Thursday, July 7, 2011

Ciri-ciri PARTI ALLAH yang Hakiki

1.Kedua-dua maksud ayat AL-QURAN (surah Al-Maidah ayat 55-56 dan surah Al-Mujadalah ayat 22) tersebut menjadi asas dan sumber utama tentang ciri-ciri PARTI ALLAH dan sifat-sifat pendukungnya.

2.Antara sifat-sifat pendukung PARTI ALLAH adalah seperti berikut:

~1~ Benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul.

~2~ Menjadikan Allah dan Rasul sebagai pemimpin serta tempat rujuk segala perkara.

~3~ Melantik orang-orang beriman sebagai pemimpin

~4~Beriman kepada hari akhirat

~5~ Mendirikan sembahyang fardhu

~6~ Mengeluarkan zakat

~7~ Benar-benar patuh kepada perintah ALLAH.

~8~ Tidak berkasih sayang dengan orang yang menentang agama ISLAM (ingkar hukum ALLAH)

~9~ Tidak bersikap 'asobiah qaumiah'.Yakni tidak bertolak ansur dalam menjalankan kegiatan Islam walau pun dengan ibu bapa,anak-anak,saudara-mara dan keluarga/kaumkerabat iaitu sekiranya mereka anti-ISLAM.

Selain dari ciri-ciri tersebut di atas,para ulama telah merumuskan lagi intisari daripada AL-QURAN tentang ciri-ciri PARTI ALLAH atau Jemaah Islamiah yang sebenar.
Antaranya ialah:

#1# Dapat menegakkan kebenaran (sistem hidup) secara syumul di dalam parti.Menzahirkan kebenaran yang dimaksudkan di sini ialah mengujudkan sistem hidup ISLAM dalam semua aspek kehidupan (keluarga,masyarakat,ekonomi,politik,sosial,budaya,kesihatan,kebajikan,pendidikan,dakwah,media massa,komunikasi dll secara Islam.Kemunculan sistem hidup Islam ini memang mencabar sistem sekular.Walau bagaimana pun,sistem Islam dalam PARTI ALLAH akan tetap menang,tanpa boleh di ganggu-gugat kerana sentiasa di beri pertolongan oleh ALLAH.

#2# Berlaku program pembangunan insan dan material berdasarkan iman dan taqwa.Melalui program-program itu sesebuah PARTI ALLAH akan dapat menegakkan hukum ALLAH yang lima;WAJIB dan SUNAT diamalkan,yang HARAM dan MAKRUH dihapuskan dan yang HARUS terserah kepada pertimbangan masing berdasarkan AL-QURAN dan SUNNAH NABI SAW.

#3# PARTI ALLAH yang hakiki adalah bersifat sejagat,iaitu dianggotai oleh segala jenis bangsa di pelbagai negara.Bukan bersifat setempat di negeri sendiri.Demikian juga pemimpinnya boleh diterima oleh masyarakat sejagat.Pembawaan PARTI ALLAH itu dapat mengisi keinginan umat yang menyintai kebenaran dan perpaduan sejagat.Oleh itu PARTI ALLAH mampu mengisi fitrah semua manusia tanpa dibatasi oleh bangsa dan agama,juga tidak dibatasi oleh peringkat umur,darjat,dan taraf pendidikan.

#4# PARTI ALLAH semestinya menjadi model perpaduan sejagat,kerana di dalamnya ada pelbagai bangsa yang mengamalkan satu sistem hidup yang sama.Yang berlainan agama pula akur dengan sesuatu yang memang selari dengan FITRAH manusia.,kerana ISLAM adalah agama fitrah manusia,tanpa ada kepentingan remeh-temeh.Walau pun belum menukar akidah,tetapi dengan kebenaran syariat zahir mereka(orang agama lain) boleh menerima kebenaran PARTI ALLAH dengan dada terbuka.

#5# PARTI ALLAH tidak bergantung harap kepada musuh ALLAH dalam apa juga hal ehwal anggotanya juga partinya .Bahkan tidak terlibat sama sekali dengan sebarang bentuk mungkar.PARTI ALLAH mempunyai keupayaan sendiri yang mampu menampung keperluan ahlinya sehingga penganut agama lain/masyarakat memerlukannya dimana menjadi teladan/ tempat rujukan dsg.

#6# PARTI ALLAH memperjuangkan dan membawa mesej kebenaran sepanjang masa walau dimana jua.

#7# PARTI ALLAH memang di musuhi oleh semua jenis TOGHUT,tetapi ia tidak dapat dihancurkan oleh musuhnya itu.Ini keran ALLAH berjanji akan sentiasa memelihara PARTI ALLAH daripada dirosakkan oleh orang yang membencinya.

#8# PARTI ALLAH dinaungi oleh masyarakat sejagat,kerana ia membawa mesej sejagat dan memperjuangkan kebenaran yang diperlukan oleh fitrah manusia sejagat.

#9# Kekuatan PARTI ALLAH tidak terletak kepada kekuatan kebendaan semata-mata,tetapa kepada kekuatanTAQWA.Oleh itu penekanan asas dalam pendidikan pendukungnya ialah IMAN dan TAQWA,UKHWAH dan KASIH SAYANG,JIHAD dan PENGORBANAN,SYURA,TAKUT KEPADA NERAKA dan tidak cinta dunia serta tidak takut mati.


BERDASARKAN HURAIAN RINGKAS DI ATAS MENYEBAKAN SAYA MENGELUARKAN KENYATAAN TEGAS MENGATAKAN  BAHAWA "SAYA SOKONG UMNO kerana UMNO ada ciri-ciri PARTI ALLAH" berbanding dengan parti lain di tanah bumi MALAYSIA INI......salah kah saya??????

No comments:

Post a Comment