1.Tujuan dikemukakan soal berkaitan dalil-dalil mengapa UMNO mesti disokong ini adalah untuk meyakinkan penyokong-penyokong/ahli-ahli/generasi muda UMNO dan juga golongan atas pagar didalam masyarakat bahawa keputusan mereka untuk memilih UMNO sebagai parti siasah adalah satu tindakan yang tepat dan bijak serta tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
2.Anatara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut:
Pertama:Perjuangan asas UMNO adalah berada pada landasan Islam yang betul iaitu menurut Al-Quran dan As-Sunnah.Yakni pendekatan asas perjuangan UMNO adalah Islam iaitu untuk kebajikan orang Melayu/Islam mempertahankan hak ketuanan/ istimewa orang Melayu/Islam.Disamping itu,UMNO juga berjuang orang bukan Melayu/bukan Islam dengan adanya kerjasama erat/perjanjian
persahabatan/persepakatan/perikatan/persefahaman menetapkan adanya hak, kebebasan bersuara dan beragama atas nama Barisan Nasional.Ini satu pendekatan bijaksana dalam mentadbir negara majmuk.
Kedua:UMNO tidak pernah secara rasmi mengkafirkan orang Islam yang lain sewenang-wenangnya berdasarkan falsafah perjuangan yang merangkumi kepentingan agama,bangsa dan negara.
Ketiga: UMNO tidak pernah memperalatkan Islam untuk mendapat simpati/kuasa dari orang Melayu.Perjuangan UMNO adalah untuk menegakkan Islam sepenuhnya secara bijaksana termasuk melaksanakan hukum hudud dsg.
Keempat: UMNO tidak pernah menghak-milikkan Islam untuk partinya saja iaitu menyamakan Islam dengan partinya (ini berbeza dengan PAS).Ini kerana Islam adalah agama suci(bukannya parti politik) yang diberi nama oleh Allah.Islam adalah hak milik Allah Ta'ala bukannya hak mana-mana pihak/parti.Dengan ini agama Islam akan tetap terpelihara kesuciannya sampai bila-bila.
Kelima: UMNO tidak tidak pernah secara rasmi menyokong sifat-sifat
ekstrem/melampau/militan/ganas/komunis/sosialis/kapitalis dan mana-mana ideologi songsang yang lain.Kerajaan pimpinan UMNO menentang keras pengganas komunis,pelampau Al-Ma'unah,Al-Qaeda dll termasuk ajaran sesat yang ada.UMNO sekali-kali tidak berkompromi dalam hal ini dan sekali-kali tidak akan menghapuskan agama Islam di Malaysia.
Keenam:UMNO tidak pernah mengajar para pengikutnya konsep yang salah tentang syurga dan neraka.UMNO tidak pernah secara rasmi mengatakan pangkah partinya semasa pilihanraya dapat masuk syurga (tapi PAS mengatakan sedemikian).UMNO tidak pernah menyokong cara perjuangan yang riak,bangga diri,mengaku lebih bijak,memperlekeh/mempeolok orang lain dll sikap buruk yang dilarang oleh Islam.
Ketujuh:UMNO tidak pernah mempermainkan hukum Allah demi politik.UMNO tidak pernah bersandiwara dalam melaksanakan apa-apa perintah Allah dan tidak pernah lari dari tanggung jawab melaksanakan hukum Islam termasuk hudud.Malah UMNO tidak pernah mengelirukan orang Islam/rakyat jelata dalam soal ini.
Kelapan:UMNO tidak pernah menerapkan fahaman dan konsep yang salah dalam soal menuntut ilmu.UMNO sentiasa menitik beratkan ilmu agama dan ilmu dunia lain.Tanpa ilmu umat Islam akan ditindas.UMNO mendukung ajaran Allah supaya mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.UMNO percaya ilmu sains,teknologi,ekonomi,dll ilmu kemahiran hidup adalah juga ilmu kurniaan Allah.UMNO mahu semua rakyat berdoa,berusaha,beristiqamah dan bertawakal.
Kesembilan:UMNO menanamkan sikap bersyukur kepada pengikutnya terhadap apa-apa saja kurniaan Allah dan berterima kasih terhadap bantuan sesama makhluk.UMNO faham bahawa Allah mengurniakan rahmat kepada semua makhluk termasuk manusia seperti hujan,air dll.UMNO mengajar pengikutnya mwengenali Allah.
Kesepuluh:UMNO telah meletakkan kesucian Islam ditempat yang sepatutnya di negara ini.
No comments:
Post a Comment