Itulah persoalannya sekarang?
Adakah kita sebagai Melayu/Islam BERANI menjawabnya dengan jujur?
Mahu tidak mahu persoalan ini mesti dijawab agar ianya tidak menimbulkan kekeliruan/keraguan kepada kita semua,orang-orang yang berkecuali dan seterusnya generasi muda kita.
Kita huraikan persoalan tersebut berpandukan Al-Quran dan Hadis seperti dibawah.
Pertama:
Kita Mesti Pertimbangkan Sesuatu Perkara Itu Dengan Teliti.
Renungi maksud firman Allah berkiut:Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu pergi (berperang) di jalan Allah,maka telitilah dan janganlah kamu mengatakan kepada orang yang mengucapkan "salam" kepada mu :"Kamu bukan seorang mukmin" (lalu kamu membunuhnya),dengan maksud mencari harta benda kehidupan di dunia,kerana di sisi Allah ada harta yang banyak.Begitu juga keadaan kamu dahulu,lalu Allah menganugerahkan nikmatNya atas kamu,maka telitilah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah An-Nisaa ayat 94)
Nyata dan jelas sekali dari ayat ini bahawa Allah memerintahkan kita agar berlaku TELITI dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan orang mukmin.Janganlah kita mengutamakan keuntungan harta benda dunia dan melupakan pembalasan dari Allah sehingga sanggup menuduh seseorang yang memberi salam atau mengucap kalimah "lailaha'illallah" sebagai bukan mukmin.
Begitu juga kerana inginkan kuasa/jawatan kita sanggup melanggar perintah Allah dan melupakan pembalasan Allah di akhirat nanti.Jadi orang Melayu dalam PAS jangan mudah menuduh orang Melayu dalam UMNO sebagai bukan mukmin/kafir.Kita kena membuat pertimbangan dengan TELITI sebelum mengkafirkan orang lain.Ingatlah,orang-orang UMNO adalah orang-orang yang beragama Islam.Mereka mengucap syahadat,mereka solat,mereka berpuasa,mereka mengeluarkan zakat dan mereka juga ada yang telah menunaikan fardhu haji dsg.
Oleh itu,kita kena kaji dan kaji dengan TELITI :
-agar apa yang kita buat tidak menyalahi perintah Allah SWT dan Rasullallah SAW
-agar kita tidak menyingkirkan pemerintah yang masih bersolat
-agar kita tidak memecah-belahkan kesatuan umat Islam
-agar kita tidak mengangkat ketua (khalifah) tandingan kepada yang sedia
-agar kita tidak lemparkan ke neraka
Kedua:
Kita Mesti Kuat Bersabar dan Lakukan Solat Serta Memohon Petunjuk
Renungi maksud firman Allah berikut:
Hai orang-orang yang beriman,jadikan sabar dan solat sebagai penolong mu.Sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.(Surah Al-Baqarah ayat 153)
Kita mesti selalu bersabar dalam apa situasi pun,disamping itu lakukan solat dan pohonlah petunjuk/hidayah
dari Allah supaya kita dapat mencari kebenaran.Sekiranya kita dipihak yang benar maka teruskannlah tanggungjawab kita.
Ketiga:
Kita Mesti Perbetulkan Niat
Renungi maksud hadis Rasullallah berikut:
Dari Umar bin Khattab r.a.,katanya Rasullallah SAW bersabda "Sesungguhnya setiap amal tergantung kepada niat.Dan pahala bagi setiap orang beramal diberikan sesuai dengan apa yang diniatkannya.Sesiapa yang hijrah dengan niat kerana hendak memperoleh keredhaan Allah dan RasulNya,maka pahalanya ada disisi Allah dan RasulNya.Dan siapa yang hijrah dengan niat hendak memperoleh harta kekayaan (kebanggan duniawi) atau dengan niat hendak mengahwini seorang perempuan yang dicintai,maka pahala hijrahnya sesuai dengan niatnya pula. (Sahih muslim 1861)
Jadi hadis di atas mengajar kita bahawa sekiranya kita berniat dengan keduniaan maka keduniaan yang akan kita dapat.Tetapi jika kita berniat untuk mendapat keredhaan Allah,maka kita akan dapat kedua-duanya sekali.
Oleh itu,marilah kita perbetulkan niat perjuangan kita dalam UMNO adalah kerana Allah untuk mendaulatkan Islam.Insya Allah jika kita berniat sedemikian,maka kita akan dapat kebajikan hidup di dunia dan akhirat-dan Allah akan redha dengan kita.
Keempat:
Kita Mesti Mengerjakan Yang Maaruf dan Meninggalkan Yang Mungkar
Renungi maksud firman Allah SWT berikut:
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar;merekalah orang-orang yang beruntung.
(Surah Ali Imran ayat 104)
Jelas ayat di atas menyuruh kita bersatu padu mengerjakan yang makruf dan meninggalkan yang mungkar.
"AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR"
Mulanya kita perbaiki diri kita dan kemudian perbetulkan segala kepincangan yang ada dalam UMNO dan masyarakat setakat termampu.Dengan niat yang betul,dengan cara yang betul,laksanakan betul-betul,insya Allah kita akan diredhai.
Kelima:
Kita Mendamaikan Sesama Islam
Renungi maksud firman Allah SWT berikut:
Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka.Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat.
(Surah Ali Imran ayat 105)
Ingatlah jangan sesekali kita bercerai-berai,berpecah-belah,menolak perpaduan sesama Melayu/Islam kerana itu semua melanggar perintah Allah.Akibat dari perpecahan sesama bangsa dan agama padahnya amat berat untuk untuk ditanggung bukan setakat generasi sekarang tapi akan turut juga ditanggung kesannya oleh anak cucu cicit kita nanti,MARILAH KITA BERSATU KERANA ALLAH.
Keenam:
Kita Mesti Menyampaikan Kalimah Allah (Al-Quran)
Renungi maksud firman Allah SWT berikut: (Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia,dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa. (Surah Ali Imran ayat 138)
Semoga dengan kalimah Allah yang ada pada kita semua orang Melayu akan menjadikan kita mukmin yang benar-benar bertaqwa dan berjihad memperjuangkan Islam di muka bumi Allah ini bersama UMNO.
Ketujuh:
Kita Mesti Gunakan Akal Dengan Bijaksana Sepanjang Masa
Renungi maksud firman Allah SWT berikut:
Allah menganugerahkan al Hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al-Quran dan as Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki.Dan barang siapa yang dianugerahi al hikmah itu,ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak.Dan hanya orang0orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). (SurahAl-Baqarah ayat 269)
Oleh itu,marilah kita merujuk kepada Al-Quran dan hadis untuk menyelesaikan segala permasalahan dan juga perselisihan antara kita orang Melayu/Islam.
Yang HAK pasti akan timbul dan yang BATHIL pasti akan lenyap.
No comments:
Post a Comment