Tuesday, January 24, 2012

Istilah Berkaitan Babi

1.PORK: Istilah yang digunakan untuk daging babi didalam masakan.

2. SWINE: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan species babi.

3. PIG: Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda,berat kurang 50kg.

4. HOG: Istilah untuk babi dewasa,berat melebihi 50kg.

5. PORCINE: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi.Porcine selalu digunakan didalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. BOAR: Babi liar.

7. SOW: Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. LARD: Lemak babi yang biasanya digunakan untuk membuat minyak masak dan membuat sabun.

9. BACON: Istilah yang digunakan untuk daging babi salai atau daging babi yang diperap dengan garam.Istilah bacon juga digunakan untuk daging salai haiwan selain babi.

10. HAM: Daging peha babi yang biasanya telah disalai atau diasapkan.


JIKA ANDA MEMPUNYAI KERAGUAN MENGENAI PRODUK HALAL....sila hubungi INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL,UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment