Saturday, March 31, 2012

Berfikir ke arah kebenaran

1. Seseorang yang hendak bercakap benar terlebih dahulu perlu berfikir kearah kebenaran.

2.Tidak boleh tidak sebagai seorang profesional tidak kiralah sama ada politikus,saintis,doktor dll perlulah bercakap benar jika mahu terus kekal berjaya dalam kehidupan.

3.Apatah lagi sebagai seorang yang beragama Islam mesti mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW yang digelar AL-AMIN.

4.Dengan berfikir ke arah mencari kebenaran sepanjang masa maka akan memberikan pemahaman yang jelas disamping kepuasan yang tidak ada tolok bandingnya dan tidak ternilai dengan timbunan harta/wang ringgit.

5.Dengan kaedah sentiasa berfikir dengan betul maka kita akan dapat mengetahui kebenaran.Kadangkala kejayaan mempraktiskan kaedah berfikir dengan sangat menakjubkan.....contohnya....berjaya mengenal pasti sama ada seseorang itu penipu atau tidak.Tiada rahsia yang ada disebaliknya,yang perlu cuma berfikir ke arah kebenaran dan sentiasa bercakap benar.e

6.Penipu sebenarnya cuba menghindari seseorang yang lurus bendul/bercakap benar kerana ianya boleh mendatangjan masalah kepadanya dimana orang yang memang terkenal bercakap benar akan lebih berani menghadapi segala kemungkinan dimana lebih diyakini apa saja cakapnya oleh semua pihak termasuk hakim.

7.Setiap orang sepatutnya dilatih bercakap benar.Lebih-lebih lagi bila kita seorang yang berpengaruh seperti politikus dll.

8.Kepentingan berfikir ke arah mencari kebenaran dan sentiasa bercakap benar tersangat penting sekiranya kita mahu mencungkil kebenaran dan menegakkan kebenaran.

9.Percayalah bahawa kegemilangan Islam lampau sehingga dapat menerajui banyak bidang ilmu termasuk sains,matematik,kedoktoran dll adalah antaranya kerana sifat mulia ummahnya ketika itu yang sangat amanah serta sentiasa berfikir mencari kebenaran serta bercakap benar mengikut sunnah Rasulllah SAW

10.Sebagai manusia yang profesional,kita harus melapurkan dan bercakap dan bertindak perkara zahir dan batin dengan teliti setelah berfikir dengan betul.

11.Untuk itu,kita melatih diri menggunakan kelima-lima deria yang ada (iaitu penglihatan,pendengaran,bau,rasa dan sentuhan) dengan sempurna.Kelima-lima deria anugerah Allah SWT ini amat perlu digunakan demi mencari kebenaran di alam ini.

12.Kebanyakan manusia dianugerahi kelima-lima deria tersebut dengan lengkap.Kita harus bersyukur atas nikmat tidak dikurangkan salah satu daripadanya.

13.Dalam usaha berfikir ke arah mencari kebenaran dalam hidup seharian kebiasaannya,kita akan menggunakan sebahagian organ/deria ini lebih dari yang lain bagi mengumpul maklumat/fakta yang ada sebelum apa-apa keputusan dibuat.

14.Jadi jika anda seorang yang penting dalam masyarakat seperti politikus dll maka anda perlu memperhebatkan kepekaan/kebolehan semua deria yang ada untuk mengesan dengan teliti,luas dan menyeluruh sesuatu isu.Fahami dengan mendalam,berfikir dengan betul ke arah mencari kebenaran sebelum membuka mulut bercakap/bertindak.

15.Apabila sesuatu yang perkatakan/diputuskan itu betul dan tepat hasil dari berfikir ke arah kebenaran yang diamalkan maka ianya akan memuaskan hati semua pihak

16.Dengan pelbagai sumber yang ada sekitar kita maka pengesanan fizikal,mental,mekanikal dan teknikal serta komputer juga dunia maklumat tanpa sempadan kini iaitu internet maka memudahkan kita mengenal pasti sama ada seseorang itu penipu atau kaki temberang.JADI BERCAKAP BENARLAH.......untuk itu berfikirlah ke arah kebenaran demi sebuah matlamat perjuangan yang suci......iaitu mencari redha ilahi.Sekian

Friday, March 30, 2012

Kematangan berfikir

1.Tanpa kematangan berfikir dikalangan anggota masyarakat atau sesebuah organsasi maka krisis akan melanda.

2.Kajilah,selidiklah...akhir-akhir ini krisis demi krisis berlaku melanda organisasi termasuk parti politik,kerajaan hatta diperingkat dunia sekali pun.

3.Kita akan mendapati krisis yang terjadi itu akibat pelbagai faktor
seperti tiadanya sistem kawalan yang berkesan bagi mengujudkan penyatuan pemikiran akibat dari tiada kematangan berfikir disemua peringkat secara serius dimana akhirnya akan menimbulkan pelbagai pertentangan sikap dan tindakan dimana boleh berakhir dengan pergaduhan,perpecahan,peperangan dll.

4.Jadi kematangan berfikir perlu dibina dikalangan manusia/masyarakat agar mereka :-

## boleh berfikiran jauh

## mamu menimbang baik buruk jauh ke depan

## mampu dan dapat mengawal emosi disaat-saat genting/tegang

## ,dapat melihat sesuatu masalah dengan tepat pada tempatnya

5.Mereka yang tiada kematangan berfikir akan menanggapi sesuatu secara dangkal,penuh emosi,berat sebelah,sempit minda dn seterusnya terlanjur mengambil tindakan terburu-buru,mengikut nafsu,tidak tepat sasaran hingga membakar kelambu akibat marahkan nyamuk!!,

6.Kematangan berfikir juga akan mampu membentuk akhlak/peribadi serta dsiplin yang sempurna.Ini ditunjangi dengan kekuatan iman dan amal secara mantap.

