1.Semua orang Melayu tak kira dalam UMNO,PAS,PKR,KITA, PERKASA,ABIM dll mesti berdoa secara berterusan ke hadrat Allah agar kita semua dimudahkan untuk bersatu dalam satu wadah perjuangan yang diredhai.
2.Patuh dan fahami serta hayati ajaran agama Islam yang menyuruh bersatu.
3.Mencari kebaikan masing-masing demi manfaat bersama dari setiap perselisihan faham.
4.Cari masa untuk berunding,berkomunikasi dan berhubungan antara satu dengan lain dengan penuh 'mesra'.
5.Masing-masing sedia berkhdmat ke arah kemajuan bersama.
6.Menghormati satu dengan lain dengan penuh bijaksana.
7.Menilai diri masing-masing dari perspektif orang lain...buang egoism.
8.Berfikiran terbuka----sedia tegur menegur demi perpaduan...jangan taksub.
9.Berani mengambil risiko dalam setiap tindakan ke arah perpaduan Melayu.
10.Menilai sesuatu isu dan memberi keutamaan dalam soal survival Melayu.
11.Tolak-ansur.....ada perjanjian yang jelas
12 Tidak mengejar keuntungan duniawi/kebendaan semata-mata.
13.Seda bahawa konflik/perselisihan kadangkala tidak dapat dielakkan....ambil yang positif
14.Merubah diri masing-masing untuk merangsang peubahan pihak lain ke arah perpaduan.
15.Sanggup berkorban demi perpaduan
16.Merasa amat beruntung kalau semua orang Melayu bersatu....bangsa lain akan gerun!
17.Sedia untuk bermaaf-maafan..mudah-mudahan turun rahmat.
18.Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan bersama
19.Mengawal marah,rasa meluat,rasa dendam sessama Melayu.
20.Mencari penyelesaian sesuatu perbalahan/isu dalam situasi 'menang-menang'
21.Memahami peranan masing-masing...jangan menghina sesama kita
22.Jangan simpan ketidakpuashatian,benci,dengki sesama Melayu dalam hati.
23.Sentiasa merancang dan bertindak ke arah memperbaki/mengeratkan hubungan siraturrahim.
24.Sentiasa berterus-terang...jangan kutuk-mengutuk
25.Beri masa untuk perubahan berlaku...banyak bersabar.
26.Elak berdebat untuk mencari kebenaran.
27.Cari titik pertemuan......kerana Allah.
28.Selesai apa saja perkara mengenai perpaduan Melayu segera..jangan bertangguh
29.Sentiasa bersemangat kearah perpaduan Melayu
30.TIDAK MENGENAKAN SYARAT YANG BUKAN-BUKAN
31.Tidak bertindak sendirian dalam perkara kepentingan Melayu
32.BERWAWASAN DAN PANDANG KE DEPAN
33.BERSATU LAH ATAS DASAR UKHUWAH ISLAMIAH/SEMANGAT PERSAUDARAAN ISLAM KERANA ALLAH.
..MARILAH KITA SEMUA BERDOA,BERUSAHA,BERISTIQAMAH DAN BERTAWAKKAL...agar orang Melayu bersatu.
No comments:
Post a Comment