> Sebenarnya tanggungjawab untuk bersatu-padu sesama bangsa dan seagama terpikul atas bahu kita selaku umat Islam,lebih-lebih lagi dalam konteks masyarakat dan negara serta politik dunia hari ini yang menjadikan Islam sebagai sasaran.
> Dari segi politik negara,sepatutnya semangat persaudaraan Islam atau ukhuwah Islamiyah antara parti UMNO & PAS dan juga orang Islam lain perlu ada.
> Tetapi malang sehingga ke hari ini perkara baik iaitu perpaduan Melayu yang merupakan satu rahmat tidak berlaku.Malah segala usaha ke arah itu sering terbantut.
> Di mana silapnya?....mungkin semangat cinta dunia lupa akhirat,semangat kebendaan/meterialistik melampau,ego politik,taksub dan fanatik kepartian ,gila kuasa,salah tafsir mengenai ajaran Islam dsg menjadi penyebabnya.Sama-samalah kita renung.
> Kita hairan,majoriti pendukung UMNO dan PAS beragama Islam ...tetapi mereka berbalah......!
> Apa yang kita faham,bila telah memeluk Islam sepatutnya ukhuwah atau persaudaraan Islam yang merupakan jalinan yang menghubungkan satu sama lain dalasm bentuk ikatan rabbani,iaitu yang dibina atas dasar KETAATAN KEPADA ALLAH akan berlaku.Sepatutnya semangat Islam akan mengikat hati-hati penganut Islam dalam ikatan keimanan dimana perpaduan Melayu lebih mudah dan mantap wujud.
> Apakah penyokong-penyokong UMNO dan PAS serta Melayu dalam parti/organisasi lain sudah tidak taat dan ingkar kepada perintah Allah yang menyuruh umat Islam bersatu.Nikamat bersatu adalah satu RAHMAT ALLAH.
> Orang Melayu semua tak kira dalam UMNO atau PAS dsg yang beragama Islam mesti faham bahawa di dalam ajaran Islam,persaudaraan/ukhuwah dan perpaduan adalah tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam yang kukuh.
> Jadi kewajipan bersatu dan ukhuwah patut dilaksanakan dengan sempurna dan amat berperanan penting dalam pembangunan umat Islam-kalau tidak mahu bersatu dalam satu saf pun ,patutlah sekurang-kurangnya/paling kurang pun kita merapakan jurang perselisihan faham/pandangan berhubung sesuatu isu yang melibat kepentingan/survival orang Melayu-Islam di negara ini.Trend semasa jelas menunjukkan kita asyik bergaduh/kutuk-mengutuk dsg seolah-olah musuh besar dan sebenarnya kita MENOLAK RAHMAT PERSAUDARAAN ISLAM.Tunggulah balasan Allah.
> Islam menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan ukhuwah dilaksanakan bukan sekadar teori saja seperti berikut:
1) Ukhuwah merupakan satu keperluan kerjasama dimana turut merasai keperluan saudara-saudara muslim yang lain dan berusaha memenuhi keperluan tersebut bukan meruntuhkannya.
2) Ukhuwah juga adalah kerjasama dalam segala bidang seperti ekonomi,sosial,politik,kebendaan dll.
3) Ukhuwah bermakna saling membantu,mesra antara satu dengan lain.
4) Ukhuwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan.
5) Ukhuwah juga mempertahan maruh/kehormatan saudara muslim lain dimana doa seseorang muslim ntuk saudaranya adalah mustajab.
> Kesimpulannya,agenda perpaduan Melayu-Islam wajar menjadi fokus utama jika kita mahu terus menikmati rahmat Allah-agenda ukhuwah ini merupakan hak asasi Islami.....yang bertujuan untuk memelihara agama dalam erti kata menjaga kepentingan akidah,ibadah,syariah dan akhlak supaya pembangunan/pengurusan insan berlaku dalam ikatan menuju keredaan Allah.
SEMOGA CERDIK PANDAI/ILMUAN ISLAM/PEMIMPIN UMMAH MEMBUAT PERTIMBANGAN BIJAKSANA DALAM SOAL UKHUWAH INI.......---perintah Allah menyuruh kita BERSAUDARA jangan dikesampingkan.....neraka jawabnya!
No comments:
Post a Comment