7.Kematangan berfikir dikalangan ahli politik,pencacai politik dsg akan mampu mencegah politik'kotor' atau tektik jahat yang ada.

8.Kematangan berfikir akan menggunakan FAKTA bukannya AUTA.

10.Program-program yang menjurus ke arah orientasi pemikiran yang matang rasanya perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa dikalangan angota organisasi/masyarakat bagi menanamkan dasar-dasar pemikirang yng betul,penyatuan pemikiran dan kematagan berfikir.

Bagaimana politikus sepatutnya berfikir

1.Sebagai seorang politikus yang profesional yang sedang bekerja membantu orang ramai mengatasi masalah kehidupan harus berfikir.

2.Proses berfikir inilah yang kemudiannya menjadi asas ke atas sebarang keputusan yang akan diambilnya terhadap sebarang persoalan yang timbul.

3.Pemikiran politikus tersebut mesti meliputi dalam hal perancangan,perencanaan, hingga ke proses pelaksanaannya,yang kemudian akan menghasilkan suatu tindakan yang berkesan.

4.Untuk mendapat hasil yang baik,politikus mesti mempunyai cara berfikir yang betul bagi mengujudkan keputusan yang tepat.

5.Sebaliknya,bila cara berfikir politikus tersebut salah,maka keputusan yang akan diambil juga akan salah,dimana ini boleh mendatang implikasi besar kepada rakyat yang dipimpinnya.

6.Jadi,dapat dikatakan bahawa proses berfikir seseorang politikus sangat penting bagi menentukan penyelesaian masalah yang timbul dapat di atasi dengan sebaiknya.

7.Namun,dari apa yang di amati,ada politikus yang tidak dapat berfikir dengan betul,ianya hanya 'hidup' dalam dunia politik berasaskan sentimen dan isu tertentu saja.Politikus 'bodoh' seperti ini tidak layak dipilih!!!

8.Politikus berfikir dengan berbekalkan ilmu,pengetahuan,pengalaman dan daya kreatif yang tinggi.Ini akan berguna agar sesuatu persoalan yang dibangkitkan akan dapat dihurai langkah demi langkah dengan cara berfikir yang betul.

9.Politikus yang bijak akan dapat menghuraikan langkah demi langkah proses berfikirnya bermula dari identifikasi tujuan berfikir

10.Tujuan utama politikus berkecimpung dalam bidang politik adalah untuk membangunkan agama, bangsa dan negara bukannya menjahanamkan apa yang telah ada dengan provokasi sepanjang masa demi merebut kuasa.Politikus yang bodoh saja akan berpolitik dengan penuh emosional

11.Politikus bijak akan berpolitik menerusi menerusi wadah yang betul demi ukhuwah,musyawarah,wasatiah melaksanakan amanah

12.Politikus yang dapat berfikir dengan betul akan sentiasa mendekati pengikutnya bagi mengetahui keperluan mereka agar semua masalah dapat dibereskan.

13.Ringkasnya,politikus tidak boleh berfikir untuk kepentingan dirinyasaja sebaliknya berjewajipan menjaga hidup rakyat dibawahnya.Inilah fungsi politikus terhahadap masyarakat/negara.Politikus mesti sentiasa berfikur ke arah itu.

14.Politikus yang gagal berfikir bagi mensejahterakan rakyat perlulah berundur.

15.Politikus yang bijak berfikir juga tidak terhenti setakat mensejahterakan rakyat di kehidupan dunia,tetapi mereka mesti juga mampu berfikir untuk mempersiapkan dirinya,keluarganya dan masyarakatnya mengadap Tuhan Yang Maha Esa.

16.Cuma politikus yang mempunyai fahaman dan pegangan agama yang kuat saja mampu berfikir bagi merealisasikan fungsinya untuk mempersiapkan diri mengadap Tuhan.

17.Politikus yang penuh 'dosa' dan sejarah hidupnya penuh skandal rasuah,seks,penipu,dll kejahatan bertentangan agama tidak mampu berfikir ke arah kebahgiaan dunia dan akhirat masyarakatnya.Politikus berfikir secara 'kotor' dan penuh kekotoran mesti ditolak.

18.Politikus semua...tidak kiralah di peringkat mana...blogger,peminat cerita politik,kaki borak kaki lima,kaki sembang kedai kopi,dll....selamat berfikir dengan profesional dan betul......jauhi emosi.....guna FAKTA bukannya AUTA.....Sekian.

Thursday, March 29, 2012

Rasuah yang dibolehkan.......

Ada juga rasuah yang dibolehkan iaitu:-

(1) Rasuah/sogokan/suapan yang diberikan untuk mendapatkan hak kita

Misalnya mengikut peraturan kita sudah layak naik pangkat,tetapi kalau tidak memberikan wang orang lain yang akan mengisi tempat kita itu.Dalam keadaan seperti ini bolehlah kita memberikan rasuah.

(2) Rasuah/sogokan/suapan yang diberikan bagi menghindari kezaliman orang lain

Misalnya kita dituduh melakukan jenayah dan akan dipenjara.Kalau bersedia membayar wang,kita akan lepas.Dalam keadaan seperti ini kita tidak berdosa memberikan rasuah kerana terpaksa
.

(3) Kadangkala kita terpaksa menyogok sejumlah wang kepada sestengah pihak (pemerintah/penguasa dll) yang keji atau pemeras yang zalim untuk mengelakkan mara bahaya terhadap keluarga.Dimana jika tidak sogok mara bahaya itu memang benar-benar akan berlaku.Jadi bila mana bahaya yang akan datang itu dikira amat dahsyat sehingga tidak sanggup ditanggung,atau haknya akan hilang itu akan menjejaskan dengan teruk kehidupannya.Maka ketika itu/dalam situasi bahaya ini dihukumkan dengan hukum darurat/terpaksa sebagaiman dibenarkan memakan bsngkai/benda haram ketika terdesak.Bolehlah membayar sogokan itu kepada penguasa yang zalim itu dengan maksud mahu memelihara diri daripada kemudaratan.Dosa dikenakan kepada penerima sogokan itu saja,tidak kepada si penyogok.

(4) Kadangkala kita mempunyai hak tertentu seperti hartanah dll,tetapi hak itu tidak akan diperolehi kecuali selepas membayar sejumlah wang.Maka seperti hal (3) diatas,dibolehkan sogokan demi mendapat hak kita (jika tidak hak akan terlepas dan hilang terus).Tujuan sogokan itu untuk mengambil hak kita yang sepatutnya diperolehi.

(5) Mesti bezakan antara HADIAH dan RASUAH

Rasuah secara ringkasnya adalah sesuatu sogokan/suapan/tumbuk rusuk/duit kopi/duit pelicin yang dihulurkan kepada seseorang yang mempunyai kuasa tertentu bertujuan untuk membatalkan hak seseorang yang lain,atau menetapkan hak yang tidak sepatutnya,atau memperoleh sesuatu spt jawatan/pekerjaan yang sepatutnya ia tidak layak.........INI SEMUA TIDAK BOLEH DILAKUKAN.....HARAM!!!!!

HADIAH adalah harta yang dilhulurkan bertujuan mendekatkan seseorang dengan saudaranya,sahabatnya,jirannya dll kerana cinta dan kasih atau supaya mereka dapat bantu membantu atas kebaikan dan taqwa kerana Allah demi mempererat tali siraturrahim dalam urusan iman dan Islam dan dapt berkongsi perasaan ketika suka dan duka

Adalah haram menerima hadiah jika diragui ia adalah perantara untuk memperoleh sesuatu(spt projek,kontrak,jawatan dll) dan hadiah jadi haram jika mampu mempengaruhi seseorang yang berkuasa dalam membuat keputusan yang berat sebelah.

Jadi,berhati-hati bila menerima apa-apa hadiah spt hampers,buah tangan dll jika digui ada niat serong disebaliknya.UNTUK MENETAPKAN IA TIDAK BOLEH DITERIMA HENDAKLAH MENGGUNAKAN KERAGUAN SAJA TIDAK SEMESTINYA DENGAN KEYAKINAN!!!!!!!!....jika ragu saja jangan terima.


Firman Allah yang bermaksud : 'Dan janganlah kamu makan (atau mrngambil) harta(orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah,dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,pada hal kamu mengetahui (salahnya).' surah al-Baqarah ayat 188.


Apa komen anda?......betulkan fakta saya jika tidak betul.Sekian.

Monday, March 26, 2012

Ciri-ciri Pemidato Hebat

1.Isi kandungan yang kukuh

Pastikan berbaloi dan penuh dengan isi kandungan yang dapat menjawab setiap persoalan pendengar.Sentiasa berkongsi sesuatu yang khalayak mungkin rasakan ia nilai-nilai yang berguna untcuk hidup mereka.

2.Unsur lawak jenaka

Seseorang yang anda boleh kongsi ketawa memang akan disukai.Pemidato yang baik akan mencari jalan untuk membuat khalayaknya tersenyum seawal ucapan bermula.Tidak perlulah menjadi pelawak memadai sekadar memperkatakan sesuatu yang humor dan mencuit hati.

3.Mesej tersusun

Susun nota atau catatan ucapan untuk memudahkan anda.Jangan sampaikan hujah anda dalam keadaan kelam kabut,ianya tidak boleh dimaafkan.Pendengar sepatutnya dapat menerima mesej dan mengingstinya dengan mudah dan memberi makna mendalam

4.Mudah didekati

Pemidato sebaiknya datang awal dan bertemu tetamu ketika mereka sampai.Ini mampu memberi impresi terbaik kerana khalayak suka pemidato yang boleh didekati.Janganlah seseorang pemidato itu masuk dan keluar pentas secara tergesa-gesa.

5.Jujur pada diri sendiri

Jadilah diri sendiri dan berlaku jujur dengan khalayak.Jangan tiru gaya orang lain.Anda adalah anda....asli.

6.Semula jadi

Beri ekspresi yang semula jadi (natural),tidak dibuat-buat.

7.Bersemangat

Lebih bersemangat mesej disampaikan,maka lebih besar peluang ia akan terus diingati atau diamalkan.Berucap mampu memindah tenaga hanya melalui perkataan.Sesuatu yang diperjuangkan pemidato akan mudah difahami bila dinyatakan dengan penuh semangat.


ANDA BOLEH KAYA DENGAN MENJADI PEMIDATO YANG HEBAT.APA YANG MELUNCUR DARI MULUT PEMIDATO BOLEH MENDATANGKAN DUIT.ORANG RAMAI SANGGUP MEMBAYAR SEMATA-MATA UNTUK MENDENGAR PEMIDATO HEBAT BERUCAP.

