Saturday, January 14, 2012

Jadilah Orang Yang Berakal

1.Manusia diangkat tinggi kedudukannya berbanding dengan makhluk lain kerana anugarah akal oleh Allah SWT

2.Akal adalah satu nikmat dan merupakan ruang luas dalam diri manusia buat berfikir dan menghimpunkan ilmu.

3.Akal dan ilmu adalah anugerah teragung daripada Allah SWT kepada manusia.Binatang tiada akal cuma ada otak.

4.Dengan akal manusia diangkat menjadi khalifah dimuka bumi ini.Maka kita semua perlu jadi orang berakal.

5.Tenaga hebat akal yang dipacu dengan sumber wahyu Ilahi akan berjaya membentuk minda positif dan produk akal yang baik.

6.Fahami maksud hadis berikut: Daripada Said bin Musayyab r.a. Sesungguhnya Umar,Abu Hurairah dan Ubai bin Kaab r.a. masuk kepada Rasulullah SAW dan berkata, "Wahai Rasulullah,siapakah manusia yang paling pandai?".Rasulullah menjawab: "Orang yang berakal".Mereka bertanya,"Siapakah orang yang paling kuat ibadahnya?". Rasulullah menjawab: "Orang yang berakal". Mereka bertanya lagi, "Siapa yang paling utama?". Rasulullah menjawab: "Orang yang berakal".Berkata mereka, "Wahai Rasulullah,bukankah orang berakal itu tidur maruahnya,lahir kepandaiannya dan tinggi kedudukannya?".Rasulullah bersabda membaca ayat Allah,'Dan tiadalah yang demikian itu melainkan perhiasan dunia.....'(hingga akhir ayat) dan sesungguhnya orang yang berakal ialah yang bertaqwa walaupun di dunia dia dipandang rendah."

6.Dengan itu,sebagai muslim, jadilah orang yang berakal sebagaimana sabda Nabi dalam hadis di atas.Namun begitu,kita kena tahu tentang keupayaan akal yang dapat disimpulkan seperti berikut:

# Bagaimana kita boleh menggunakan akal yang bersifat kritis dan kreatif dengan betul untuk mendapat buah fikiran yang bernas dalam membuat sebarang keputusan.

# Bagaimana kita percaya kepada keupayaan akal yang hebat sehingga kita terus menggunakan akal untuk berfikir dan sentiasa berfikir sepanjang hayat.

# Bagaimana kita mengikut proses yang betul dengan mula mengumpul maklumat,menentukan konsep,mengkategorikan masalah,membandingkan,menganalisa dan mensintesisnya sehingga kepada proses akhir membuat keputusan.

# Bagaimana kita berpegang pada prinsip analisis (analytical thinking) dalam membuat keputusan atau hanya dengar dan terus percaya.Imam al-Ghazali r.a. Mengingatkan bahawa satu perkara yang melemahkan akal manusia adalah 'taksub'.Ini kerana,apabila seorang itu TAKSUB,dia akan membutakan segala upaya akalnya dan membiarkan orang lain memperbodohkannya.Akalnya tidak berfungsi lagi.

# Bagaimana produk akal kita,adakah bersifat konstrukif sehingga boleh diuji dengan pandangan,soalan,perbahasan pihak lain.Apabila seseorang bercakap tentang persoalan 'apa' dan 'kenapa' tetapi tidak menerangkan persoalan 'bagaimana'.Ini petanda bahawa pemikirannya itu tidak konstruktif dan produk akalnya lemah.

# Bagaimana pola pemikiran,adakah lebih gemar nelihat dan mengetengahkan perkara negatif berbanding positif.Berfikir secara negatif hnya akan membuahkan produk akal yang negatif seperti sering menyalahkan orang lain dan memberi seribu satu macam alasan.Berfikir secara positif dan fokus kepada masalah akan dapat mencari jalan penyelesaian yang betul.

7.Kesimpulannya,bersyukurlah kita akan nikmat akal yang ada.Jangan 'hilang akal' dengan apa cara sekali pun seperti dadah,minuman keras dsg.Binalah akal positif semaksimum mungkin bagi meningkatkan tahap kecerdasan minda (IQ) dan potensi akal anugerah Allah ini ke arah jalan yang di redhaiNya.

No comments:

Post a Comment