimkan dengan parti
Wajarkah begitu?
Cintakan bangsa turut dipersalah
Kasihkan watan dituduh asabbiah
Melayu dan Islam bagaikan bertentangan
Keduanya sering berkonflik
Islam menggugat semangat patriotik
Benarkah begitu?
Cintakan agama atau bangsa?
Seolah-olah satu dilema
Satu ke timur satu ke barat
Tak mungkin bersatu dalam maufakat
Benarkah itu satu hakikat
Atau hanya satu muslihat?
Lain tersirat lain tersurat
Cuba kita ungkai segala yang kusut
Berbicara secara tulus dan telus
Merujuk ke dasar,menyelam ke akar
Putuskan rantai kepartian..........
Yang membelenggu mata dan fikiran
Putuskan gentian ketaksuban.........
Yang mengaburi fakta dan kenyataan
Marilah sama-sama merealisasikan visi agama
Bercerminkan misi bangsa
Islam agama yang menyatukan
Kerana itu adalah perintah Tuhan
Apabila manusia sama-sama beriman
Maka bertautlah hati,terbentuklah persaudaraan
Iman dan persaudaraan-lazim berlaziman
Yang paling kuat tauhidnya kepada yang Esa
Dialah yang paling mesra dalam bersaudara
Apabila kukuh "habluminallah" yang vertikal
Akan teguhlah "habluminannas" yang horizontal
Itulah "siraturrahim" hubungan intim atas nama Ar-Rahim
Apabila beriman ertinya yakin
Apabila yakin ertinya terikat........
Terikat dengan syariat -yakni peraturan dan hukum Tuhan
Yang wajib ditegakkan
Yang haram ditinggalkan
Yang sunat jika mampu dilaksanakn
Yang makruh jika mampu ditinggalkan
Yang harus-terpulang
Bebas untk buat pilihan
Itulah lima hukum Tuhan
Apabila semuanya meyakini dan mengamalkan
Maka terbentuklah perpaduan
Dan inilah maksud firman Tuhan
"berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah(peraturan Tuhan)dan janganlah kamu berpecah belah"
Melayu juga faktor penyatu
Kerana ikatan darah itu adalah fitrah.......
Cintakan bangsa adalah naluri hati
Yang tumbuh secara tabii
Jika bangsa terjajah,jiwa terseksa........
Bangunlah semangat merdeka dengan darah dan airmata
Jika bangsa mundur,hati terdera......
Bangunlah daya juang dengan minda dan usaha
Ketuanan Melayu dibidang politik,pendidikan dan ekonomi
Adalah nyawa,citra dan identiti
Bangsa yang lemah dan malas,akan kalah
Bangsa yang mundur akan terkubur
Bangsa yang kuat akan berdaulat
Yang miskin di bela oleh agenda ekonomi
Yang jahil diberi pelajaran dalam dasar pendidikan
Kedua-duanya dilaksanakan dengan kuasa POLITIK !
.....selagi Melayu menguasai pemerintahan
.....selagi HAK ISTIMEWA MELAYU termaktub dalam perlembagaan
selagi itulah keduanya dikekalkan
Tapi selama mana Melayu dapat menguasai pemerintaham?
Selama mana perlembagaan dapat dipertahankan?
Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan.......
Jika Melayu sendiri terus layu,kering dan berguguran?
Islam dan Melayu boleh diserasikan
Yang satu FITRAH,yang satu HIDAYAH
Cinta bangsa dan agama mampu dipertautkan
Bila membela yang miskin.......
Itu tanggungjawab bangsa dan itu juga tuntutan agama
Membantu Melayu yang bermasalah......
Itulah fitrah kabilah,dan itu jua JIHAD FISABILILLAH
MURNIKAN FITRAH DENGAN HIDAYAH !
Agama dan bangsa bukan milik organisasi
Justeru bukan semua Muslim dan Melayu dalam satu parti
Ada yang global,ada yang tribal,dan ada yan individual
'Hubbul Watan Minal Iman'
Musuh bangsa dan agama cuma satu-dia yang dikuasai NAFSU
Lalu awasilah si hamba nafsu yang punya kepentingan diri....
DALAM BARISAN PERJUANGAN BANGSA
DAN SAF PERJUANGAN AGAMA
Fitrah Perkasa
No comments:
Post a Comment