Saturday, July 23, 2011

SEBAB-SEBAB MENGAPA PAS MESTI DITOLAK

Sebab Pertama

Menjadikan agama sebagai alat untuk keuntungan dunia.
Renungi maksud hadis Nabi SAW berikut:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Rasullullah SAW bersabda: "Akan timbul diakhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dengan menjual agama.Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat dari kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai,dan percakapan mereka lebih manis dari gula.Pada hal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).Allah SWT berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu?,Atau kamu terlampau berani berbohong kepadaKu?.Demi kebesaran Ku,Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri,sehingga orang yang alim (cendikiawan) pun akan bingung(dengan sebab fitnah itu".H.R Tarmizi.

Golongan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapat keuntungan dunia.Dan apabila bercanggah kepentingan dunia dan hukum syarak mereka berani mengubah hukum Allah dan memutar-belitkan kenyataan.Mereka pandai mengemukakan hujah-hujah yang menarik dan alasan-alasan yang memikat hati,tetapi sebenarnya itu semua penipuan dimana mereka menipu orang lain dan diri sendiri.

Sebab Kedua

Cara perjuangan PAS bukan cara Islam yang sebenar.
Renungi maksud firman Allah berikut:
Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya TuhanMu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.(Surah An-Nahl ayat  125)

Hikmah dalam ayat diatas bermaksud perkataan yang tegas yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.Tetapi apa yang dilakukan oleh PAS amat bertentangan dan berbeza dari apa yang Islam kehendaki.Pihak PAS yang kononnya ingin memperjuangkan hukum dan negara Islam sanggup mencaci,memaki hamun,mencerca,mengutuk,membuat pelbagai tuduhan dan fitnah atas nama Islam.Cara yang diamalkan PAS bukan cara Islam.

Sebab Ketiga:

Pihak PAS menghina orang Islam.
Renungi maksud firman Allah berikut:
Hai orang-orang yang beriman,janganlah suatu kaum mengolok-ngolokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka(yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka(yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita(mengolok-olokkan) wanita-wanita lain(kerana) boleh jadi wanita-wanita(yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita(yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.Seburuk-buruk panggilan ialah(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim.(Surah Al-Hujuraat ayat 11).
Jelaslah dari maksud ayat di atas,Allah melarang perbuatan mengolok-olok,cela-mencela dan panggil memanggil dengan gelaran yang buruk.Tetapi semua masyarakat tahu bahawa PAS sanggup menghalalkan perbuatan memaki sesama Islam semata mahu menghina dan menjatuhkan kewibawaan orang lain.

Sebab Keempat:

Pihak PAS melanggar larangan Rasullallah SAW yang melarang ada dua ketua(khalifah) dalam masyarakat.
Renungi maksud sabda Rasullullah SAW berikut:
Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a.,katanya Rasulullah SAW bersabda;"Apabila dibai'at (diangkat) orang khalifah tandingan (sehingga terdapat dua khalifah),maka bunuhlah yang terakhir." (Sahih Muslim 1819)

Nyata dan jelas,Rasullallah SAW melarang orang ramai melantik seorang khalifah(ketua)  yang baru,sehingga terjadinya keadaan di mana terdapat dua khalifah (ketua).Dengan adanya dua orang ketua ini,maka terbentuklah dua golongan Islam yang saling bersaing/bergaduh/berperang,akibatnya perpaduan orang Islam akan hancur.
Ternyata perbuatan pemimpin-pemimpin PAS menubuhkan parti PAS dan melantik seorang ketua untuk menentang UMNO--adalah bukan cara Islam dan dilarang oleh Rasullallah.
Sesuatu larangan yang dibuat oleh Rasullallah SAW itu sudah tentu ada hikmahnya.Ternyata tindakan menubuhkan parti PAS telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia (ini yang dikehendaki oleh penjajah/barat setelah meninggalkan negara dulu).Sekiranya tiada langkah segera diambil untuk mengatasi masalah ini,perbalahan yang kecil akan menjadi besar dan seterusnya menjadi peperangan.
Sekiranya PAS jujur,perkara ini boleh diselesaikan tanpa melanggar larangan hadis Nabi SAW di atas.Apa yang perlu PAS buat ialah bubarkan parti itu dan ramai-ramai menyertai UMNO dan berdakwah kepada orang UMNO (supaya orang UMNO menjadi sama Islamnya macam mereka).Dengan itu,mereka boleh menukar matlamat perjuangan UMNO ke arah negara Islam yang diimpikan.

