Sunday, January 15, 2012

Jom Bersatu Wahai Orang Melayu

1.Sekarang ini,seruan untuk mengajak orang Melayu untuk bersatu bagi memenuhi tuntutan Islam seakan dianggap remeh,tak penting malah macam tak relevan pulak,umpama mencurah air ke daun keladi, sia-sia saja.

2.Mengapa seruan untuk bersatu semua Melayu buat tak dengar,buat tak kisah....? Malah seruan dari mana-mana pihak ke arah perpaduan Melayu dianggap mempunyai agenda tertentu.

3.Yang nyata untuk Melayu bersatu demi Islam pun kita masih cuba untuk menegakkan kepentingan diri,kepentingan puak,kepentingan parti dsg dengan meletakkan syarat yang berbagai-bagai....banyak kerenah pulak.Pada hal untuk bergabubung dengan si kafir direalisasikan tanpa syarat ketat pulak.

4.Maka,timbul persoalan,sukarkah bersangka baik terhadap perpaduan sesama bangsa dan seagama? Sampai bila kita Melayu-Islam mahu berpecah-belah dan tidak mahu bersatu demi agama?

5.Pada hal Islam dan perpaduan mempunyai hubungan yang rapat bak isi dengan kuku.

6.Islam adalah agama yang menyokong perpaduan.

7.Setiap muslim dianjurkan supaya sentiasa bersatu-padu dalam semua bidang.Malah semua muslim bersaudara.

8.Firman Allah yang bermaksud: 'Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah diantara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu,dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat' (Surah al-Hujaraat ayat 10)

9.Bukan setakat bersatu sesama muslim,malah umat Islam juga dituntut berbaik dan saling mengenali sahabat bukan Islamnya.

10.Firman Allah yang bermaksud: 'Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan amal-amal kamu). (Surah al-Hujaraat ayat 13)

11.Jelas dan nyata sekali bahawa soal perpaduan sesama muslim dan bukan Islam merupakan satu perkara penting dalam pandangan Islam.Jadi soal perpaduan bukan soal remeh!!!!

12.Jika kita mengkaji sejarah Islam,didapati Rasulullah saw memberi tumpuan kepada pengukuhan ikatan persaudaraan sesama orang Islam dulu,dan kemudiannya iaitu selepas umat Islam kukuh bersatu barulah Baginda tumpukan soal perpaduan dengan orang bukan Islam (Yahudi dan Nasrani di Madianah).

13.Perlu diingat,bahawa asas kepada kesatuan ini adalah kerana inilah yang dituntut dalam agama Islam.

14.Jadi menerima semua perpaduan yang diusahakan kerana Allah sepatutnya tidak menimbulkan banyak masalah.

15.Dalam konteks Malaysia,pengukuhan perpaduan Melayu-Islam perlu dijayakan seoenuhnya dulu.Ini akan menjadi satu aset penting bagi menjamin perpaduan menyeluruh dengan orang bukan Islam/bangsa lain kemudiannya.

16.Jika sesama muslim tidak mahu bersatu dalam satu wadah yang dituntut Islam mana mungkin bersatu dengan bukan Islam menjadi sesuatu yang baik.
17.Mendahulukan perpaduan dengan bukan Islam tetapi berbagai alasan/madah berhelah diberikan untuk bersatu sesama muslim maka mana mungkin kita mendapat rahmat Allah,yang jelas kita akan jadi kuda tunggangan sikafir!!!!

18.Perpaduan sebenar sesama muslim hanya boleh berlaku jika kita semua ikhlas dan berfikir secara tulus bagi bersatu-padu/satu pasukan muslim bukan atas dasar duniawi,kepentingan kuasa,pangkat,harta,kedudukan dan kemuliaan.

19.Perpaduan wajiblah didasarkan kepada satu sebab sahaja iaitu kerana Allah bagi mendaulatkan agama Islam yang suci.

20.Ingat,setelah sesama Islam bersatu mantap/kukuh baru kita melangkah setapak lagi bagi mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum bukan Islam.Malangnya,yang berlaku di negara ini adalah disebaliknya.....iaitu kita sanggup bersatu dengan bukan Islam demi menjatuhkan sekumpulan muslim yang lain kerana kuasa politik duniawi....sunnah Nabi ditolak ke tepi demi politik.Tunggulah BALA dari Allah wahai orang Melayu yang berakal semua! !!!!!!

No comments:

Post a Comment