Friday, January 13, 2012

Pemimpin Mesti Kuat dan Amanah

1.Pemimpin adalah seorang manusia yang memikul tugas/tanggungjawab berat/kerja rumit sepanjang era kepimpinannya.

2.Oleh itu,pemimpin sebenarnya perlu bekerja,pemimpin juga adalah pekerja.

3.Allah SWT sebenarnya menekankan bahawa manusia yang diharapkan untuk bekerja/menjalankan tugas/melaksanakan tanggungjawab terutamanya sebagai pemimpin juga pekerja biasa lain adalah manusia yang mempunyai dua sifat:KUAT &AMANAH.

4.Allah SWT berfirman yang bermaksud ".........Sesungguhnya sebaik-baik pekerja ialah yang kuat,lagi amanah." (Surah Al-Qasas :26)

5.Kedua-dua sifat iaitu kuat & amanah ini mesti sepadu di dalam diri setiap individu,barulah seseorang itu hidup bermanfaat.

5.Tanpa kedua-dua sifat kuat & amanah ini,maka akan lahir manusia yang pincang dan memudaratkan masyarakat.

6.Sementara dengan adanya sifat kuat & amanah ini akan lahirlah manusia yang benar-benar soleh.

7.Pemimpin juga manusia yang kerjanya memimpin orang lain ke syurga.Maka pemimpin perlu menjadi manusia baik yang boleh memberikan kemanfaatan kepada orang yang dipimpinnya.Hanya dengan memiliki sifat kuat & amanah impian untuk menjadi manusia baik boleh tercapai.

8.Rasulullah SAW pernah bersabda :Dalam Sahih Muslim daripada Abu Hurairah;Rasulullah bersabda "Orang mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah.Dan pada setiap sesuatu itu baik.Bersungguh-sungguh atas apa yang memberi manfaat dan mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah.Sekiranya menimpa engkau sesuatu jangan katakan,kalau aku begini.....begini,tetapi katakan Allah telah mentakdirkan dan apa yang dikehendakiNya terlaksana.Sesungguhnya 'kalau' itu membuka gerak kerja syaitan."

9.Orang lemah dan tidak amanah selalunya akan menyalahkan orang lain.Umpamanya seorang pemimpin yang gagal dalam mencapai apa yang dihajatinya akan mengungkapkan perkataan 'konspirasi' ke atasnya telah berlaku....pada hal dirinya sendiri yang lemah/tidak amanah dalam serba-serbi.

10.Ciri-ciri 'KUAT' yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
#Sihat zahir batin

#Cerdik

#Rajin

#Bersemangat

#Bermotivasi

#Berdisiplin

#Bersungguh-sungguh

#Berwawasan

#Kreatif

#Inovatif

#Berani

#Berkemahiran

#Kukuh ekonomi/kewangan

11.Ciri-ciri 'AMANAH' yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

#Keikhlasan

#Benar dan jujur

#Berintegriti

#Berwibawa/akauntabiliti

#Menepati janji

#Berakhlak mulia

#Bekerjasama

#Menghargai jasa orang lain

#Berbudi bahasa

#Banyak bersabar

#Tenang

#Berprasangka baik

#Berperibadi mantap

12.KALAU SEORANG ITU TIDAK KUAT/LEMAH TETAPI AMANAH NESCAYA DIA AKAN SELALU DITIPU.SEBALIKNYA SEKIRANYA DIA KUAT TETAPI TIDAK AMANAH MAKA DIA AKAN MENIPU!!!!!!

13.Pemimpin yang jahat,penipu,penindas adalah kerana dia memiliki sifat kuat semata-mata tapi tidak amanah.

14.PEMIMPIN YANG BAIK MESTI MEMILIKI CIRI KUAT & AMANAH BERSAMANYA BERSEPADU SEPANJANG MASA BARU BOLEH MEMBANGUNKAN NEGARA.

No comments:

Post a Comment