1.......Sejenis makhluk ciptaan Allah yang terbentuk daripada cantuman ROH yang bersifat ghaib dan kekal dengan JASAD yang bersifat nyata dan sementara.
Rujukan al-Quran mengenai perkara ini adalah dalam surah al-Hijr ayat 28-29:
Firman Allah bermaksud;
"Ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah yang kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang telah berubah.Apabila Aku telah sempurnakan kejadiannya,dan Aku tiupkan ke dalamnya daripada roh Ku,maka tunduklah kamu (malaikat) kepadanya (Adam) dengan bersujud."
Ayat al-Quran di atas menjelaskan penciptaan TAHAP AWAL manusia,dimana Allah menciptakan Nabi Adam a.s. sebagai manusia pertama,kemudian Hawa.
Firman Allah bermaksud;
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (ADAM),dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya-HAWA),dan juga membiakkan dari keduanya -zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai........(surah al-Nisa ayat 1)
2.......Sejenis makhluk yang kejadian TAHAP BIOLOGI (dimana proses kejadian manusia selepas Nabi Adam dan Hawa-tahap awal- adalah berbeza).Iaitu pada pada -tahap biologi-jasad manusia tidak dicipta secara langsung daripada tanah,tetapi hasil percantuman sel sperma(lelaki) dan ovum(perempuan).Perhatikan penjelasan al-Quran mengenai kejadian manusia pada tahap biologi berikut;
"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu sari pati (berasal) dari tanah.Kemudian Kami jadikannya air benih(nutfah) yang tersimpan dalam tempat yang kukuh(uterus atau rahim wanita).Kemudian Kami jadikan air benih itu segumpal darah (alaqah),lalu gumpalan darah itu Kami jadikan seketul daging (mudghah),lalu Kami liputi tulang belulang itu dengan daging.Kemudian Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain (manusia yang sempurna).Maha suci Allah,sebaik-baik Pencipta." (surah al-Mu'minun ayat 12-14)
3.......Sejenis makhluk ciptaan Allah yang bersifat unik dan mempunyai identiti yang istimewa.Iaitu manusia dikurniakan oleh Allah dengan sifat khusus untuk membolehkan mereka menanggung amanah sebagai khalifah Allah di muka bumu yang tidak tertanggung oleh makhluk lain.
Firman Allah bermaksud;
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".........
4......Sejenis makhluk yang unsur JASADnya berasal dari tanah/bumi/alam nyata,maka segala keperluaan hidupnya yang bersifat jasmani atau kebendaan (membabitkan aspek fisiologi,aspek keselamatan,aspek emosi/sosial dan aspek ekonomi dll) adalah berasal daripada benda-benda yang terdapat di bumi.
5......Sejenis makhluk yang unsur ROHnya berpunca daripada alam kekudusan,maka segala keperluan roh (membabitkan aspek akidah,aspek akhlak,tazkiyah,pengabdian diri kepada Allah dll) adalah berasal dari alam kekudusan tersebut.
Al-Quran memperingatkan bahawa pengetahuan yang mendalam tentang roh manusia tidak mungkin diketahui secara hakiki :
Firman Allah bermaksud "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.Jawablah roh itu termasuk urusan Tuhan,dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit" (surah al-Isra' ayat 85)
6.......Sejenis makhluk yang mempunyai AKAL yang boleh digunakan untuk terlibat dalam proses persepsi,pemahaman,pembinaan ilmu,pemikiran dan penaakulan.
7.......Sejenis makhluk yang mempunyai KALBU yang boleh digunakan untuk terlibat dalam proses menerima hidayah,intuisi dan ilham.
8......Sejenis makhluk yang mempunyai JIWA yang boleh digunakan untuk terlibat dalam proses mengurus tubuh badan,aktiviti kehidupan,personaliti,juga secara amnya mencerminkan tabii manusia itu sendiri secara keseluruhannya,mencerminkan emosi dan secara khususnya menjadi pusat nafsu atau tenaga kehaiwanan.
