Friday, January 13, 2012

Pluralisme & Pluraliti

1.Pluralisme adalah satu fahaman yang menyama-ratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai bahawa semua agama adalah sama benar.

2.Fahaman pluralisme ini juga menyamakan semua agama adalah sama taraf & sama benar.Ini ternyata sesat.

3.Pada hal jelas dalam al- Quran menyatakan bahawa agama yang benar dan diterima Allah SWT hanyalah agama ISLAM yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

4.Fahaman pluralisme jelas skali menurunkan taraf agama Islam menjadi sama taraf dengan agama-agama lain yang bukan Islam.

5.Fahaman pluralisme ini ternyata salah sebab kalau berpendapat semua agama sama saja maka Tuhan pun samalah,maka musnahlah akidah umat Islam yang bertuhankn Allah SWT yang tidak beranak dan tidak diperanakkan.Umat Islam tidak menyembah Tuhan lain selain Allah SWT.

6.Fahaman PLURALISME ini berbeza dengan maksud PLURALITI dalam kontek beragama dan bermasyarakat.

7.Maksud PLURALITI adalah kepelbagaian seperti kepelbagaian pakaian,kepelbagaian budaya,kepelbagaian bahasa,kepelbagaian bangsa,kepelbagaian makanan,kepelbagaian agama dll kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat manusia.

8.Pada hal,maksud PLURALISME merujuk kepada fahaman,konsep dan doktrin yang dinaungi dalam satu entiti,baik secara eksoterik mahu lun esoterik.

9.Menurut fahaman pluralisme bagi kelompok seperti John Hick berusaha supaya wujud satu agama baru yang menyatukan semua agama dalam satu entiti secara fizikal.

10.Pelbagai golongan menamakannya sebagai World Religion @ Global Faith @ Abraham Faiths,yang amat aktif membuat promosi tentang idea ini bersama pendita Yahudi dan rahib-rahib Nasrani.

11.Satu lagi versi pluralisme agama ini disebut sbagai kelompok Transcendentalist @ Pure Metaphysic tajaan Frithjof Schoun.Fahaman pluralisme agama versi ini ialah semua gama secara rohaniah akan bertemu Allah dan akan selamat dari api neraka jika kita mengamalkan ajran agama itu,tidak kira agama apa sekalipun sama ada Budha,Yahudi,Hindu dan sebagainya.

12.Versi pluralisme tajaan Frithjof Shcoun ini mewajarkan cara beribadat yang berbagai-bagai kerana bagi beliau setiap agama memiliki cara pa dangan yang berbeza dalam menyembah tuhan,tetapi mempercayai tuhan yang sama,tuhan yang satu.Doktrin ini ditolak oleh Islam.Mana boleh menyamakan Allah SWT yang disembah oleh orang Islam sama dengan tuhan yang disembah oleh orang bukan Islam.

13.Kita mesti faham dan yakin bahawa Allah SWT yang orang Islam sembah adalah berbeza sama sekali dengan fahaman Allah yang difahami dan disembah oleh orang bukan Islam seperti Yahudi,Nasrani atau Kristian.Ini kerana kualiti Allah yang sebenar telah terhakis oleh fahaman dekonstruksionisme tajaan Yahudi-Kristian itu.

14.Ingat,Allah SWT memberitahu bahawa Allah SWT adalah zat yang tidak beranak dan tidak diperanakkan,tetapi orang Yahudi beriktikad yang Nabi Uzaiyr anak Allah dan Nabi Isa anak Allah dan juga Allah oleh orang Kristian.Jadi jelas sekali tidak sama dengan akidah orang Islam.

15.Akidah Islam mengajar cara untuk menyembah Tuhan dan cara beribadat yang tercetus daripada akidah itu sendiri.Apa saja yang diluar akidah Islam tjdak diiktiraf dan tidak diterima oleh Allah SWT.

16.Kelompok pluralisme ini keliru bahkan salah bila mereka merujuk kepada Perlembagan Madinah yang didakwa sebagai pluralisme agama.Pada hal Perlembagaan Madinah dengan jelas menhebut entiti Yahudi berbeza daripada Islam.

17.Islam menolak pluralisme agama,akan tetapi Islam tidak menolak PLURALITI agama dan menerima hakikat kewujudan berbagai agama,bangsa,puak,budya,bahasa dsg di muka bumi Allah ini.

18.Islam mengiktiraf hak-hak mereka,iaitu hak orang-orang bukan Islam untuk hidup dan beramal dengan ajarn & kepercayaan keagamaan mereka dimana orang yang berlainan agama daripada agama Islam diberi perlindungan dan kebebasan yang optimum dalam kegiatan keagamaan mereka.Ini yang dipraktikkan dinegara kita hari ini.

19.Fahamilah dan bezakanlah antara konsep PLURALISME agama dengan maksud PLURALITI agama dimana kewujudan pelbagai agama dan bangsa di Madinah ketika Nabi Muhammad SAW lagi.Kepelbagaian @ pluraliti memang wujud dalam segala hal hingga kini.

20. Jadi,kita mesti tentang fahaman pluralisme agama habis-habisan, erna ianya satu ajaran sesat.Adalah sesat bila seseorang mendakwa dan berpendirian bahawa lelbagai agama yang wujud di zaman Nabi Muhammad SAW itulah pluralisne agama,pada hal yang wujud dikala itu adalah pluraliti/kepelbagaian agama.

21.Kalu semua agama sama saja,maka tidak perlulah Nabi dan sahabat-sahabat berdakwah dan berjihad mengajak orang bukan Islam memeluk Islam bahkan memerangi murtad.

22.Kajilah sejarah Islam,tidak terdapat catatan yang ulama menyamakan agama Islam dengan agama-agama lain.

23.Soal pluralisme agama ini amat penting difahami.Ini soal akidah yang merupakan agenda paling besar dalam hidup kita.Sebagai seorang Islam,kita tidak boleh terima bahawa semua agama sama.Marilah kita kembali kepada wacana ilmu-ilmu Islam yang sebenar.

No comments:

Post a Comment