> Semua orang Melayu yang waras sedar bahawa mereka kini berpecah kepada sekurang-kurangnya tiga puak politik yang berpengaruh iaitu UMNO,PAS dan PKR.Disamping itu ada lagi puak politik lain,NGO,sektor swasta,sektor awam dsg berpecah-belh hingga ke semua peringkat..soal imam,pengerusi JKKK dll.
> Perpecahan orang Melayu ini semua menjadikan kedudukan masarakat kita LEMAH dari segi politik dll.Ini sebenarnya membuka peluang kepada pihak yang anti-Melayu dan anti-Islam serta anti-establishment mengambil kesempatan untuk terus memporak-perandakan serta melingkup juga meruntuhkan kekuatan politik Melayu......akhirnya melenyap bangsa Melayu.....dah bertlaku di Singapura!
> Tanpa disedari,puask-puak Melayu yang berpecah-belah ini sebenarnya 'berperang' sesamna sendiri tanpa senjata terhunus dimana menganggap puak yang lain itu sebagai musuh politik dan pesaing hebat utama.
> Perpecahan Melayu akibat dari salah tafsiran agama dan dasar politik ini membawa kepada perebutan kuasa dimana sebenarnya telah banyak menimbulkan masalah sampingan yang berlanjutan dimana saja dalam masyaraskat......ini serius dan amat bahaya.
> Akhirnya jika Melayu terus berpecah maka mereka akan dijajah dan ditakluk dalam segala segi sama ada politik,ekonomi,sosial,pendidikan dll oleh pihak anti-Melayu yang sedia menangguk di air keruh.
> Kita patut insaf akibat dari perpecahan Melayu kepada banyak puak/kelompok menyebabkan terpaksa bergantung kepada sokongan dan undi orang bukan Melayu untuk menang pilihanraya/membentuk kerajaan.
> Orang Melayu perlu sedar dengan mendalam bahawa perpaduan Melayu sajalah yang boleh menjadi benteng dalam mempertahankan kuasa politik,hak istimewa,hak ketuanan,kedudukan Raja-Raja Melayu,kedudukan bahasa Melayu,kedudukan agama Islam dan juga maruah serta nasib cucu -cicit di masa depan.
> Orang Melayu perlu insaf dan sedar bahawa situasi di Malaysia dimana sektor ekonomi dikuasai oleh orang bukan Melayu.
> Cuma sedikit tunjang pemerintahan dan kuasa politik berada di tangan Melayu......itu pun atas dasar perkongsian kuasa.
> Nikmat berkuasa sedikit yang ada pada Melayu ini akan HILANG bila kita terus berpecah-belah.Inilah bahaya perpecahan Melayu.
> Perpecahan masyarakat Melayu menjadi bertambah parah kerana masing-masing puak yang bertelagah bagi mengejar agenda politik peribadi......tapi sebenarnya mengejar habuan kebendaan berupa projek-projek,pangkat,kuasa,duit ringgit dll kemahuan nafsu.......maka semakin teruklah jadinya keadaan masyarakat Melayu akibat kerenah kroni-kroni,rasuah disemua peringkat,seleweng kuasa,fitnah dsg........sudahnya agenda perjuangan demi agama,bangsa dan tanahair terabai....perintah Allah dibuang!
> Lebih parah lagi puak-puak berkepentingan duniawi ini sanggup tidak sepakat dalam hgal-hal yang menyentuh kepentingan Islam,rakyat dan negara.Mereka lupa akan matlamat perjuangan sebenar hidup ini iaitu mencari redha Allah.
> Sekali lagi ditegaskan bahawa akibat perpecahan Melayu,maka terpaksa terima hakikat hilang kuasa,kemerdekaan dan maruah.
> Tidak guna menyesal dan menangis bila nikmat selama ini hilang akibat dari kealpaan kita untuk bersatu.
> Mana perginya golongan ilmuan,politikus,jutawan,pemimpin Melayu....bila mahu bergerak senada dalam satu SAF berjihad menyatu-padukan Melayu dan membasmi kemiskinan Melayu.
> Malang sungguh orang Melayu bila mana ada ulama dan segolongan Melayu yang ikhlas menegur soal perpaduan ini.....ianya dikecam hebat,dihentam dengan berbagai gelaran spt ulama upahan/pengampu dsg.
> Malangnya ada orang Melayu yang sanggup jadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri.Mereka gembira bila Melayu berpecah.
> Orang Melayu tidak harus selamanya terus bercakaran sehingga sanggup menggadaikan masa depan agama,bangsa dan negara...kita patut tunjukkan sikap ukhuwah,patriotik dan rasa ingin bersatu sepenuh hati dalam memperjuangan agenda kehidupan.
> Orang Melayu mesti bersatu bagi membuktikan bahawa kita bukanlah satu bangsa yang bangsat,bukan satu banga lemah dan bukan satu bangsa yang bodoh sehingga muda dipermiankan oleh pihak lain.Adalah amat tidak bijaksana kalau orang Melayu terus berpecah.
> Orang Melayu jadi BACUL bila dicabar oleh orang bukan Melayu kerana kita lemah akibat tidak bersatu.
> MELAYU BERPECAH AKAN TERIMA PADAH.
No comments:
Post a Comment