Tuesday, January 17, 2012

Fatwa Mengenai Bank Susu

Setelah mendengar taklimat dan lenjelasan pakar serta meneliti keterangan,hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan.Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan adalah termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam.Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kelada nasab atau keturunan perlulah dielakkan.

Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan Bank Susu manusia amat berkait rapat dengan syarat-syarat pengharaman atas sebab susuan dimana bayi-bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih daripada seorang wanita akan menjadi adik-beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan

Pandangan ini selaras dengan pandangan Jumhur Fuqaha' bahawa seseorang bayi itu sah sebagai anak susuan sama ada melalui penyusuan secara langsung dari payudara atau penyusuan secara tidak langsung.
Juga berdasarkan hadis riwayat Abu Daud yang maksudnya seperti berikut: Daripada Ibn Mas'udberkata,tidak berlaku hukum penyusuan melainkan dengan apa yang menguatkan tulang dan menumbuhkan daging.

Sehubungan dengan itu,mmandangkan Bank Susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara haram,dan keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam maslahah awam,Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penubuhan Bank Susu tidak diharuskan.

Muzakarah juga memutuskan bahawa bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan,juga ibu yang mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi,adalah harus bagi ibu-ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi-bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu mengenali antara satu dengan lain.Sekian.

No comments:

Post a Comment