Tuesday, November 29, 2011

Orang Melayu Tidak Bersatu.....dimana silapnya?

1.Kalau tidak silap,orang Melayu tidak sehaluan dalam hampir semua perkara,mungkin kerana masing-masing mempunyai fahaman,latar belakang dan berada dalam landasan/kepentingan yang berbeza.

2.Pada hal,bangsa lain seperti Cina akan bersatu dalam apa juga hal yang membabitkan isu dan kepentingan mereka.Walau pun mereka berlainan ideologi politik,suara mereka tetap sama---mereka sekata dalam isu ekonomi,pendidikan,bahasa,budaya dll,jarang orang Cina berbalah pendapat mengenai isu bukan politik.Orang Cina juga tidak bertelagah soal agama mereka.,mereka juga bersopan dimana tidak menggelarkan pemimpin parti politik Cina yang lain dengan gelaran politik spt cauvinis dsg.

3.Malangnya,orang Melayu begitu sukar disatukan atas pelbagai isu.Cuma isu kemanusiaan spt isu Palestin,bola sepak dll sukan mereka bercakap atas nada yang sama.

4.Nampaknya,orang Melayu sebenarnya menghadap masalah perpecahan yang serius......dimana silapnya?

5.Selama ini memang ada usaha untuk menyatukan Melayu,tapi tidak berhasil/gagal akibat perbezaan dasar kepentingan politik dan salah faham tentang tafsiran agama Islam.

6.Sejarah dunia telah menunjukkan bahawa sesuatu bangsa itu akan bersatu dan maju jika mereka menganut satu FALSAFAH HIDUP yang menjurus ke arah perpaduan dan kemajuan bersama.Sebaliknya,sesuatu bangsa yang telah pernah bersatu dan maju boleh jatuh bila falsafah dan semangat untuk bersatu dan ingin maju merosot.

7Ambil contoh bangsa Arab,sebelum kedatangan Islam,mereka lemah,berpecah-belah dan mundur,kerana menganut falsafah hidup yang tidak betul/mundur.Apabila Islam dibawah bimbingan Nabi Mhammad s.a.w datang dengan falsafah hidup baru dan betul dan kreatif serta dinamik,mereka pun bangkit dari tidur.....bersatu/maju.

8.Firman Allah bermaksud,"Tuhan tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah fikiran dan jiwa mereka" (13:11)

9.Tapi,entah dimana silapnya orang Melayu beragama Islam masih rata-rata ktinggalan dibelakang dalam pelbagai bidang dan masih berpecah-belah.Walhal Islam mengajarkan perpaduan.

10.Jawapannya adalah kerana orang Melayu telah tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar yang memberikan suatu falsafah hidup pertengahan/wasatiyah (ajaran tauhid tidak mengasingkan dunia dan akhirat).Islam tidak menolak kebendaan serta memilih kehidupan zahid,dan sebaliknya ia juga tidak mempertuhankan benda/wang ringgit/duniawi....benda perlu untuk hidup supaya dengannya kita boleh berbuat baik sesama manusia.Tapi benda bukan matlamat hakiki hidup ini.Matlamat hidup adalah kebaikan.)

11.Realitinya,bersatu padu adalah satu kebaikan demi kepentingan umum.Namun begitu orang Melayu telah meremehkan falsafah hidup Islam yang agung....dimana AMAL SALEH telah dibri makna cuma melakukan ibadt seperti solat,puasa,zakat,haji dsg saja.Pada hal makna sebenar amal saleh amat luas iaitu pejuangan membebaskan manusia dari penindasan,brusaha menyatu-padukan masyarakat,membangunkan ekonomi,memperelok sosial,menghapuskan penyakit,membasmi kemiskinan,mencegah kebuluran,menyebar ilmu,menjalankan usaha penyelidikan/kajian dalam pelbagai bidang ilmu untuk memajukan hidup manusia dll.

12.Jadi menyeru kepada perpaduan Melayu-Islam adalah satu kerja kebajikan/amal soleh.Silap orang Melayu tidak bersatu adalah akibat dari;

>TIDAK MAHU FAHAM BAHAWA PERPADUAN MELAYU PENTING UNTUK MELINDUNGI SEMUA KEPENTINGAN AGAMA,BANGSA DAN TANAH AIR

>TIDAK SEDAR MENGENAI KEPENTINGAN UNTUK BERSATU PADU,ORANG MELAYU TIDAK MENGUTAMAKAN KEKUATAN UMMAH,MEREKA LEBIH UTAMAKAN KEPENTINGAN KELOMPOK,KRONI DAN DIRI SENDIRI

>TIDAK INSAF BAHAWA PERPADUAN MELAYU ADALAH 'BENTENG' MEMPERTAHANKAN HAK MELAYU

>TIDAK MEMBUAT PENILAIAN DAN PERTIMBANGAN WARAS YANG SEWAJARNYA MENGENAI BETAPA TIDAK BERGUNANYA BERPECAH-BELAH,'BERBALAH' SESAMA SENDIRI

>TIDAK SEDAR BAHAWA MASA DEPAN POLITIK DAN KELANGSUNGAN DOMINAN KUASA POLITIK MELAYU SEMAKIN TERCABAR

>TIDAK IKHLAS MENGAMALKAN PERINTAH ALLAH UNTUK BERSATU.FALSAFAH HIDUP ISLAM YANG KREATIF,BERSATU,MAJU,DINAMIK,ADIL,PROGRESIF DAN HUMANISTIK DITOLAK KETEPI OLEH ORANG MELAYU.INI SATU KESILAPAN BESAR!!!!!!

No comments:

Post a Comment