Wednesday, January 11, 2012

Hadis-Hadis Berkaitan Pemimpin

1 Abu Said Al-Khudri melapurkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda "Jihad yang paling utama ialah bercakap benar di hadapan pemimpin yang menyeleweng." Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi

2.Abdullah bin Mas'ud melapurkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda "Percayalah selepas kematian Ku nanti,timbul cara-cara bagaimana pemimpin mementingkan diri sendiri dan akan timbul perkara-perkara yang saudara-saudara tentang". Sahabat-sahabat bertanya,"Wahai Rasulullah SAW, sekiranya berlaku keadaan sebegitu,apakah nasihat tuan?"Rasulullah SAW menjawab,"Saudara-saudara perlu menunaikan hak-hak orang yang menjadi tanggungjawab saudara.Mintalah apa-apa yang sepatutnya menjadi hak saudara kepada Allah". Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

3.A'iz bin Amr melapurkan,pada suatu masa beliau berjumpa Ubaidullah bin Zaid,kemudian A'iz berkata "Wahai anakku,percayalah,saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,"sesungguhnya seburuk-buruk pemimpin adalah orang yang keras hatinya kepada orang bawahannya".Jadi,janganlah sampai kamu termasuk dalam golongan itu." Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

4.Ummu Salamah,isteri Rasulullah SAW melapurkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Nanti akan tiba suatu masa,terdapat pemimpin dikalangan saudara dan saudara kenal pemimpin itu,namun saudara menentangnya kerana beliau melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.Sesiapa yang membenci pemimpin itu,dia terselamat dari dosa.Sesiapa yang menentang lemimpin itu,dia terselamat.Tetapi jika ia meredhai pemimpin itu,maka dia berdosa dan tidak selamat". Diriwayatka oleh Muslim

5.Auf bin Malik melapurkan,"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,"Pemimpin-pemimpin yang terbaik antara saudara-saudara adalah mereka yang saudara-saudara kasihi dan mereka pun kasih kepada saudara-saudara.Juga mereka yang saudara-saudara doakan kebaikan baginya dan mereka pun mendoakan kebaikan bagi saudara-saudara.Adapun pemimpin yang jahat antara saudara-saudara adalah mereka yang saudara-saudara benci dan mereka juga benci kepada saudara-saudara.Juga mereka sahdara-saudara laknat dan mereka juga melaknat saudara-saudara." Diriwayatkan oleh Muslim

6.Aisyah binti Abu Bakar melapurkan,Rasulullah SAW pernah bersabda,"Apabila Allah mahu seorang oemimpin negara itu menmadi baik,Allah menyediakan pembantu yang baik baginya.Apabila pemimpin itu lupa,pembantunya memoeringatkannya.Apabila pemimpin itu ingat,pembantunya menolongnya.Apabila Allah mahu memberi lerkara yang buruk kepada lemimpin itu,Allah menyediakan pembantu yang jahat baginya.Apabila oemimpin itu lupa,pembantunya tidak suka memperingatkannya.Apabila pemimpin itu ingat,pembantunya tidak suka menolongnya." Dkriwayatkan oleh Abu Daud.

No comments:

Post a Comment