Sunday, March 25, 2012

Integrity

....is one of the noblest of virtues.

Honour

.....is the foundation of man's way of life.

Wisdom

....is seeing the good actions of others as their most capable effort.

Cheerfulness

....is a social asset.

Courage

....is the stuff that heroes a made of.

Compassion

.....is a combination of justice and mercy.

Graciousness

...a gracious person warms the soul and we crave his company

Charity

.....is the queen of virtues.

Courtesy

.....making oneself pleasant,likeable and being polite is the essence of courtesy

Thoughtfulness

......is the hallmark of a person who is courteous and thinks of the needs of others before his own.

Humility

....help us to make the effort to lsten and accept others

Honesty


Honesty is the best policy.....

Saturday, March 24, 2012

VIRTUES WORTH LIVING

HONESTY

HUMILITY

THOUGHTFULNESS

COURTESY

CHARITY

GRACIOUSNESS

COMPASSION

COURAGE

CHEERFULNESS

WISDOM

HONOUR

INTEGRITY

Faedah Berfikir

1.Kajian mendapati orang yang jarang-jarang berfikir atau jarang memerah otaknya untuk berfikir mempunyai cuma palng minimum 10 billon sel yang tiap satunya berhubung antara satu sama lain.Manakala orang yang RAJIN BERFIKIR atau kuat berfikir mempunyai hingga 1 trillion sel dalam kapasiti saiz otak yang sama.Semakin kuat/rajin/kerap kita berfikir maka semakin banyak sel yang terbentuk.

2.Dari sudut agama pula,tentu sekali orang yang berfikir perihal akhirat akan membuat dirinya sentiasa berhati-hati dalam setiap tingkah lakunya agar tidak mengundang kemurkaan Allah,kerana kesedaran bahawa setiap amalan yang baik dan buruk akan dihitung walau pun sebesar biji sawi sekalipun.

3.Hayati sabda Rasululah SAW berikut, diriwayatkan dari Abi Sulaman,Nabi SAW bersabda : "Berfikir tentang akhirat itu akan memperoleh hikmah dan menghidupkan hati.Dan berfikir pada (kesibukan ) dunia semata-mata maka akan menjadi dinding (yang mengkaburkannya) tentang akhirat."

4.Sementara masih waras dan sihat,inilah masanya untuk kita menggunakan sepeuhnya nikmat akal fikiran yang sangat hebat ini untuk meraisasikan impian diri dan agama.Fikirkanlah tentang tahap keimanan kita,kualiti hidup kita, akhlak dan ibadah kita,serta persediaan kita menghadapi kematian bagi mengadap Allah nanti.

5.Firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 190 yang bermaksud : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,dan pada pertukaran malam dan siang,ada tanda-tanda kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan hemah Allah bagi orang-orang yang berakal (berfikir).

6.Berfikir akan setiap kejadian ciptaan Allah SWT dengan mendalam dan kelebihan nikmatNya akan menimbulkan perasaan syukur.
Dimana ini akan melenyapkan rasa tamak,hasad dan dengki.

7.Dengan berfikir akan membuatkan kita mengetahui dimana kedudukan diri kita,siapa kita di sisi Allah SWT,menjadikan kita lebih insaf dan berusaha agar lebih betaqwa dan mengukuhkan keimanan.

8.Dengan berfikir akan kebesaran Allah SWT maka akan menghidarkan diri kita dari penyakit WAHAN dalam hati dan fikiran...iaitu penyakit " CINTAKAN DUNIA,TAKUTKAN MATI ".Penyakit wahan ini mesti dibasmi bagi mengelakkan manusia berpaling dari perintah Allah SWT.

9.Sebenarnya,berfikir sesaat lebih baik dari ibadat 70 tahun.
Satu hari seorang sahabat Nabi SAW,Miqdad Ibnu Al-Aswad berjumpa dengan Abu Hurairah r.a. lau beliau mengkhabarkan kepada Miqdad : " Aku mendengar Rasulullah memberitahu kepada ku,barang siapa yang berfikir satu saat maka itu terlebih baik daripada beribadat tujuh puluh tahun."Jadi berfikirlah terutama tentang kematian dan huru-harayang berlaku menjelang saat kematian dan penghijrahan kita ke alam barzakh dll pemikiran ke arah menguatkan keimanan kita dimana boleh mendatangkan rasa keagungan kepada Allah SWT dalam diri.

10.Dengan berfikir secara betul maka semua yang berlaku disekeliling kita pasti ada pengajarannya.Ambillah iktibar darinya dengan berfikir semoga mendapat redha dariNya.

11.Berfikir itu cermin hati,dan dengannya kita melihat segala kebaikan,kesilapan,manfaat dan mudarat dalam perihal kehidupan kita.

Friday, March 23, 2012

Gunakan fikiran bukan perasaan......

Pemikiran yang rasional,logik,sistematik perlu di gunakan semasa membeli belah......


Gaya Berfikir

1.Setiap kali kita berfikir tentang sesuatu perkara ianya akan ada perbezaan dengan orang lain.Ini akibat dari gaya berfikir yang tidak sama.

2.Antara gaya berfikir yang umum adalah :-

>>>1.SISTEMATIK

Orang yang mempunyai gaya berfikir secara sistematik mudah menerima maklumat bila mengalami sendiri lroses pembelajaran.Proses itu dilakukan mengikut aturan tersendiri dan langkah demi langkah,satu per satu.
Mereka teliti dalam hal kerjanya,terutama hal-hal kecil.
Mereka hebat dalam lerkara berkaitan tarikh,fakta,formula dan struktur.
Gaya berfikir orang sistematik biasanya menggunakan otak kiri.
Pada mereka,dunia ini hanya ada benda-benda nyata,iaitu benda yang dapat kita lihat,bau,dengar,pegang dan rasa.

