Wednesday, July 20, 2011

ORANG MELAYU MESTI BERSATU AGAR TERBENTUK KESATUAN UMAT ISLAM

1.Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna dalam segala hal.Ini kerana Islam diturunkan oleh Allah SWT iaitu Tuhan Sekalian Alam.Tuhan yang menjadikan manusia dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

2.Rasullullah SAW telah datang membawa kebenaran serta petunjuk yang jelas dan menyeru kita umat Islam bersatu-padu,namun ada sesetengah manusia lebih cenderung kpd kemungkaran dan perpecahan.

3.Dalam hal perpaduan dikalangan orang Melayu di Malaysia ini,parti PAS dan pemimpinnya mengaku sebagai parti Islam dan sebagai ahli agama/ulama/ustaz yang kononnya ingin menegakkan syariat Islam dan mengujudkan negara Islam,tapi sebenarnya mereka jugalah yang menghalang itu semua dan telah membelakangkan perintah Allah SWT dan RasulNya serta ajaran Islam itu sendiri.

4.Perjuangan PAS tiada lain selain dari ingin menjatuhkan UMNO dan pemimpinnya.

5.PAS lupa bahawa selagi seorang pemimpin atau ketua negara itu masih melakukan solat maka kita tidak boleh menjatuhkan mereka.

6.Hujah nombor 5 diatas diperkuatkan dengan hadis Rasullullah SAW yang bermaksud : Dari 'Auf bin Malik r.a,dari Rasullullah SAW  katanya "Imam (pemimpin atau pembesar) yang terbaik ialah mereka yang mencintai mu dan kamu mencintai mereka.Mereka mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka.Imam yang paling buruk(jahat) ialah yang kamu benci dan mereka membenci kamu:Kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu" Bertanya seseorang,"Ya Rasullullah! Bolehkah kami menyingkirkan mereka dengan pedang?" Jawab Rasullullah SAW "Tidak...,selama mereka masih solat bersama-sama kamu.Apabila kamu lihat suatu tindakan(kebijaksanaan) yang tidak baik dari pembesarmu,proteslah tindakannya,dan jangan lepas tangan untuk tidak taat(tindakannya yang baik)" Sahih Muslim1821)

7.Jadi pimpinan negara kini tidak boleh dijatuhkan atau disingkirkan kerana pemimpin-pemimpin kita masih mendirikan solat.Mereka juga tidak menyuruh/memerintahkan kita untuk tidak berbuat baik,malah menyuruh kita BERSATU dan BERSAUDARA sesama warga negara (suatu tindakan bijaksana) namun PAS menolaknya mentah-mentah dengan penuh syak wasangka terhadap gesaan perpaduan Melayu oleh pimpinan negara.Jadi parti PAS telah memecah belahkan umat Islam di negara ini.

No comments:

Post a Comment