Friday, November 18, 2011

ORANG MELAYU BERPOLITIK PERALAT AGAMA ISLAM.....

1.Di Malaysia,telah ada UMNO,PAS dan PKR sebagai wadah politik orang Melayu.

2.Telah sekaian lama orang Melayu bertelagah sesama mereka menerusi parti-parti politik ini.Siapa yang untung?
Ya,yang untung adalah orang bukan Melayu....sebab orang Melayu terpaksa berkongsi kuasa,terpaksa tunduk kepada kehendak orang Bukan Melayu.

3.Kemelut antara UMNO dan PAS juga PKR amat merugikan mesti dihapuskan segera.Jika tidak Melayu akan merempat!!!!!

4.UMNO ditentang habis-habisan oleh PAS yang menuduh UMNO 'tidak Islamik'.Tuduhan ini telah menimbulkan persoalan,apakah sistem Islam yang sebenar--------sistem yang dipraktikkan oleh UMNO atau sistem 'negara kebajikan' yang dianjurkan oleh PAS?

5.Kalau dikaji,PAS mengikut sejarahnya telah berubah 3 kali sekurang-kurangnya.

(1)Di bawah pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi,dasar pokoknya ialah Islam yang mengiktiraf gagasan kebangsaan Melayu yang luas,dasar anti imperialis dan anti feudal dan dasar moden dan progresif.

(2) Di bawah pimpina Datuk Asri Muda,dasar kebangsaan Melayu masih dipertahankan,tetapi dasar anti imperialis dan anti feudal sudah hilang dan begitu juga dengan dasar sosial yang progresif.

(3) Dalam tahun 70-an,khasnya selepas Revolusi Islam Iran pada tahun 1979,pimpinan PAS dirampas oleh 'golongan ulama' model Iran yang menggabungkan ideologi Syiah dengan ideologi Ikhwanu'il-Muslimun yang militan dan keras.Dalam konteks inilah AMANAT HAJI HADI dikeluarkan pada tahun 1981.Apa yang dikatakan 'Amanat Haji Hadi' merupakan sebahagian dari masalah politik orang Melayu.


6.Jadi Islam yang mana?...........UMNO atau PAS.......PKR tolak tepi sebab ia tidak berminat menegakkan Islam!

7.Sesiapa yang mengkaji politk Islam akan tahu tentang PERLEMBAGGAN MADINAH yang digubal oleh Nabi Muhammad s. a.w untuk mentadbir negara-kota Madinah.

8.Tiga perkara yang nyata dalam Perlembagaan Madinah ini iaitu:

(1)Ia TIDAK menyebut negara yang ditbuhkan oleh Nabi Muhammad itu sebagai NEGARA ISLAM.

(2)Ia TIDAK menyebut tentang KEPIMPINAN ULAMA.

(3)Ia TIDAK menyebut tentang UNDANG-UNDANG ISLAM atau HUKUM HUDUD.

9.Perlembagaan Madinah juga memberi hak yang sama kepada semua warga kota Madinah yang terdiri dari orang Islam,orang Yahudi dan orang kafir.

10.Satu hal yang MENAKJUBKAN ialah dalam Perlembagaan Madinah itu MENGASINGKAN URUSAN KEAGAMAAN (yang diletak dibawah kuasa kumpulan yang berkenaan) daripada URUSAN NEGARA seperti pertahanan,keselamatan dan ekonomi (yang diletak dibawah kuasa pusat).

11.Patut diperhatikan bahawa PENGASINGAN URUSAN KEAGAMAAN dari URUSAN DASAR NEGARA ini elaras dengan ajaran Quran.

Lihat Quran,22:67....ayat yang bermaksud " Bagi tiap-tiap umat telah Kami ujudkan cara ibadah masing-masing yang mereka lakukan.Janganlah engkau diajak bertengkar dalam hal ini,tetapi serulah kepada Tuhanmu.Engkau dijalan yang lurus."

Jelas sekali,Tuhan telah mengasingkan agama(dalam erti kata ibadah keagamaan) daripada urusan negara.

Daripada perbandingan ini,kita tahu dasar parti mana (PAS/UMNO) yang tidak selaras dengan ajaran Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

12.Yang jelas sistem pemerintahan yang memecah-belahkan masyarakat kepada parti pemerintah dan parti pembangkang juga tidak selaras dengan ajaran Islam,yang menganjurkan PERPADUAN.

13.Semua rakyat mahukan satu sistem pemerintahan yang ADIL.Pemerintahan yang adil itulah PEMERINTAHAN ISLAM.Namun begitu kita harus berwaspada terhadap penipuan golongan yang MEMPERALATKAN ISLAM demi politik di negara kita.Golongan ini sanggup merobohkan madrasah,mempermainkan hukum-hakam Islam,melelong nama ALLAH dsg demi politik.Mereka ini akan melahirkan pemerintahan yang ZALIM.

14.Cara yang paling baik untuk mengelak perkara ini dari berterusan melingkupkan orang Melayu adalah dengan CERDIK PANDAI/ILMUAN/BLOGGER kita mendidik rakyat memahami ajaran Islam yang sebenar serta mendedahkan kepalsuan mereka yang MENJUAL AGAMA ISLAM dengan harga murah untuk kepentingan politik/material/duniawi.

No comments:

Post a Comment