>>>2.LOGIK

Orang mempunyai gaya berfikir secara logik ini suka menganalisis benda.
Hidup mereka sarat dengan teori dan falsafah.
Mereka sering terlibat dengan sesuatu kajian dan memang berbakat besar dalam hal ini,terutamanya ketika mengenal pasti idea utama dan informasi penting.
Mereka berfikir secara rasional.
Mereka lazimnya ada sikap ingin tahu yang tinggi dan sering bertanya bagi memahami rasional disebalik sesuatu kehadian.
Gaya berfikir orang logik biasanya menggunakan otak kiri.

>>>3.EKSPLORASI

Orang yang mempunyai gaya berfikir secara eksplorasi ini suka menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu.
Mereka juga melihat semua benda dalam hidup ini sebagai nyata,sama seperti orang sistematik.
Hidup mereka tidak begitu teratur berbanding orang sistematik.
Mereka suka bereksperimen,iaitu mencuba dan mencuba sehingga berjaya.
Mereka mempunyai sikap kreatif yang tinggi.
Mereka rajin berusaha mencari cara baru dalam menyelesaikan masalah.
Mereka tidak keberatan meneroka idea dan sistem baru.
Gaya berfikir orang eksplorasi biasanya menggunakan otak kanan.

>>>4.FLEKSIBEL

Orang yang mempunyai gaya berfikir secara fleksibel ini hidupnya dikelilingi emosi dan perasaan.
Mereka pandai berurusan dengan orang lain.
Mereka suka berkomunikasi,berfikiran besar.
Mereka suka berfikir secara menyeluruh,sebelum fokus kepada perkara-perkara kecil.
Mereka memerlukan masa menilai sebelum mengeluarkan pendapat mengenai informasi baru.
Gaya berfikir orang fleksibel biasanya menggunakan otak kanan.

3.Tiada siapa menghalang kita daripada berfikir dalam keempat-empat gaya atau cara berfikir yang ada.Setiap satu gaya berfikir ini ada kegunaannya sendiri.

4.Mengenali gaya berfikir sendiri memberi klu bagaimana memahami perilaku kita dan orang di sekeliling kita.

5.Gaya berfikir di atas adalah gaya secara umum.Mustahil meerangkan kesemua gaya individu di muka bumi ini..Namun,gaya berfikir umum ini sudah cukup bagi kita memahami idea sendiri.Ia sudah cukup bagi kita mendapat 'input' berbeza dari orang lain bagi menyiapkan lebih banyak kerja.

Thursday, March 22, 2012

Perihal Berfikir

1.Aktiviti berfikir adalah perkara penting dalam menjalani hidup ini.

2.Aktuviti berfikir ini adala 'berat' diantara segala perkara yang lain.Oleh itu,tidak ramai orang yang mampu melakukannya dengan baik.

3.Sebenarnya,kita tidak pernah berhenti berfikir.

4.Sebenarnya,berfikir adalah kegiatan mental yang membezakan antara manusia dan makhluk lain.

5.Seperi semua maklum,otak adalah organ yang digunakan untuk aktiviti berfikir.

6.Untuk lebih mudah faham,diumpamakan seperti berikut :....OTAK seperti pisau, sementara MINDA adalah ketajaman pisau yang boleh diasah agar lebih tajam dan berjesan.

7.Minda adalah akal fikiran atau daya berfikir.

8.Mental adakah berkaitan dengan pemikiran (yang mengenai ) batin.

9.Semua orang berfikir. Aktiviti berfikir tidak perlu diajar.Tetapi perlu pertingkatkan kemahirannya agar kita berfikir seperti mana yang sepatutnya dan dapat membuat keputusan yang baik bagi menyelesaikan masalah.

10.Kemahiran berfikir penting kerana perkembangan intelek seseorang individu itu bergantung kepadanya disamping perkembangan rohani,jasmani dan emosi.

11.Ada pelbagai jenis kemahiran berfikir,iaitu analitikal,logikal,kritikal,objektif,sistematik,pragmatik,positif,negatif,konstruktif,proaktif,projektif,kreatif,perspektif,lateral,vertikal,emotif dll.

12.Kita perlu tingkatkan kemahiran (skill) berfikir kita dengan teknik berfikir yang betul untuk bijak menjana idea yang bermanfaat bagi djri sendiri dan orang lain.

13.Untuk memberitahu apa itu berfikir pun sebenarnya kita perlu berfikir.Jadi bolehlah dikatakan bahawa berfikir itu adalah proses merencana dan merancang sesuatu,atau berfikir adalah tindakan untuk menimbang pilihan sebelum memulakan sesuatu perkara.

14.Sebenarnya,berfikir sebelum membuat sesuatu akan meningkatkan motivasi.Jadi,berfikirlah bagaimana untuk memajukan diri,atau mencapai matlamat hidup.Ingatlah bahawa kegiatan berfikir bukan milik orang intekek sahaja.

15.Aktiviti berfikir tidak dapat dipisahkan dari pemikiran.Istilah pemikiran boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar,bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

16.Buah fikiran yang bernas terhasil dari pemikiran yang baik menerusi kemahiran berfikir yang betul,demi sebuah kehidupan,untuk itu kita perlu......