Sebab Kelima:

Pihak PAS menyalah-gunakan masjid sebagai gelanggang politik
Renungi maksud firman Allah berikut: Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin),untuk kekafiran dan untuk memecah-belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu.Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan."Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya). (Surah At-Taubah ayat 107).


Nyata sekali bahawa perbuatan menggunakan masjid untuk menimbulkan kemudaratan adalah dilarang dan adalah perbuatan orang-orang munafik.Ini sudah berlaku di zaman Rasullallah lagi,di zaman kita ini lebih teruk lagi.
Masjid di negara kita sudah disalah-gunakan sebagai gelanggang politik oleh parti PAS-dimana kata-kata mencarut,menghina,mengutuk,memaki,memfitnah dll yang tergolong dalam perbuatan tercela,dilakukan di masjid oleh PAS.
Berpolitik di masjid boleh menimbulkan perasaan benci membenci di kalangan parti yang bertentangan sehingga kadangkala berlaku pertengkaran dan pergaduhan.Lebih buruk lagi boleh mengakibatkan orang-orang tertentu tidak datang ke masjid untuk beribadat.Jadi perbuatan menyalahkan gunakan masjid oleh PAS ini adalah sama dengan perbuatan menghalang menyebut nama Allah dalam masjid.
Masjid adalah rumah Allah bukan untuk gelanggang politik,tapi tempat untuk beribadat/tempat menimba ilmu.Bukannya tempat mempopularkan diri atau berkempen politik memancing undi.

Sebab Keenam:

Pihak PAS mengkafirkan orang Islam lain.
Renungi maksud hadis Rasullullah berikut: Dari Ibnu Umar r.a. katanya:Rasullallah SAW bersabda :Siapa
yang berkata kepada saudara-saudaranya:"Hai kafir,maka ucapan itu kembali kepada salah satu diantara keduanya;Jika apa yang diucapkan itu benar,maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil.Jika tidak,maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkannya."(Sahih Muslim 49)


Jelas sekali dari maksud dari hadis di atas perbuatan mengkafirkan orang Islam adalah dilarang dan amat merbahaya kerana orang berbuat demikian boleh jadi kafir sekiranya orang yang ditujukan itu tidak kafir.Tapi bukankah perbuatan mengkafirkan orang UMNO dilakukan oleh PAS kerana meraih sokongan politik?Siapa yang kafir sebenarnya?

Sebab Ketujuh:

Pihak PAS memecah-belahkan perpaduan Melayu.
Renungi maksud hadis Rasullullah SAW berikut: Dari Arfajah r.a. katanya,dia mendengar Rasullullah SAW bersabda : "Nanti akan terjadi bencana dan kekacauan.Maka siapa yang memecah belah persatuan umat ini,penggallah dengan dengan pedangmu walaupun siapa dia." (Sahih Muslim 1817)

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa perbuatan memecah-belahkan persatuan umat Islam adalah dilarang dan hukuman melanggar larangan ini amat berat.Jika dikaji dan diteliti,maka ternyatalah bahawa PAS dengan tindak-tanduknya telah memecah-belahkan perpaduan orang Melayu dan Islam di Malaysia.Inilah jasa sebenar PAS kepada masyarakat Islam iaitu sebagai pemecah belah ummah!!! Ini amat bertentangan dengan ajaran Islam yang mengatakan kita semua bersaudara.


Sebab Kelapan:

Pihak PAS mengeluarkan fatwa boleh mencarut kerana Allah mencarut.
Renungi maksud hadis Rasullullah SAW berikut: Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Rasullullah SAW bersabda: seseorang mukmin bukan tukang menghina nasab atau memaki atau keji lidah" (Attirmidzi-Rs 2/545)

Mencarut adalah perbuatan yang keji  untuk orang yang bersifat lemah/hina budi pekertinya.Kita perlu faham bahawa Allah SWT tidak sekali-kali mencarut sebagaimana  didakwa PAS kerana Allah SWT bersifat Maha Gagah lagi Maha Sempurna.

