Tuesday, July 26, 2011

ALASAN-ALASAN MENGAPA PKR MESTI DITENTANG HABIS-HABISAN

Alasan Pertama:

Pihak PKR bukan berjuang untuk Islam.

Jika kita mengkaji perlembagaan PKR maka akan didapati langsung tidak menyebut pasal menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya.Ia juga tidak mewajIbkan orang Islam sebagai pemimpinnya.Malah keanggotaannya terbuka kepada semua bangsa dan agama di negara ini.
PKR adalah parti majumuk,tiada bezanya daripada Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato' Onn selepas beliau keluar dari UMNO,dan telah gagal dalam semua pilihanraya yang ditandinginya.Begitu juga dengan PKR yang ditubuhkan ditengah-tengah perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dalam iklim protes UMNO,dan didukungi oleh kroninya/kawan rapat beliau.
Jelas menunjukkan bahawa PKR adalah parti Anwar,oleh orang-orang Anwar untuk kepenringan politik Anwar.Ini terbukti daripada perlembagaan PKR yang tiada hala tuju yang jelas serta tiada sesuatu yang khusus yang diperjuangkan melainkan untuk survival Anwar dan kuncu-kuncunya jauh sekali dari berjuang untuk Islam.
Sekali lagi ditegaskan bahawa PKR adalah parti majmuk.Oleh itu dengan sendirinya PKR menjadi parti sekular.,dan sekali gus ianya mesti ditentang habis-habisan oleh orang Melayu/Islam kerana perjuangannya akan membawa kepada pupusnya kuasa politik Melayu/Islam dan luputnya hak keistimewaan Melayu/Islam yang sedia ada.
Sebagai seorang Islam kita tidak boleh menyokong sesuatu parti politik yang tidak langsung memperjuangkan Islam seperti PKR ini.Sekiranya kita lakukan juga bermakna kita telah menentang parti lain yang benar-benar memperjuangkan Islam.Dan ini bermakna kita menentang Islam dan Allah.

Alasan Kedua:

Pihak PKR mendapat sokongan Yahudi.

Memang telah nyata bahawa PKR mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin luar negara yang terdiri dari bangsa Yahudi dan Nasrani seperti Naib Presiden Amerika Syarikat Al-Gore,Albright,James Robin,Soros,Estrada (Filipina),Michael Camdesus (orang kuat IMF),Ambiga dll.

Renungi firman Allah SWT berikut: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu);sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain.Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin,maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Surah Al-Maaidah ayat 51).

Ayat Al-Quran di atas jelas melarang kita mengambil orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman,tapi PKR telah melakukannya.Jadi,sekiranya kita memilih/bersekongkol dengan PKR ternyata kita melanggar perintah Allah SWT.Ringkasnya PKR bukannya parti untuk orang Islam.

Alasan Ketiga:

Pihak PKR ada ciri-ciri munafik.

Renungi maksud hadis Rasullullah SAW berikut:
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.,katanya Nabi saw bersabda: "Ada empat perkara,barangsiapa terdapat pada dirinya lengkap keempatnya,itulah dia orang munafik sesungguhnya.Dan barang siapa terdapat padanya satu perkara sahaja,maka ia termasuk munafik juga,hingga ditinggalkannya sifat yang satu itu:
1. Apabila dipercayai,dia khianat.
2. Apabila berkata,dia dusta
3. Apabila berjanji,dia mungkir
4. Apabila ia bermusuhan,dia sangat jahat."(Sahih Bukhari 28)

Apa yang jelas semua ciri munafik di atas ada pada pemimpin dan penyokong PKR.Jika kita kaji Anwar satu ketika dulu kelihatan begitu alim,berkhutbah di masjid dan berlagak macam ulama dan pejuang Islam. Namun  setelah masuk UMNO  beliau mula berubah,berkawan dengan tauke judi magnum,dah pandai 'dancing' dsg.Kemudian rapat dengan Yahudi dan Nasrani.UMNO gagal di 'Islamkannya'.Dan setelah tersingkir dari UMNO,Anwar tidak lagi memperjuangkan Islam langsung tetapi memperjuangkan reformasi dan demonstrasi jalanan.Persoalan yang timbul ialah mengapa Anwar begitu mudah lupa akan kata-katanya untuk memperjuangkan Islam semasa dalam ABIM.Jelas beliau telah berdusta,mungkir janji,mengkhianati amanah perjuangan Islam dan beliau menjadi sangat jahat  kini mahu menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu/Islam secara revolusi pula setelah sekian lama bermusuhan dengan UMNO.Yang nyata lengkap sifat munafik ada pada pemimpin PKR ini.Dengan itu mereka mesti ditentang habis-habisan.