>>> meningkatkan kualiti pemikiran
>>> membuat keputusan yang tepat senasa berfikir
>>> menghasilkan idea yang bernas ketika berfikir
>>> mengeluarkan pendapat yang jitu
>>> memberi pandangan yang kritis
>>> menghasilkan kreativiti dan inovasi
>>> membezakan baik dan buruk
>>> menghadapi cabaran terkini
>>> mengatasi kesilapan berfikir [akibat dari berkifir secara terburu-buru,fikiran sempit,fikiran kabur dan bercelaru]
>>> mengembangkan intelek
>>> bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat
>>> membina keyakibpnan diri untuk berhujah
>>> membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti
>>> berani memberi pandangan dan kritik

17.Akhir kata,diucapkan selamat berfikir......latih berfikir secara kreatif,kritis untuk membuat keputusan dan menyekesaikan masalah dengan bijak dimana aplikasikan semua pengetahuan,pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih proaktif dimana saja.Sekian.

Tuesday, March 20, 2012

Falasi

1.Perkataan 'falasi' bermaksud 'kesilapan pada cara berfikir'

2.Lebih tepat lagi 'falasi' boleh bermaksud : SATU HURAIAN,ALASAN,PENDAPAT, atau KESIMPULAN YANG KELIRU AKIBAT DARIPADA PENYALAHGUNAAN PROSES TAAKULAN.

3.Cuba lihat pernyataan dibawah:

"Saya betul-betul yakin bahawa dengan mengundi parti PAS dalam mana-mana pilihanraya boleh jamin masuk syurga.Semua manusia seperti saya memang biasa berbuat dosa sama ada kapecil atau besar selama hdup ini.Namun sejak kami yakin dengan cuma mengundi PAS dapat masuk syurga maka kami tidak risau lagi tentang kehidupan selepas mati sebab syurga sudah pasti dikecapi."

Pernyataan di atas adalah satu falasi kerana beberapa sebab :-

Pertama : Premis/asas membicarakan sesuatu yang difikirkan adalah tidak berkaitan kerana mengundi ( dalam sistem demokrasi tajaan barat/kafir/Yahudi itu bukannya Islamik) dan balasan syurga adalah untuk perkara/kerja/ibadat niat kerana Allah saja.Kaitan antara alasan mengundi PAS saja dapat masuk syurga tidak kena mengena keran PAS bukannya agama Islam(PAS cuma parti politik yang ditubuhkan dengan adanya sistem demokrasi sesat itu).Jadi,tidak boleh dibuat kesimpulan bahawa dapat masuk syurga dengan mengundi PAS.

Kedua : Premis tentang dapat masuk syurga dengan mengundi PAS tidak dapat diterima kerana syurga adalah hak Allah yang menentukannya dimana tidak terdapat syarat dari ajaran Islam bila undi PAS dapat masuk syurga.

Ketiga : Alsan yang dikemukan tidak memadai keran tidak dapat dibuktikan (tiada nas dari al-Quran dll) bahawa dengan satu peristiwa saja (mengundi PAS) maka kesimpulan boleh diambil.Mungkin boleh masuk syurga dengan cara lain yang ditunjukkan melalui ajaran Islam sebenar.Mengatakan bahawa dengan mengundi PAS boleh masuk syurga adalah keputusan/kesimpulan yang tidak tepat langsung.

Keempat : Terdapat kegagalan dalam hujahan menyokong atau menyangkal yang efektif bagi kesimpulan dibuat.Bagi contoh ini hujahan menyokong adalah tidak kukuh bila nas/bukti sahih tidak dinyatakan dengan tepat(cuma dibuat untuk pancing undi).

4.Seperti yang dinyatakan di atas,kedilapan cara berfikir menyebabkan berlakunya falasi.Mengamalkan berfikir secara logik boleh mengelak dari berlakunya falasi.

5.Para ahli pemikr logik menganggap falasi sebagai AMAT BERBAHAYA kerana sukar dikesan dan kerap meyakinkan jika tidak teliti.Dengan mengelak berlakunya falasi maka pernyataan menjadi lebih kukuh dan membina hujahan yang baik.

6.Kesilapan dalam berfkir berlaku akibat dari salah satu oerkara berikut:-

>>>1. Berfikir secara terburu-buru

>>>2. Fikiran yang sempit

>>>3. Fikiran bercelaru

>>>4. Fikiran kabur

Monday, March 19, 2012

Aplikasi Pemikiran Logik

Terdapat dua aplikasi yang penting yang mempunyai hubungan terus dalam kehidupan kita seharian iaitu:-

>>>1.LOGIK INDUKSI

Dalam logik induksi selalunya keputusan dibuat dengan mengambil contoh atau kejadian yang khusus dan di aplikasikan kepada kejadian umum ('reasoning from specific to general')

Logik induksi mempunyai banyak aplikasi di antaranya dalam proses ubat dsg.Misalnya paracetamol adalah ubat untuk melegakan sakit kepala.Apabila seseorang didapati sakit kepala dan diberi ubat tersebut dan sakit kepalanya pun hilang,maka doktor akan memberi paracetamol kepada pesakit-pesakit lain walaupun tidak pasti ianya berkesan.

Contoh lain adalah pengiklan menggunakan logik induksi dalam menawarkan barangannya.....iklan memaparkan seseorang bertubuh gembal,tapi bila mengambil barangan jenama tertentu maka tubuh gempal boleh jadi langsing.Ini akan mempengaruhi pengguna lain.Inilah logik induksi yang keputusannya selau berbentuk umum.


