1.Sesetengah orang Melayu di negara ini sedang menghadapi krisis identiti yang begitu dahsyat sehingga menafikan kehadiran dirinya sebagai berbangsa Melayu di dunia ini.
2.Mereka berkata:"Mana ada bangsa Melayu lagi,jadi Islam lebih penting dari jadi Melayu".Akibatnya orang Melayu kini terus berpecah belah kerana salah satu sebabnya adalah salah faham mengenai maksud nasionalisme Melayu,dimana ini membuatkan mereka sukar bersatu kerana takut dianggap perkauman/assabiyah.
3.Kita semua tahu,manusia semuanya anak cucu Adam,satu bangsa,iaitu BANGSA MANUSIA,atau HOMO SAPIENS,dalam istilah sains.Kita bukan berbangsa monyet/beruk.
4.Seterusnya kita semua juga tahu bahawa seorang insan itu tidak lahir kedunia kecuali sebagai anggota sesuatu keluarga atau BANGSA.Kalau orang Melayu mesti lahir ibu bapa yang berketurunan Melayu.Jadi bagaimana boleh kita tidak mengaku berbangsa Melayu,kerana beranggapan bahawa Islam lebih penting dari Melayu.Disini salah faham atau kekeliruan bermula,apatah lagi ditokok tambah oleh fahaman politik.
5.Sebenarnya MELAYU ITU FITRAH,sementara ISLAM ITU HIDAYAH.Jadi kita perlu MURNIKAN FITRAH DENGAN HIDAYAH....bukan memisahkannya.Jika kita tidak mengaku Melayu,bererti sebenarnya kita menolak fitrah ciptaan/kekuasaan TUHAN mewujudkan bangsa Melayu.
6.Tuhan telah berfirman dalam Quran (49:13) yang bermaksud : Hai manusia,Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu BERBANGSA-BANGSA dan bersuku-suku supaya kamu mengiktiraf satu sama lain.Yang paling baik diantara kamu ialah mereka yang bertaqwa."
7.Jadi sepatutnya kita orang Islam yang berilmu lebih tahu dari bangsa-bangsa lain mengenai apakah itu BANGSA.Ini kerana soal kewujudan bangsa ada disebut dalam Quran.Beranikah kita menafikannya semata-mata untuk mencari pengaruh?
8.Malangnya,sesetengah cerdik pandai/ulama/ilmuan Islam pula mendakwa KONSEP BANGSA ITU bertentangan dan asing daripada Islam.Bermula dari dakwaan inilah salah faham mengenai nasionalisme Melayu menjadi semakin parah dan memecah-belahkan masyarakat orang Melayu di negara ini sejak tertubuhnya PAS pada tahun 1951.
9.Sebenarnya mereka ini JAHIL tentang ayat Quran yang telah dipetik di atas dan tidak faham tentang Perlembagaan/Piagam Madinah,yang menubuhkan negara bangsa pertama dalam sejarah oleh Nabi Muhammad.Nabi sendiri tidak pernah menafikan bahawa baginda berbangsa Arab.Jadi kalau ada orang Melayu menafikan berbangsa Melayu,itu tidak betul/sesat.JADI KAFIR KAH KITA DENGAN MENGAKU BERBANGSA MELAYU?
10.Sebenarnya salah faham mengenai nasionalisme Melayu/semangat wataniah ini serta fikiran karut ini telah diambil oleh apa yang disalahnamakan gerakan kebangkitan Islam yang dari segi politiknya dipimpin oleh PAS.Perkara 'nasioalisme Melayu' merupakan perhitungan pokok mengapa PAS dan UMNO sukar bersatu demi masa depan masyarakat Melayu.
11.UMNO dianggap oleh PAS sebagai perjuangan perkauman/assabiyah.Pada hal DAP yang begitu 'racist' dan memang anti Islam boleh dibuat kawan oleh PAS.Jelas sekali perjuangan PAS kini bukan kerana menegakkan Islam SEBENAR kerana Allah tapi demi kepentingan politik puaknya yang berdendam dengan UMNO.Alasan PAS tidak mahu berkerjasama dengan UMNO kerana 'nasionalisme Melayu' yang dipegang oleh UMNO cuma satu helah saja.
12.Orang Melayu mesti sedar bahawa mereka sedang diancam oleh satu bahaya yang sangat besar,iaitu KEHILANGAN JATI DIRI.Apabila seseorang itu atau sesuatu bangsa itu tidak tahu jati dirinya,itulah tandanya BANGSA itu akan PUPUS.
13.Apa yang membuat bahaya 'pupus' ini berat ialah kerana FAHAMAN ANTI MELAYU bukannya datang dari orang bukan Melayu saja tapi dari orang Melayu sendiri yang membalutnya dalam fahaman keagamaan yang sempit demi kepentingan politik puak PAS.
14.Banyak bangsa yang telah pernah wujud dalam sejarah telah pupus.Ini kerana pada waktu tertentu bangsa itu telah hilang jati diri.Bangsa yang bertamadun saja akan terus wujud sampai kiamat,sementara BANGSA YANG JADI PAK TURUT/jadi barua/kuda tunggangan bangsa lain dan terus berpecah-belah akan terus lemah dan akhirnya pupus ditindas oleh bangsa/orang lain yang kuat dalam segala segi.
15.Sekarang ini pun kesan hasil dari perpecahan orang Melayu telah dapat dilihat,dimana bangsa lain bukan main BIADAP/KURANG AJAR/SAMSENG mempertikaikan sedikit-sebanyak hak Melayu dan agama Islam dipersenda/diperlekeh di bumi bertuah ini.TUNGGULAH SAAT RUNTUHNYA WILAYAH MELAYU INI.
No comments:
Post a Comment