Thursday, July 14, 2011

UNTUK RENUNGAN BERSAMA---siapa yang sesat?

-Terjemahan hadis
Dari Abdullah bib Amru bin Ash,katanya dia mendengar Rasullullah SAW bersabda;"Allah tidak menghapuskan ilmu(agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia,tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama.Apabila ulama sudah habis,umat manusia mengangkat ORANG-ORANG BODOH menjadi pemimpin mereka.Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh.Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan,menyesatkan orang banyak,maka SESATlah mereka semuanya." (Sahih Muslim 2297)


-Kalau diperhatikan dunia hari ini,apa yang telah disabdakan oleh Nabi SAW telah pun berlaku.

-Ambil contoh yang jelas ialah parti PAS mengangkat ORANG-ORANG BODOH menjadi pemimpin utamanya.

-Apakah bukti bahawa mereka ini ORANG BODOH? Menurut hadis di atas Sipemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan,menyesatkan orang banyak,maka sesatlah mereka semuanya.


-Kalau diteliti,ternyatalah kebenaran hadis dari Rasullullah SAW ini,kerana didapati bahawa Mursyidul Am PAS iaitu Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau  imam yang mujtahid seperti Imam Shafie,Imam Maliki,Imam Ghazali dll.Antara fatwa karut/sesat Nik Aziz adalah undi PAS masuk syurga,mengatakan Allah mencarut,samseng dan sebagainya.

-Persoalan berikutnya ialah PAS pernah mendakwa 'Cuma ulama sahaja yang layak jadi pemimpin'.

-Masalahnya sejak bila Mohamad Sabu,Mahfuz Omar,Husam Musa dan banyak lagi pemimpin PAS kini jadi ULAMA?Mereka ini semua mengaji kat mana?Berapa juzuk Al Quran yang mereka hafal? JANGAN-JANGAN MEREKA INI MEMANG ORANG BODOH YANG DIANGKAT OLEH PAS SEBAGAI ULAMA.


-Ketahuilah bahawa sesuatu yang disampaikan oleh Rasullullah SAW adalah BENAR dan sebagai orang Islam kita kena yakin dan berpegang kepadanya.


-Oleh itu marilah kita renung bersama-sama SIAPAKAH MANUSIA yang dimaksudkan sebagai SESAT dalam hadis di atas!!!!

No comments:

Post a Comment