Monday, January 9, 2012

Jangan Berdusta

1.Berdusta adalah salah satu sifat orang munafik.

2.Sesungguhnya berdusta itu bukan sikap mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya.

3.Allah berfirman yang bermaksud 'Hanya yang mengada-adakan dusta ialah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta'Surah an-Nahl ayat 105.

4.Dusta yang paling tercela ialah berdusta dalam perkara agama,berdusta tentang syariat Islam,berdusta terhadap Allah dan RasulNya

5.Allah berfirman yang bermaksud 'Siapakah yang terlebih zalim daripada orang-orang yang mengadakan kedustaan terhadap Allah atau orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya? Sesungguhnya tiadalah berjaya orang-orang zalim itu, Surah al-An'am ayat 21.

6.Oleh itu,berhati-hatilah dan telitilah bila mengungkapkan kata-kata dalam urusan agama kerana kedustaan ini akan membawa kepada kesesatan dan kemurkaan Allah.

7.Biarlah apa yang diungkapkan/disampaikan diyakni benar berpandukan syariat Islam iaitu al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw?

8.Awaslah terhadap dajjal-dajjal pendusta yang muncul diakhjr zaman kerana dusta mereka membawa kepada kesesatan.

9.Si pendusta tidak akan mengaku dia berdusta.Dajjal-dajjal pendusta akan mengatakan merekalah pendokong kebenaran sebenar.


10.Ingatlah bahawa kebenaran itu dinilai menurut syariat Allah bukan mengikut hukum akal manusia.

11.Allah berfirman yang bermaksud ' Kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu maka janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.' Surah al-Baqarah ayat 147.

12.Sekali lagi ditekankan bahawa berhati-hatilah terhadap pendusta agama.Tunduk dan patuh hanya kepada Allah.

No comments:

Post a Comment