Wednesday, January 4, 2012

Soal AGAMA dan BANGSA....apa yang lebih perlu diutamakan?

1.Soalan di atas dijawab begini: soal agama mesti diutamakan,soal bangsa dikemudiankan.Ini bermaksud dalam konteks kita di negara ini,soal pertama ialah soal ISLAM dan soal MELAYU adalah soal kedua.Kedua-dua penting diperjuangkan sebab ISLAM itu adalah satu HIDAYAH,sementara MELAYU itu suatu FITRAH.Jadi murnikan fitrah dengan hidayah.

2.Hanya bangsa yang kuat imannya (iaitu kuat pegangan agama Islamnya),bangsa yang kuat ekonominya,kuat politik,kuat perpaduannya,dan lain-lain kekuatan yang perlu saja akan mampu menjaga dan mendaulatkan agama Islam yang dianutinya.

3.Tetapi jika bangsa Melayu berpecah-belah dan tidak kuat atau lemah dalam serba-serbi maka bangsa kita sendiri akan merosakkan dan menjahanamkan kesucian agama Islam.Misalnya, Melayu yang murtad dan tunduk kepada telunjuk kafir akan melingkupkan Islam.

4.Rasulullah s.a.w sebenarnya memperjuangkan bangsanya iaitu Arab,tetapi kesucian iman dan ketinggian Islam mengatasi segalanya.Jadi kalau ada ulama yang tidak mengaku berbangsa Melayu sebenarnya telah tidak mengikut sunnah nabi.

5.Lihat dalam peristiwa hijrah ke Habshah.Baginda Rasulullah rela memerintahkan para sahabat berhijrah walaupun penduduk dan raja di Habshah berlainan bangsa.Pada hal pemerintah di Mekah ketika itu pembesar Arab Quraisy yang sama bangsa dengannya.

6.Jadi Rasulullah s.a.w lebih rela bila sahabatnya berpindah ke negara yang dikuasai oleh bangsa asing berbanding bangsa sendiri asalkan lemerintah di negara tersebut memberi jaminan keelamatan untuk mereka beriman dan mengamalkan cara hidup Islam.

7.Jelas sekali Islam dan iman mesti terlebih dulu dan utama diselamatkan.Kepentingan bangsa menyusul kemudian.Itulah yang nabi buat.

8.Sebenarnya,Rasulullah s.a.w yang paling cintakan bangsanya sebab itulah Baginda sangat gigih berdakwah supaya bangsanya menerima iman dan Islam,ini kerana hanya dengan itu mereka akan selamat di dunia dan akhirat.

9.Sebaliknya,jika bangsanya mengancam iman dan Islam,Baginda tidak teragak-agak menentangnya sekalipun terpaksa berperang dengan mereka.

10.Rasulullah berperang dengan tujuan membebaskan bangsanya dari dijajah dan membawa manusia kepada tauhid,syariat dan akhlak Islamiah,bukan berperang merebut harta,kekuasaan dan kekayaan.

11.Itulah kesederhanaan (wasatiyah) dalam memperjuangkan kepentingan Islam dan bangsa.Jangan berperang atau berjuang untuk kepentingan puak atau parti tertentu..itu assabiyah namanya.

12.Marilah kita berhijrah dengan meninggalkan cara hidup tajaan ideologi sesat yang menzalimi sesama manusia spt demokrasi,kapitali,komunis,sosialis,liberalisme dll kepada sistem hidup Islam yang sebenar kerana Allah.

No comments:

Post a Comment