> Islam itu adalah agama suci dan cara hidup (Ad-din) yang lengkap untuk semua umat manusia juga jin.
> Islam diredhai dan milik Allah.
> Islam bukannya milik mana-mana pihak,jemaah,perkumpulan,pertubuhan,parti politik atau individu tertentu.
> Firman Allah bermaksud:
"Mereka berlagak seolah-olah mereka menolongmu dengan memeluk Islam! Katakanlah,"Kamu tidak menolong saya dengan memeluk Islam.Sebaliknya,Tuhanlah yang menolong kamu dengan membimbing kamu kepada iman,jika kamu ikhlas.'(Quran,49:17)
> Sebenarnya,sesiapa saja /parti politik mana pun/pertubuhan apa pun boleh memperjuangkan Islam dengan syarat berniat ikhlas tanpa memperalatkannya untuk kepentingan yang bukan kerana Allah,tanpa perlu menyebut nama Islam pun.Jika sesiapa jujur,Allh akan menolong,seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dalam Piagam Madnah.
> Di negara kita,dengan angkuhnya ada parti politik iaitu PAS selama ini mendakwa/mengistiharkan bahawa pihaknya saja yang berhak ke atas perjuangan politik Islam,kerana sudah jadi darah dagingnya,dakwa mereka.Golongan yang dangkal ilmunya akan terpengaruh dengan dakwaan tersebut kerana adanya perkataan ISLAM pada nama partinya.INI MENYEBABKAN SALAH SATU SEBAB MEREKA MENJADI BEGITU TAKSUB sehingga sanggup mengkafirkan pihak yang tidak separti dengannya..hasilnya berlakulah perpecahan umat Melayu sehingga kini.
> Hujah dan dakwaan PAS itu tidak betul, ini kerana semua orang yang berilmu faham bahawa Islam itu agama Allah,milik Allah,untuk pegangan hidup orang beriman,bukannya darah daging atau warisan keturunan mana-mana pihak,atau kepunyaan parti politik mana-mana pun di dunia ini.
> Dalam sejarah,pelbagai kumpulan telah muncul dan menggunakan nama Tuhan untuk kepentingan puak mereka.Umpamanya,puak Muawiyah telah menjulang ayat=ayat Al-Quran dihujung lembing-lembing mereka sebagai muslihat untuk menipu umat Islam di bawah pimpinan Khalifah AliSejarah Islam akan berbeza sekiranya ini tidak berlaku.Ini satu contoh dari dulu hingga kini untuk membuktikan bahaya penggunaan nama Tuhan dan Islam untuk kepentingan puak tertentu secara TIDAK SAH.
> Tuhan telah memberi amaran mengenai bahayanya penyelewengan ini dalam Quran.Allah berfirman yang bermaksud: Rasul berkata,"Tuhanku,kaunku telah membelakangkan Quran ini." Demikianlah Kami jadikan tiap=tiap nabi musuh=musuh dari kalangan orang yang berdosa.Tuhanmu cukup sebagap pembimbing dan penolong. (25:30-31)
> Tiga perkara yang patut diberi perhatian dalam ayat Al-Quran ini;
1) Janganlah sekali-kali umat Islam membelakangkan Quran
2) Berhati-hati terhadap mereka yang menggunakan nama Tuhan,nabi dan Islam ,kerana ramai musuh berselindung di sebaliknya.
3) Orang Islam tidak perlu kepada bimbingan dan pertolongan selain dari Allah.
> Musuh-musuh Islam tidak ada senjata yang lebih ampuh selain dari memperalatkan Islam itu sendiri.Mereka menyelinap masuk ke dalam masyarakat Islam dan menggunakan nama Tuhan,nabi dan Islam untuk menyelewengkan umat Islam dari ajaran Islam yang sebenar.Contoh seperti tokoh Kristian seperti Snouck Hurgronje di Indonesia dan T.E. Lawrence di dunia Arab,yang telah menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam dan bekerja bagi pihak kaum penjajah Eropah,adalah kes-kes yang terkenal.
> Umat Islam di negara ini mesti berwaspada kerana pihak musuh boleh menggunakan kaedah yang sama untuk melemahkan segala kekuatan /perpaduan bagi memporak-perandakan masyarakat Islam.Kesanggupan parti anti-Islam seperti DAP menjalinkan hubungan politik yang akrab dengan PAS amat mencurigakan.......BERHATI-HATI......ada udang disebalik batu.Umat Islam yang waras dan matang perlu bertindak segera sebelum nasi menjadi bubur!
No comments:
Post a Comment