Sebab Kesembilan:

Pihak PAS menyembunyikan ayat-ayat Allah untuk kepentingan politik.
Renungi maksud firman Allah berikut: Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang Kami turunkanm berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk,setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab,mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati. (Surah Al-Baqarah ayat 159)


Kita semua yang mengikuti terajang PAS akan dapat mengesan betapa banyaknya ayat-ayat Allah disembunyikan demi kepentingan politik mereka.Umpamanya ayat-ayat berkaitan persaudaraan sesama muslim,kerjasama dengan musuh Allah dan sebagainya.

Sebab Kesepuluh:

Pihak PAS mengamalkan taktik politik yang agresif ala komunis dimana "matlamat menghalalkan cara"

Renungi maksud firman Allah SWT berikut: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalannya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah An-Nahl ayat 125)

Jika perhatikan,matlamat perjuangan PAS cuma satu yang utama iaitu memusuhi UMNO dengan apa cara sekalipun termasuk berkawan dengan syaitan atau secara revolusi ala Iran,yang penting UMNO tewas.Ternyata kaedah PAS ini amat merbahaya.Pas dan kuncu-kuncunya setiap hari menanam rasa benci terhadap UMNO,berbagai fitnah,slogan tipu,putar belit kenyataan semata-mata dendam kesumatnya ke atas UMNO.
Sepatutnya dalam perjuangan Islam,soal ketuhanan(ilahiyah/rabbaniyah),soal kemanusiaan(insaniah),soal akhlak(akhlaqiah) dan soal kesederhanaan atau pertengahan(wasattaniyah) diambil kira.Malah sebagai manusia Islam kita perlu faham akan tiga tugas asasi kita dibumi ini adalah (1) sebagai hamba Allah,(2)sebagai khalifah Allah dan (3) sebagai pendakwah yakni ajak makhluk ke syurga dengan berbuat baik/ibadat.
Demi kepentingan Islam dan bangsa Melayu,perbuatan dan cara politik PAS yang jijik ini tidak sepatutnya disokong sebaliknya perlu dihentikan segera.


Sebab Kesebelas:

Pihak PAS mengambil orang kafir harbi iaitu DAP yang jelas memusuhi agama Islam sebagai teman.

Renungi maksud firman Allah SWT berikut: Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu.Barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan,maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Mumthahanah ayat 9)

Ayat Al-Quran di atas dengan jelas menerangkan bahawa Allah SWT melarang umat Islam mengambil orang kafir yang memusuhi agama Islam sebagai kawan atau teman.
Kita semua tahu bahawa DAP telah dengan jelas menolak Islam dan menolak negara Islam.Ada pemimpin DAP berulang kali dan dengan lantang mencabar "langkah mayat mereka dulu sekiranya nak laksanakan negara Islam".Nyata dan jelas mereka ini musuh Islam.Malangnya PAS boleh menerima DAP sebagai rakan seperjuangan dimana sanggup menolak UMNO yang seagama dan sebangsa.Hairan bin ajaib.

Sebab Keduabelas:

Pihak PAS tidak tahu berterima kasih.

Renungi maksud sabda Rasullallah berikut: Nabi SAW bersabda: "Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak berterima kasih kepada manusia." (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)


Sifat suka berterima kasih adalah sifat mulia.Parti PAS pula berkata tidak payah berterima kasih kepada manusia (misalnya apa saja yang dibuat oleh kerajaan  pimpinan UMNO semua salah,buat masjid ke,buat hospital ke,buat universiti ke,buat sekolah ke,buat jalan ke dll ) dan ini bertentangan dengan apa yang disarankan oleh Rasullallah.


DEMIKIANLAH 12 SEBAB YANG SEMPAT SAYA CARI UNTUK KITA MENOLAK PAS.PEMBACA YANG LEBIH ARIF BOLEH MENAMBAHNYA DIRUANGAN KOMEN UNTUK MEMANTAPKAN LAGI HUJAH TERHADAP PERSOALAN YANG DITIMBULKAN.Sekian,Terima Kasih.










 
 





No comments:

Post a Comment