>>>2.LOGIK DEDUKSI

Dalam logik deduksi selalunya penakulan dari yang umum kepada yang khusus ('reasoning from the general to the specific')

ini bermakna bahawa kejadian atau aktiviti yang umum dijadikan sebagai asas kepada kesimpulan yang spesifik.Ianya memperkukuhkan sesuatu dapatan/hasil kajian sains dan teknologi kerana proses penelitian yang banyak membawa kepada kesimpulan yang mantap.Logik deduksi digunakan oleh saintis dalam usaha mencari sesuatu.


KEBOLEHAN MENGGUNAKAN INDUKSI DAN DEDUKSI DALAM LOGIK AKAN MENJADIKAN SEORANG ITU MAMPU MENEROKA BERBAGAI KHAZANAH YANG DICIPTA TUHAN DAN SETERUSNYA MENJADIKANNYA BERILMU BAGI MENGUASAI DUNIA.

Sunday, March 18, 2012

Ciri -ciri Pemikiran Logik

1.Pemikiran logik adalah bentuk pemikiran yang bukan sahaja penting tetapi juga melatih itak membuat taakulan (mencari alasan) setiap kali membuat keputusan.

2.Pemikiran logik mengajar otak proses rasional dan meletak bukti,asas,dan data sebagai pra-kualifikasi untuk sesuatu keputusab/kesimpulan.Proses membuat kesimpulan adalah penting dan menjadi perjara terakhir dakam aktuviti berfikir.

3.Antara ciri-ciri pemikiran logik yang dapat membezakannya dengan cara pemikiran lain adalah seperti berikut:-

>>>1.Pemikiran logik bersifat satu sistem urutan

Sistem urutan bermajsud satu oerkara bermula dengan satu premis kemudian diikuti oleh urutan berikutnya satu demi satu tanpa ada percanggahan atau mengalih kepada yang lain.Urutan itu bergerak langkah-demi langkah dan tiap-tiap satunya mesti betul.
Pemikiran logik adalah suatu yang tersusun satu persatu.

>>>2.Pemikiran logik perlu mencari dan membuat penilaian

Sistem pemikiran logik merupakan sistem yang menitik beratkan penilaian,maka ia tidak berupaya mencipta/menerbitkan idea.
Pemikiran logik memberi perhatian kepada salah atau betul.Jika ia salah,maka ia tidak betul.Jika betul,maka ia tidak salah.
Setiap pernyataan mesti dinilai.Pemikiran logik perlu membuat pilihan yang manakah dikatakan salah dan yang manakah betul.

>>>3.Pemikiran logik memberi penekanan kepada analisis dan nencari kebenaran.

Pemikiran logik berlaku bilamana setiap perkara perlu dianalusa dan ducari yang mana atau salah.
Pemikuran logik itu tidak menerima kemungkinan,dimana ia tidak bersifat generatif.Jika ada unsur kemungkinan,maka pemikiran logik akan rosak.
Pemikiran logik semuanya bertitik tolak kepada proses menilai,mrnganalisa bagi memastikan apa yang betul dan salah.
Pemikiran logik entiasa mencari kebenaran.

Friday, March 16, 2012

Konsep Asas Dalam Pemikiran Logik

Antara konsep asas tersebut ialah:-

1.ANDAIAN

Andaian adalah satu keputusan atau pendapat yang dibuat oleh seseorang yang dianggap sebagai benar sungguhpun tidak pasti ianya benar.
Andaian adalah permulaan untuk mencari fakta atau meletak satu asas untuk mengarah otak berfikir ke suatu arah.
Andaian ini tidak semestinya betul,namun ianya perlu penting.

2.PREMIS

Premis adalah permulaan atau asas membicarakan sesuatu.Ia menjadi titik tolak dalam sebarang hujahan.
Premis merupakan sesuatu yang telah pun ada dalam pemikiran seseorang sebagai tajuk besar atau perkara pokok bila mula membicara sesuatu perkara.
Premis kadang kala disokong dan ada masanya ditolak.Ianya bergantung keoada kekuatan bukti dan relevannya dengan situasi.
Premis memainkan peranan penting dalam permulaan bicara.

3.PERNYATAAN UMUM

Pernyataan umum selalunya bersifat terbuka dengan kesimpulan yang mungkin tidak tepat.
Pernyataan umum selalu digunakan walau pun tidak salah tetapi ianya tidak kukuh dan boleh dipertikaikan.

4.PERNYATAAN KHUSUS

Pernyataan khusus merujuk kepada usaha memberi fakta untuk menjelaskan apa yang diperkatakan.
Pernyataan khusus dapat mengelak daripada menjadi terbuka dan boleh dipertikaikan.
Pernyataan khusus adalah lebih spesifik.
Membuat pernyataan khusus kurang disukai kerana ianya memerlukan ketelitian supaya tidak tertinggal fakta penting.Namun dengan pernyataan khusus ini oendengar/pembaca akan sekesa jerana butirannya lengkap dan tidak sangsi lagi.

5.KUALIFIKASI

Kualifikasi ialah frasa atau perkataan yang boleh membendung sesuatu pertanyaan menjadi terlalu umum.Frasa 'dalam keadaan tertentu','dalam kebanyakan keadaan', dan perkataan seperti 'seringkali','kebanyakan' dll boleh menyelamatkan pernyataan umum dipertikaikan/dicabar.
Ringkasnya,kualifikasi adalah satu pernyataan yang menghadkan makna pernyataan yang lain.

6.REFUTASI

Konsep refutasi adalah bagi menyanggah suatu pernyataan yang telah diterima dengan memberi pernyataan lain dengan mengganti fakta dan ianya diterima dalam logik kerana pembuktian yang dibuat.
Refutasi tentang sesuatu pernyataan tidak kekal kerana ia akan diganti dengan pernyataan yang lain pula.