9.......Sejenis makhluk yang mempunyai RUH iaitu NYAWA yang menentukan hidup/hayat jasad manusia...ruh merupakan entiti yang abstrak yang mempunyai unsur ilahi.Ini merupakan identiti istimewa yang MEMBEZAKAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK ATAU HIDUPAN LAIN ciptaan Allah.
10......Sejenis makhluk (selepas tercantumnya ROH dan JASAD) yang mempunyai empat unsur asas yang membentuk ciri semula jadinya iaitu:
(1)Unsur syahwat.
....berkait dengan keperluan fisiologi spt makan,minum,seks,oksigen,tidur,rehat dsg
....terbit daripada sifat kehaiwanan seperti tamak,keganasan seks,pengotor,gopoh,bakhil dsg
(2)Unsur marah.
.....berkait dengan keperluan keselamatan
.....terbit daripada sifat kekerasan,kebuasan,dan kebengisan
.....bila gagal kawal marah maka timbul sikap dendam,dengki,ganas,suka bangkag,suka bermusuh,tidak sabar,degil,suka menghina,suka memfitnah,baran,suka menghukum,buruk sangka,suka mencarut,suka mencerca dsg.
(3)Unsur kesyaitanan.
.....tidak berkait dengan kerluan asas manusia tetapi boleh melahirkan sifat buruk spt menipu,,mungkir janji dsg.
.....unsur kesyaitanan atau kenakalan ini akan membolehkan manusia menggunakan kecerdasan yang ada untuk memikirkan tipu daya/strategi bagi melaksanakan pelbagai bentuk kejahatan demi memenuhi dorongan unsur syahwat dan unsur marah.
.....perlu dingat bahawa disamping unsur kesyaitanan pada pembentukan peribadi manusia,terdapat juga syaitan yang wujud di luar diri manusia yang sentiasa mengajak manusia kepada kerja jahat/bathil dengan membangkitkan keinginan syahwat dan marah serta memberi saranan yang jahat.
(4)Unsur ketuhanan.
....berkait dengan keperluan psikologi.
....unsur ketuhanan melahirkan sifat-sifat seperti suka kepada pujian,kekuasaan,pencapaian hasrat diri,apresiasi daripada orang lain,prestij,mengetahui,memahami dll.
....matlamat asas unsur ketuhanan adalah memuaskan bebrapa keperluan manusia seperti keperluan emosi,sosial,penjernihan diri (tazkiyah),keperluan rohani(kepercayaan,ketaatan,kepatuhan,ketaqwaan,keadilan,kebenaran dll).
11........Sejenis makhluk yang amat dimusuhi oleh SYAITAN(musuh utama manusia).INGAT BAHAWA TUGAS SYAITAN ADALAH MEMBAWA MANUSIA KE NERAKA.
Firman Allah bermaksud;
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu,maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya);sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka." (surah al-Fatir ayat 6)
Seterusnya Allah berfirman lagi;
"Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga,sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka;aurat mereka (yang sebelum itu tertutup).Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak dapat melihat mereka.Sesungguhnya Kami menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yan tidak beriman." (surah A'raf ayat 27)
12........Sejenis makhluk yang diciptakan Allah sebaik-baik kejadian.
Firman Allah bermaksud;
"Sesungguhnya telah Kami ciptakan manusia dalam sebaik-baik acuan.Kemudian Kami kembalikan ia menjadi yang paling rendah daripada yang rendah.Kecuali mereka yang beriman dan melakukan kebaikan.Mereka itu beroleh pahala yang tiada habisnya." (Surah at-Tin ayat 4-6)
13.......Sejenis makhluk yang sebenarnya mati dua kali dan hidup dua kali.
Firman Allah bermaksud;
Mereka menjawab:"Wahai Tuhan kami!Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali,dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali,maka kami (sekarang) mengakui dosa-dosa kami.Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)? (surahal-Mu'min ayat 11)
No comments:
Post a Comment