Friday, January 20, 2012

Terima sajalah sebab ianya tak boleh diubah.......

Ada beberapa perkara yang tidak boleh diubah dalam hidup ini iaitu:

1.Ibu-bapa kita
....terima sajalah ibu-bapa kita yang bersusah payah membesarkan kita.Mereka mesti dihormati walaupun mereka jahat,pemabuk,pelacur,bergelumang dosa dsg.....cuma kita wajib memberi nasihat secara berhikmah serta berdoa agar mereka insaf...ingat jangan sesekali menderhaka,sebab syurga dibawah tapak kaki ibu.

2.Kedudukan dalam keluarga
.....terima sajalah seadanya sebagai anak bongsu,tengah atau sulong.Memang tanggungjawab berbeza sedikit,jadikan ia sebagai cabaran untuk mendapat kejayaan hidup seterusnya.Usah menyesal jadi anak yang ke berapa pun...semuanya ada hikmah.

3.Jantina
....terimalah seadanya walau kita lelaki atau perempuan.Memang doktor boleh tukar jantina secara fizikal pada alat sulit,namun roh tidak mampu diubah....mengubah suara pun susah..dalam Islam tukar jantina ini hukumnya haram.Ada hikmahnya kita dijadikan lelaki atau perempuan.

4.Rupa paras dan bentuk fizikal
...terimalah seadanya walau pun wajah kita tidak secantik artis,tidak setampan hero filem,hidung kembang,rambut kerinting,gemuk pendek,kulit gelap dll..semua anugerah itu ada hikmahnya.Yang membezakan antara kita adalah taqwa.

5.Tarikh lahir
....terimalah sajalah bila tarikh dan hari kita menjengah muka bumi ini.Ianya telah ditetapkan sejak azali lagi.

6.Masa lalu
...peristiwa hitam masa lalu memang tidak boleh dipinda lagi.Ianya telah menjadi sejarah peribadi hidup kita.Jangan disesali....sebaliknya jadikan ia sebagai pengajaran dan pengalaman berharga untuk menempuh ranjau hari muka.

7.Asal keturunan

...terimalah seadanya bangsa kita Melayu,atau India,atau Cina atau Kadazan,atau Eskimo dll....adakah kita berbangga kalau Yahudi

8.Orang lain

..kita tidak boleh tukar orang lain untuk jadi baik/alim dsg macam kita.Dunia ini akan lebih baik untuk dihuni sekiranya setiap orang boleh menukar orang lain mengikut apa yang dihajatinya.Sebenar orang lain telah dicipta sedemikan rupa,apa boleh buat.

9.Keadaan tertentu

...kita tidak boleh ubah sesuatu keadaan seperti cuaca sejuk dimusim sejuk atau keadaan bersakji di kutub utara dll...terimalah seadanya,sebab dunia ini cuma tempat persinggahan sementara sebelum ke destinasi setrusnya yan kekal abadi.


Akhirnya,fahami maksud firman Allah berikut'.......sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri....' surah Ar-Rad ayat 11.

No comments:

Post a Comment