Wednesday, January 25, 2012

8 perkara penting....

Ada lapan perkara penting yang akan menjadi penghalang dimana menyebabkan amal kebajikan kita tidak diangkat dan tidak diterima Allah SWT iaitu:-

1.Niat yang tidak ikhlas
.......amalan ikhlas adalah amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana ada sebab dorongan lain.
........semua amalan manusia akan tertolak diakhirat jika ianya dibuat kerana untuk mendapat nama,pujian,pangkat,kedudukan dsg.
........supaya tidak menyesal kelak,maka beribadatlah dengan ikhlas kerana Allah SWT sahaja.

2.Mengumpat
.......mengumpat adalah dosa besar disisi Allah SWT
........orang mengumpat diumpamakan Allah SWT sebagai memakan daging saudaranya sendiri.
........mengumpat dalah sesuatu yang jijik dan hina kerana menyinggung kehormatan orang lain yang sepatutnya dipelihara.

3.Sombong
.......jangan sombong,megah diri,bangga diri kerana tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji swi dari kesombongan.

4.Ujub
.........orang yang terkena penyakit ujub akan memandang remeh dosa yang dilakukannya dan menganggap bagia angin lalu

5.Hasad dengki
.........adalah sifat yang membawa keburukan dan kemusnahan
.........orang yang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya, dia akan berusaha menjatuhkan orang yang lebih darinya

6.Tidak mengasihi orang lain
..........jangan membenci orang lain

7.Riak dan sum'ah
.......janganlah kita beramal kerana sum'ah (ingin didengar manusia) dan jangan riak (menunjuk-nunjuk kepada orang lain)

8.Mengharapkan keduniaan
...........janganlah mengharapkan habuan duniawi semata-mata



Kesimpulannya, jauhilah lapan perkara di atas dalam setiap aktiviti hidup kita agar amal kebaikan dan ibadat diterima ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment