1.Antara isu popular PAS selama ini dalam pilihanraya adalah dakyahnya dengan lantang mencanangkan slogan 'UNDI PAS MASUK SYURGA,UNDI BN MASUK NERAKA'.Betul ke begitu?
2Mari kita berbincang dengan niat yang ikhlas mencari redha Allah.Rata-rata orang PAS menyorakkan slogan tersebut seolah-olah syurga sudah ada dalam tangan mereka.
3.Manakala orang UMNO sebaliknya menyangkal "Mana mungkin undi PAS masuk syurga." Namun ramai diantara mereka tidak pasti apa jawapan yang patut diberi kepada dakyah PAS tersebut.Ada yang tidak ambil peduli dengan alasan syurga/neraka adalah urusan Allah.
4.Seterusnya ada pula yang ragu-ragu dan terus ambil keputusan tidak mahu membantu jentera pilihanraya BN.Disamping ada pula yang terpengaruh dan terus menyertai parti PAS kerana takut terlepas masuk syurga secara mudah kononnya.
5.Persoalannya sekarang,siapakah yang sebenarnya dapat syurga atau neraka.Sebagai jawapannya sila renungkan sepotong hadis berikut yang bermaksud: Dari Hudzaifah Ibnu Al Yamani r.a.,katanya:Biasanya orang yang banyak bertanya kepada Rasullullah SAW tentang kebajikan.Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan;kerana aku takut kejahatan itu menimpaku.Lalu aku bertanya, "Ya,Rasullullah! Kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan.Kerana itu Allah Ta'ala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami.Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?" Jawab Rasullullah SAW., "Tentu!" Tanyaku,"Sesudah ini mungkin pulakah datang lagi kebaikan?" Jawab Nabi SAW.,"Ya,tetapi sudah cacat!" Tanyaku,"Apa cacatnya?"Jawab Nabi SAW.,"Suatu kaum(bangsa) membuat peraturan (undang-undang) di luar sunnahku dan memimpin tanpa hidayahku.Engkau mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak
menyukainya."Tanyaku,"Sesudah kebaikan itu,timbul lagikah kejahatan?"Jawab beliau,"Ada.Iaitu orang yang selalu memanggil-manggil di pintu neraka,lalu siapa yang memenuhi panggilannya dilemparkan ke dalam neraka itu."Tanyaku "Ya,Rasullullah! Tunjukkanlah kepada kami ciri-ciri mereka."Jawab Nabi SAW."Baik! Iaitu orang-orang yang kulitnya sama dengan kita (mengaku beragama Islam) dan mereka berbicara memakai lidah (hadis) kami."Tanyaku,"Bagaimana petunjuk Anda seandainya aku menemui hal yang demikian?"Jawab Nabi SAW.,"Tetaplah kamu bersama jama'ah kaum muslimin dan Imam (pemimpin atau pembesar) mereka!" Tanyaku,"Jika tidak ada jama'ah dan Imam?" Jawab beliau,"Tinggalkan parti-parti itu semua.Sekalipun engkau akan memakan akar-akar kayu,namun engkau tetaplah pada pendirianmu itu." (Sahih Muslim 1814).
6.Hadis di atas adalah hadis sahih yang dipersetujui oleh kedua-dua Imam Bukhari dan Imam Muslim.Yakinlah bahawa Rasullullah SAW tidak akan menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Al-Quran.
7.Dalam meneliti hadis ini,jelas Rasullallah SAW memberi tahu akan datang satu masa di mana terdapat dua golongan muslim yang bertentangan.Ciri-ciri kumpulan terbut adalah seperti berikut:
Golongan Pertama iaitu beragama Islam,membuat peraturan/undang-undang di luar sunnah Nabi dan memimpin tanpa hidayah Nabi.
Golongan Kedua iaitu sama kulit (sama bangsa dan agama),memanggil di pintu neraka dan berbicara memakai hadis Nabi.
8.Golongan Pertama (dalam keadaan di negara kita kini) adalah kumpulan yang sedang memerintah,mirip atau serupa dengan UMNO sebagai parti politik yang didukungi secara majoriti oleh orang Islam di Malaysia,tidak berpegang kepada undang-undang Islam sebaliknya menjalankan undang-undang buatan manusia di luar hidayah Nabi SAW (atas sebab-sebab tertentu) seperti yang diceritakan dalam hadis di atas.Itulah sebabnya Nabi SAW masih menyifatkan golongan ini sebagai baik tetapi mempunyai kecacatan.
9.Satu lagi golongan ialah golongan yang belum memerintah negara lagi tetapi sibuk memanggil/mengajak orang ramai untuk menyertai mereka.Kumpulan kedua ini lebih menyerupai parti PAS yang selalu berhujah dengan hujah Al-Quran dan hadis.Kononnya mereka mahu mengujudkan negara Islam di Malaysia.Tetapi apa yang mereka lakukan adalah memperalatkan Islam untuk motif politik mereka,bukan untuk kebaikan umat sejagat.Menurut Nabi SAW barang siapa menuruti panggilan golongan ini akan dilemparkan ke dalam neraka.
10.Kalau kita merujuk kepada hadis tadi,kita dapati mereka ini,golongan kedua dilemparkan ke neraka kerana mengadakan bida'ah dan penyimpangan akidah,amal kebajikan dan berfatwa karut spt 'undi PAS masuk syurga',menghalalkan maki hamun,mengatakan Allah mencarut,kafirkan UMNO dsg.
11.Renungkan firman Allah yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman,janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang di olok-olokkan) lebih dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih bai dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan jangan kamu mencela diri kamu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang zalim. (Surah Al-Hujuraat ayat 11)
12.Allah SWT melalui ayat di atas melarang manusia memperolok-olokkan,mencela dan memanggil dengan gelaran yang buruk terhadap manusia yang lain.Tetapi itulah yang dilakukan oleh PAS (mengeluarkan fatwa songsang kafirkan UMNO,menuduh orang mahazalim/mahafir'aun,menghalalkan yang haram dsg).Bukankah itu bida'ah?Bukankah itu adalah penyimpangan dari segi akidah dan amal kebajikan?
13.Fikirkan dengan waras.Jangan ambil risiko kerana padahnya amat besar dan siksa neraka amat berat.INI SOAL AKIDAH.
14.Al-Quran dan Hadis mengajarkan bahawa kesatuan umat Islam itu di bawah satu jama'ah atau Imam amat penting kerana itu Islam tidak mahu wujudnya satu kumpulan lain yang bakal menganggu dan menggugat kesatuan umat Islam.Di Malaysia telah nyata berlaku dimana PAS mengganggu/ menggugat UMNO.
15.Meskipun PAS sebagai golongan kedua pada zahirnya dilihat menggunakan hadis Nabi SAW dan dilihat sebagai golongan yang baik namun pada hakikatnya perbuatan mereka adalah memecah-belahkan umat Islam yang menghancurkan kekuatan perpaduan umat Islam itu sendiri.
16.Kalau diteliti hadis Nabi SAW di atas tadi,tersangat benarlah apa yang disabdakan oleh Rasullallah SAW,kerana PAS MEMANG TIDAK BERKEUPAYAAN untuk melaksanakan apa yang dilaungkan selama ini.Tindakan yang mereka lakukan,cuma mampu memecah-belahkan umat Islam di negara ini.Orang yang melakukan perkara yang sedemikian memang layak dilemparkan ke dalam neraka.Begitu juga dengan orang-orang yang menyahut panggilan mereka,kesemuanya memang layak dilemparkan ke neraka.
No comments:
Post a Comment