Anda tak percaya dengan kenyataan di atas.Lantak lah..itu hak masing-masing.
Habis apa yang anda percaya.....hidup sekali dan mati sekali.....Bagi saya ini falsafah orang kafir.....YANG SESAT!
Falsafah orang Islam mesti berpegang pada kenyataan HIDUP DUA KALI MATI DUA KALI.
Buktinya,sila renungi maksud firman Allah SWT berikut:
Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir),kemudian Ia nenghidupkan kamu;setelah itu Ia mematikan kamu,kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari kiamat kelak;akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (Surah Al-Baqarah ayat 28)
Sekarang saya harap anda semua baru percaya.Baguslah.
Mati yang pertama adalah sebelum kita lahir/jadi manusia kita adalah TANAH/ air mani ayah-emak bercampur.
Hidup yang pertama adalah hidup yang sedang kita lalui sekarang ini (sejak dari rahim ibu lagi).
Mati yang kedua adalah bila malaikat maut mencabut nyawa kita bila tiba masanya nanti,kita pun berpindah ke alam kubur/barzah.
Hidup yang kedua adalah di hari kiamat kelak.
JADI BETULLAH BAHAWA HIDUP MANUSIA DUA KALI DAN MATI PUN DUA KALI.
Kalau masih belum yakin lagi.Sila renungi maksud firman Allah berikut:
Mereka menjawab:"Wahai Tuhan Kami!Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali,dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali,maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosakami.Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?" (Surah Al-mu'min ayat 11)
Sekali lagi dijelaskan bahawa mati kali pertama adalah semasa mereka mula diciptakan Allah Ta'ala dari tiada kepada ada,dan mati kali kedua pula ketika sampai ajal mereka.Sementara hidup kali pertama ialah semasa ditiupkan roh pada tubuh mereka dalam kandungan ibu,dan hidup kali kedua adalah ketika mereka dibangkitkan pada hari kiamat.
SEKARANG KITA TELAH JELAS BENAR-BENAR FAHAM.
Sesetengah orang berpendapat,muda hanya sekali,atau 'life begin at 40' dll ..itulah yang selalu dipegang oleh segelintir dari kita tanpa merujuk kepada ajaran Islam.
Akibat dari pegangan yang sedemikian,dan kerana berfikiran pendek,mereka sanggup mencuba apa saja,walaupun membelakangkan syariat Allah dan sunnatullah.Yang pasti,matlamat hidup masa muda mesti dikota!
Pun begitu,masih ramai juga yang tidak melupakan kehidupan kekal kali kedua nanti selepas kematian.Lalu mereka berusaha memperoleh kedua-duanya sekali.Mereka inilah orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat.DALAM BERPOLITIK PUN MESTI MEMIKIRKAN KEUNTUNGAN DUNIA DAN AKHIRAT.
Renungi maksud firman Allah berikut:
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta nasihat menasihati dengan kesabaran. (Surah al-'Asr:1-3)
Ayat ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa menghargai zaman muda bererti menghargai masa.Disamping itu,pesanan Allah SWT tentang keberuntungan bagi mereka yang menjaga masanya semasa hidup ini dan memanfaatkan masa hidupnya di dunia ini perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.
Sesungguhnya iblis dan syaitan sentiasa mencari jalan sepanjang kehidupan kita ini untuk menyesatkan kita yakni membawa kita ke neraka bersama dengannya.
Renungi maksud firman Allah berikut:
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan;dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa.Oleh itu,tidakkah kamu mahu berfikir. (Surah aL-An'am :32)
Ingatlah bahawa hidup didunia ini cuma sementara sebelum berpindah ke alam barzah.Ingat semua yang hidup pasti mati.Jadi ingat kita semua akan mati.Mati perkara mesti.Oleh itu penuhi hidup yang secebis ini dengan membuat bekalan di negeri akhirat.Jangan sesekali buat jahat seperti makan rasuah,politik kotor,politik wang,tamak harta benda dunia,berzina,jumpa pelacur,pecah amanah ,tolak tepi soal halal haram dll.Teruskan usaha 'amar makruf nahi mungkar' selagi ada hayat.Penyakit umat Nabi Muhammad di akhir zaman adalah 'CINTA DUNIA,TAKUT MATI'
Akhir sekali,saya berpesan 'JANGAN CINTA DUNIA,JANGAN TAKUT MATI'
No comments:
Post a Comment