Alasan Keempat:

Pihak PKR membantu orang kafir menentang orang Islam.

Renungi firman Allah SWT berikut:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)."Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepada mu,maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagi mu.

Pengajaran ayat di atas adalah jelas bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan senang hati sehingga kita mengikuti agama mereka atau mengikuti jari telunjuk mereka.
Yang amat menghairankan ialah mengapa Yahudi dan Nasrani terlalu sayang kepada Anwar yang selama ini menonjolkan diri sebagai pejuang Islam.Mungkinkah mereka berterima kasih kepada Anwar kerana banyak memporak-perandakan umat Islam dan memalukan umat Islam.Sebenarnya mereka menggunakan Anwar yang sedang tersepit untuk melemahkan masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan di dunia amnya.
Yahudi dan Nasrani tahu,bahawa pemimpin Malaysia berani membuat kritikan bagi membantu umat Islam di Bosnia,Palestin,Akbania dsg.Maka mereka mahu melagakan kita sesama Islam dengan memperalatkan Anwar dan PKR yang rela dirinya diperalatkan untuk menentang Islam.

Alasan Kelima:

Pihak PKR tidak mencegah perkara mungkar.

Perhatikan tindak-tanduk PKR dan pemimpinnya.Mereka tidak pernah berjuang mencegah segala yang mungkar,termasuk apa yang dilakukan oleh Anwar,apatah lagi setelah bekerjasama dengan DAP dimana negeri yang ditadbir oleh mereka penuh skandal rasuah,pelacuran,maksiat,pusat hiburan,minum arak,isu murtad,judi,curi pasir dsg.Tiada apa penambahbaikan yang dibuat malah bertambah parah dari semasa ke semasa.Sebaliknya kebebasan bersuara rakyat untuk membantah perkara mungkar ini disekat.Wakil rakyat UMNO yang menentangnya dengan lantang segala kemungkaran di Dewan Undangan Negeri  yang dikuasai PKR/DAP akan diarah keluar Dewan dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal .Jelas PKR tidak adil kepada rakyat kerana seakan menyuburkan lagi perkara mungkar yang ujud.

Alasan Keenam:

Pihak PKR banyak berbuat kerosakan.

Renungi maksud firman Allah SWT berikut:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada mu (kebahagiaan) negeri akhirat,dan janganlah kamu melupakan bahagian mu dari (kenikmatan)  duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada mu,dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan. (Surah Al Qashash ayat 7)

Sejak tertubuhnya PKR,telah banyak kerosakan berlaku dalam masyarakat spt perpaduan kita kian rosak,akidah kita kian goyah (isu kalimah Allah),agama kita kian lingkup (isu pluralism,Islam dihina,ayat Quran dipermainkan oleh si kafir),perkauman kian melampau (kaum Cina/India naik tocang),kerosakan harta benda akibat suka berdemontrasi,kerosakan moral/akhlak dimana rakyat jadi biadap tak tahu hormat lagu kebangsaan dsg.

Jadi jangan benarkan kerosakan (agama,bangsa dan negara) akibat PKR ini berterusan.Kita mesti menentangnya habis-habisan.


Alasan Ketujuh:

Pihak PKR membawa perkara-perkara yang membatalkan keIslaman

Renungi maksud firman Allah SWT berikut:

Barang siapa mencari agama lain selain agama Islam,maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya.,dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Surah Ali-Imran ayat 85)

Perhatikan Anwar menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian dan beliau juga mengamalkan pluralism,seks bebas dsg...tidak kah ini semua satu bentuk agama/fahaman/akidah baru yang dianutinya.Justeru itu PKR mesti ditentang habis-habisan kerana membawa perkara yang boleh membatalkan keIslaman kita semua jika bersetuju dengannya.AYUH BERTINDAKLAH!!!!!

No comments:

Post a Comment