1.Tugas atau tanggungjawab asas manusis ialah mematuhi segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangannya.
Rujukan al-Quran,surah az-Dhariyat ayat 56-58:
Firman Allah bermaksud;
'Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.Aku tidak mengehendaki rezeki daripada mereka dan tidak pula mengehendaki supaya mereka memberi Aku makan.Sesungguhnya Allah pemberi rezeki lagi mempunyai kekuatan yang sangat kukuh."
2.Peranan utama manusia ialah mengabdikan diri dan memberi sepenuh ketaatan terhadap perintah Allah dalam segenap aspek kehidupan.Tugas ini disebut sebagai ibadah.
3.Konsep ibadah merangkumi semua tindakan/aktiviti/operasi/usaha yang dijalankan oleh manusia selagi ianya bertujuan mendapatkan keredhaan Allah (BUKAN SEKADAR SOLAT,PUASA,BERZAKAT,MENUNAIKAN HAJI SAJA).
4.Manusia mempunyai dua tugas yang berbeza tetapi saling berkait antara satu sama lain,iaitu tugas sebagai HAMBA ALLAH dan tugas sebagai KHALIFAH ALLAH di dunia ini.Dengan menyempurnakan kedua-dua tugas ini,manusia dianggap beribadah kepada Allah.
5.Tugas manusia sebagai HAMBA ALLAH.....iaitu pengabdian diri kepada Allah secara total membabitkan perlaksanaan empat perhubungan asas iaitu:
(1)Hubungan dengan Allah......dalam konteks tugas manusia sebagai hamba Allah(ubudiyah)
(2)Hubungan sesama manusia....dalam konteks tugas manusia sebagai makhluk sosial/bermasyarakat.
(3)Hubungan dengan alam ......dalam konteks tugas manusia pentadbir/pengguna sumber alam yang bijaksana.
(4)Hubungan dalaman dengan diri sendiri....dalam konteks tugas manusia sebagai khalifah Allah di dunia (rububiyyah).
6.Konsep kehambaan manusia kepada Allah bukan merupakan satu penghinaan kepada manusia.Sebaliknya,konsep hamba Allah mencerminkan kemuliaan manusia kerana konsep tersebut dikaitkan juga dengan hakikat para nabi dan rasul.Kehinaan yang sebenarnya ialah kehambaan manusia kepada sesama manusia.
7.Tugas manusia sebagai KHALIFAH ALLAH di muka bumi ini meliputi tiga tanggungjawab asas:
(1)Tanggungjawab kepada manusia
(2)Tanggungjawab kepada alam
(3)Tanggungjawab kepada diri sendiri.
8.Setiap manusia bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan kebendaan dan keperluan kerohaniaan dengan cara yang sewajarnya.Tugas manusia bukan sekadar memuaskan keperluan yang sesuai dengan tabiat jasmani atau tabiat rohani.Sebaliknya,manusia perlu hidup secara sederhana dan realistik dengan menggabungkan keperluan rohani dan jasmani.Gambaran kehidupan yang sederhana adalah seperti berikut:
"Dan carilah daripada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan." (Surah al-Qasas ayat 77)
RINGKASAN TUGAS MANUSIA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
VISI:MENYEMBAH ALLAH
MISI: (1)MENJADI HAMBA ALLAH (2)MENJADI KHALIFAH ALLAH
POLISI:(1)AL-QURAN (2)SUNNAH/HADIS NABI
STRATEGI: (1)MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
(2)MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
(3)MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALAM
(4)MENJAGA HUBUNGAN DALAMAN DIRI SENDIRI
OBJEKTIF:---MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
---MENDAPAT UNTUNG DI AKHIRAT
---MASUK SYURGA
AKSI:.....beribadat kerana allah
.....mematuhi/mentaati segala perintah Allah
.....menjauhi semua larangan Allah
.....menjadi pendakwah/ajak semua makhluk buat baik/masuk syurga
.....mempergunakan segala kekuatan dan kelemahan semula jadi manusia sebaiknya
PENILAIAN:.....DARJAH KETAQWAAN
MOTO: ALLAH DI ATAS SEGALANYA ('ALLAH ABOVE ALL')
TEMPAT OPERASI:MUKA BUMI/DUNIA
MASA BEROPERASI: SELAGI ADA HAYAT
No comments:
Post a Comment