Thursday, November 24, 2011

Perpecahan Melayu Satu Bala?

> Nampaknya perpecahan orang Melayu tidak menampakkan sebarang tanda ke arah bersatu semula.MAsing-masing ego,keras kepala melanggar perintah Allah.

> Perpecahan bukan setakat berlainan parti politik,tetapi dalam parti-parti politik itu sendiri pun mereka bermasam muka,lebih-lebih lagi bila hampir dengan PRU13 dimana lobi-melobi untuk jadi calun lebih serius berlaku sehingga usaha ke arah perpaduan Melayu atas nama Allah dikesampingkan.Agenda merebut jadi calun melingkupkan terus usaha menentang si kafir harbi!

> Sesetengah Melayu telah sampai ke tahap tidak tahu membezakan antara yang baik dengan yang buruk,mana satu suruhan Allah mana satu tegahan Allah.

> Nampaknya mereka terus berpecah-belah,apabila perpecahan itu kerana dihasut oleh sentimen "SEMANGAT METERIALISTIK" telah menyuburkan kebencian,menjelmakan permusuhan...sesama bangsa dan seagama dianggap seteru....itu sudah satu BALA.

> Bahaya akibat dariperpecahan Melayu amat jelas...iaitu musuh dari luar dan dalam akan bergerak untuk menghancurkan negara dan bangsa sekali gus.

> Kita harus sedar,sebagai orang yang beriman kepada Allah,kita disuruh bersatu.Kita sedar bahawa Allah mengistiharkan kita sebagai saudara.Kita sepatutnya bersatu kerana Allah atas semangat ukhuwah Islamiyah.

> Sekali lagi ditekankan bahawa akibat dari perpecahan Melayu ialah PENAKLUKAN OLEH MUSUH MELAYU.....sudah berlaku di Pulau Pinang,Selangor dan dulunya Singapura.

> Saya lontarkan satu soalan: Sanggupkah kita ditakluk/diperintah/dijajah oleh musuh Melayu semata-mata kerana kita hendak mempertahankan kepentingan puak/kem masing-masing?

> Ingatlah wahai orang Melayu semua bahawa apabila negara-bangsa kita telah ditakluk oleh musuh Melayu,kita tidak ada hak lagi untuk bercakap atas nama bangsa Melayu.Inikah yang kita mahu? Lihat apa berlaku kepada Melayu di seberang tambak Johor!

> Apa punca perselisihan pendapat hingga mendatangkan bala perpecahan Melayu? Puncanya ada dua saja yang utama iaitu :
Pertramanya,tafsiran tentang Islam
Keduanya,dasar politik.

Akhirnya kedua-dua punca ini bergabung dalam bentuk merebut KUASA.

> Jika orang Melayu mahu KUASA terus berada ditangan mereka,orang Melayu tidak boleh berpecah-belah lagi hingga memdahkan serta memberi laluan kepada kuasa bukan Melayu/kuasa asing yang boleh meruntuhkan negara wilayah Melayu ini.

> Allah telah mengistiharkan bahawa yang BENAR akan MENANG dan yang palsu akan kalah.Ini kerana alam ini,termasuk segala isinya iaitu orang Melayu,diciptakan mengikut undang-undang KEBENARAN.

> Siapa yang mempunyai kebenaran---UMNO,PAS atau PKR? Tuhan akan menentukan.

> Sekarang ini,adalah tanggungjawab kita sebagai orang Melayu untuk mengeratkan silaturahim,mencari muafakat dan perpaduan agar tidak dimurkai Allah.

> Caranya adalah ketiga-tiga pertubuhan politik Melayu yang berpengaruh tersebut duduk semeja,berbincang,berunding,tegur-menegur untuk menjernihkan keadaan,merungkai kekusutan dan menjalin ukhuwah Islamiyah/persaudaraan Islam kerana Allah.

> Perpaduan Melayu tidak melibatkan suku kaum lain,ini masalah orang Melayu.Bangsa lain kena faham bahawa dalam konteks negara ini...UTUH MELAYU NEGARA OKAY.Bermnaksud jika runtuh perpaduan Melayu negara ini lingkup ditakluk orang lain.

> Bersatunya Melayu dari ketiga-tiga parti tersebut atau sekurang-kurangnya antara UMNO dan PAS akan memberi sumbangan yang besar/impak berkesan dalam merebut kuasa politik negara ini.KUASA TAWAR MENAWAR MELAYU akan digeruni.

> Perhitungan yang harus diutamakan adalah semangat persaudraan muslm,ikhlas kerana Allah,fikiran terbuka dengan mementingkan nasib masa depan anak cucu kita.Mahukah kita masa depan anak cucu kita MEREMPAT dibumi bertuah ini akibat kedegilan kita hari ini untuk bersatu?

> JIKA KITA TERUS TIDAK MAHU BERSATU MAKA TUNGGU DAN LIHATLAH BALA SETERUSNYA AKAN MENIMPA UMAT MELAYU.

No comments:

Post a Comment