Sunday, January 22, 2012

Apa yang boleh diubah pada diri kita.....

.......ubahlah dan berubahlah ke arah yang lebik baik demi kejayaan hidup kita.

Untuk berjaya mencapai apa yang dicitakan kita perlu berubah....perubahan yang mesti dibuat ke atas diri kita adalah difokuskan kepada perubahan dalaman.......

Emosi dan perasaan mesti diubah kerana ianya mampu memberi sumbangan terhadap tahap keceriaan diri kita.

Bila diri kita mempunyai emosi yang stabil maka barulah kita lebih ceria dimana ini boleh melonjakkan kemahuan yang kuat dan kehendak yang tinggi untuk memberi kekuatan dalaman pada diri kita.

Kehendak yang tinggi serta kemahuan yang kuat akan mampu menaikkan semangat untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran hidup kita.

Dengan semangat yang berkobar-kobar akan meningkatkan keyakinan diri untuk terus berusaha gigih sehingga berjaya dalam apa tugasan pun.

Seseorang yang tidak yakin pada diri sendiri dan tidak percaya kepada kebolehan dirinya akan menggagalkan apa yang dicitakannya.

Keyakinan diri yang tinggi akan memberi satu harapan ke arah kejayaan sebenar.

Seseorang yang mempunyai pengharapan yang tinggi akan mampu melaksanakan segala bentuk tindakan semata-mata untuk berjaya.Harapan yang ada pada diri kita mampu mengukuhkan semangat.

Kejayaan yang luar biasa mampu dicapai bila harapan memuncak dan suntikan semangat membara.

Akhirnya,gabungan perubahan positif yang berlaku pada EMOSI,KEHENDAK,SEMANGAT,KEYAKINAN,HARAPAN dan NIAT MURNI akan menentukan TINDAKAN yang baik iaitu membentuk SIKAP positif pada diri kita.

Sikap dan tingkahlaku yang baik terbentuk bila segala perubahan pada komponen dalaman kita berjaya ditransformasikan dengan berkesan dimana terjelma bila mana tindakan dan minda positif dijadikan amalan sepanjang hayat.

Apabila sikap yang baik terbentuk dan menjadi amalan hidup kita,maka kejayaan dalam apa saja bidang yang diceburi akan mudah dicapai.

Kesimpulannya,perkara-perkara yang boleh diubah pada diri kita untuk berjaya dalam hidup adalah emosi,kehendak,semangat,keyakinan,harapan,niat,sikap dan tindakan.......ubahlah dari negatif menjadi positif.

No comments:

Post a Comment