1.Al-Hamdulillah syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan NYA terbuka hati kita berbicara topik ini.
2.Pada tanggapan saya tajuk ini amat wajar di ketahui oleh masyarakat Islam,khususnya para pejuang yang MENGAKU DIRINYA BERJUANG DI JALAN ALLAH.
3.Saya mengharapkan semua pihak membuat pertimbangan dari sudut kaca mata ISLAM tulin bukannya perasaan
4.Tidak boleh dinafikan bahawa Allah SWT secara jelas dan tegas memperkenalkan 'PARTI ALLAH'.
5.Islam telah menetapkan umatnya agar menyokong PARTI ALLAH jikalau ianya benar wujud.
6.Dalam konteks ini adakah UMNO termasuk dalam kategori atau wadah yang di maksudkan itu?Saya rasa ya...sebab itu saya dengan tegas menyokong UMNO kerana ada ciri-ciri PARTI ALLAH dalam WADAH perjuangannya.Salah kah saya?
7.DENGAN IKHLAS HATI KERANA ALLAH SWT saya maafkan sesiapa saja yang memarahi saya dengan harapan saudara yang saya muliakan semua memaafkan saya KERANA cara kempen/pendekatan saya memperkuatkan UMNO agak berbeza dari biasa.
8.Renunglah Firman Allah di dalam AL-QURAN yang bermaksud:
"Sesungguhnya pemimpin kamu itu hanyalah ALLAH,Rasul dan orang-orang yang beriman yang bersembahyang,berzakat sedang mereka itu rukuk (tunduk menjunjung perintah ALLAH).Dan sesiapa yang menjadikan ALLAH dan RasulNYA serta orang beriman itu sebagai pemimpin,dia termasuk ke dalam PARTI ALLAH.Sesungguhnya PARTI ALLAH akan menang."(Surah Al-Maidah ayat 55-56).
9.ALLAH berfirman lagi yang bermaksud."Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang benar-benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang perintah ALLAH dan RasulNYA,sekali pun orang yang menentang itu terdiri daripada bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka atau keluarga mereka.Mereka (golongan yang benar-benar beriman itu) telah ditetapkan iman di dalam hati mereka,dan ALLAH telah menguatkan mereka dengan menolong menanamkan semangat di dalam hati mereka.ALLAH akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan mereka kekal di dalamnya.ALLAH redha kepada mereka dan demikian juga mereka redha kepada ALLAH serta bersyukur kepada nikmat pemberian ALLAH.Mereka itulah anggota PARTI ALLAH.Sesungguhnya pendukung PARTI ALLAH itulah orang yang mendapat kemenangan." (Surah Al-Majudalah ayat 22)
No comments:
Post a Comment