PUASA YANG MABRUR

1.Sebulan bulan Ramadan kita berpuasa menunaikan rukun Islam ketiga.

2.Sebenarnya puasa Ramadan 'melatih' kita banyak perkara.

3.Kita 'dilatih' melawan nafsu,umpamanya MULUT (ditegah bercakap kotor,mengumpat,mencaci dsg),PERUT (dikekang dari kenyang melampau),TELINGA (dikekang dari mendengar syubhat dsg),KAKI (dikekang berjalan ke tempat maksiat/jahat),MATA (dilarang melihat sesuatu yang diharamkan) dll.

4.Kita 'dilatih' mengerjakan amalan sunat seperti membaca al-Quran, bertadarus,solat-solat sunat terawih/witir,bersedekah,berzakat/fitrah,berzikir,bertafakur,dll.

5.'Latihan' yang diamalkan di bulan Ramadan ini sebenarnya dapat membentuk sikap positif yang perlu dalam kehidupan seharian.Dengan syarat kita istiqamah beribadat sepanjang masa.

6.Setelah tamat Ramadan.Syawal menjelma.Kita pun menyambut HARI RAYA.

7.Hari Raya secara simboliknya disebut Aidil Fitri (bermaksud kembali kepada fitrah) dimana disambut sebagai kemenangan melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa di bulan Ramadan.

8.Sepatutnya bila Ramadan tamat maka akan meningkatkan taqwa/iman dan amal ibadat bertambah menebal di kalangan mereka-mereka yang berjaya berpuasa itu.

9.Jika objektif melawan hawa nafsu ini dapat dicapai maka ia menjadi petanda bahawa puasa itu diterima Allah.Kalau ibadat haji yang diterima Allah dikatakan haji mabrur (dimana amalan bertambah baik selepas balik dari mengerjakan haji berbanding sebelumnya).

10.Demikianlah juga dengan ibadat puasa,sasaran berpuasa ialah untuk mendapat puasa mabrur.

11.Jika tiada peningkatan amalan antara sebelum dan selepas ibadat puasa Ramadan,malah bertambah teruk.Maka fahamlah bahawa amalan puasa kita belum mencapai tahap 'puasa mabrur'

12.Ringkasnya kalau peribadi seseorang itu tidak berubah selepas menjalani sesuatu ibadat seperti puasa Ramadan ini,maka ini menunjukkan bahawa 'latihan' puasanya itu tidak memberi kesan dan ibadah puasanya tiada nilai di sisi Allah SWT.Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW bermaksud "Betapa ramai yang berpuasa yang tidak dapat apa kecuali lapar dan dahaga"

13.Semoga puasa Ramadan kita kali ini lebih baik dan dapat membentuk kita menjadi hamba yang semakin taat dengan perintah Allah. 

14.Ingatlah bahawa sasaran ibadat puasa kita adalah untuk mendapat puasa yang mabrur sebagaimana dalam ibadat haji untuk mendapat haji mabrur.Insya Allah.

15.Sama-sama kita berharap dan berazam semoga peluang kemenangan melawan nafsu di bulan Ramadan dijadikan asas untuk menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allah sehingga ke akhir hayat dan kembali ke akhirat dengan cukup bekalan.Semoga apa saja ibadat kita semua diterima Allah.Amin.