Pemikiran Logik

1.Pemikiran logik adalah berfiir mencari jawapan kepada apa saja masalah/persoalan dengan menggunakan otak yang perlu membuat penaakulan (ilmu logik iaitu sains penaakulan ='science of reasoning').

2.Salah satu definisi pemikiran adalah satu proses penyelesaian masalah.Pemikiran logik adalah berfikir bagi menyelesaikan masalah berdasarkan maklumat yang ada,diproses,disimpulkan dan diambil berdasarkan bukti yang betul untuk diputuskan.

3.Pemikiran logik banyak diajar di sekolah dimana guru banyak mengaitkan sesuatu alasan dalam menulis karangan,soalan matematik,membuktikan kajian dalam eksperimen dimakmal dll.

4.Kaedah menanamkan pemikiran logik diperingkat persekolahan rendsh dan menengah ini memberi gambaran bahawa logikal itu betul dan masyarakat menghargai logik sehingga tidak mengetahui bahawa logik itu ada kalanya ianya mempunyai kelemahan dan kecacatan.

5.Menurut sejarah,tiga orang ahli pemikir Yunanai iaitu Socrates,Plato dan Aristotle mempunyai pemikiran logik dan membawa hala tuju pemikiran iaitu mencari kebenaran dimana penilaian menjadi asas penting bagi menentukan apa yang boleh diterima ataupn yang patut ditolak.

6.Menurut Irving M Copi (1986) dalam bukunya 'Introduction to Logic',pemikiran logik ialah keseluruhan proses membawa kepada keputusan melalui penaakulan yang berdasarkan bukti-bukti yang jelas dan konkrit.Dalam hal ini,perkara penting ialah membuat keputusan atau disebut jug sebagai kata akhir atau penamat.

7.Semua keputusan muktamat melalui pemikiran logik mesti dan hanya boleh dilakukan berdasarkan bukti yang tidak boleh dipersoalkan yang mesti membantu otak membuat oenaakulan yang betul.Penaakulan yan betul adalah mustahak kerana hasilnya adalah keputusan yang tepat dan baik.

8.Ada tiga prinsip asas dalam mengenali logik iaitu:-

>>>1.Prinsip Identiti.....mengasaskan bahawa perkara yang nyata dan diterima pakai tidak boleh diubah dan dipertiksikan lagi.Dalam hal ini penaakulan juga menjadi jelas dan tidak keliru kerana fakta yang tepat.Tidak terdapat keadaan yang was-was lagi.Dalam proes penaakulan,jika terjadi begitu maka ia telah memenuhi asas logik.
Asas kepada prinsip identiti ini ialah bahawa terdapat pernyataan yang selalunya betul dan tidak boleh diubah-ubah lagi.Terdapat banyak pernyataan seoerti ini umoamanya 'matahari terbit dusebekaph timur dan terbenam disebekah barat','api itu panas' dll.

>>>2.Prinsip yang mengeluarkan kedudukan tengah....prinsip ini menekankan bahawa setiap pernyataan itu sama ada betul atau salah berasaskan bahaa satu benda itu mempunyai satu nilai.'Orientasi dua-nilai' memberi gambaran bahawa satu benda itu sama ada hitam atau putih,bahagian tengah (kedudukan ditengah) dikeluarkan.Satu pernyataan yang menyatakan 'benda itu hitam' tidak boleh disambung dengan 'benda itu putih'.Prinsip ini menolak percanggahan.
Prinsip mengasingkan kedudukan tengah ini menegaskan bahawa satu pernyataan mesti melihat sama ada benar atau salah.Sebagai contoh,'kertas buku ini berwarna putih'.Jika pernyataan itu dipanjangkan 'kertas buku itu berwarna putih dan hitam',maka ia bercsnggsh dengan prinsip logik.

>>>3.Prinsip kontradiksi.......dimana tidak ada pernyataan yang kedua-dua betul atau salah.Dalam keadaan biasa tanpa melibatkan bidang mekanik atau ekonomi sesuatu pernyataan mesti tidak boleh bercanggah antara satu dengsn ysng lan.Misalnya botol boleh mengisi air dan pada masa yang sama boleh digunakan untuk memasak dll.

9.Ketiga-tiga prinsip diatad membantu kita membuat penaakulan yang betul dalam pmikiran logik.Ia menumpu kepada fikiran yang sistematik.Logik berkisar kepada proses penilaian.Menilai sama ada sesuatu pernyatan ini betul atau salah.Betul diterima,salah ditolak.

What you see?

With your creative mind,try to find out the letter A to Z in the diagram below:-


Kemahiran Pemikiran

1.Apabila berbincang soal pemikiran,kita mesti mengambil tahu bagaimana proses pemikiran ini dapat dipertingkatkan,apakah ramuan yang menyebabkan sesetengah manusia dapat menggunakan pemikiran dengan baik dan sebahagiannya tidak pula.

2.Persoalannya bolehkah pemikiran dimahirkan atau adakah pemikiran merupakan satu kemahiran.

3.Mengikut de Bono dalam bukunya 'The Thinking Course' menyatakan bahawa pemikiran adalah satu perkara biasa seperti berjalan,bernafas,tidur dll.Tiada perkara yang perlu dilakukan bila seseorang itu berjalan,bernafas, tidur dll kerana ini perkara rutin semua manusia dan satu perkara semula jadi.

4.Jika seseorang itu cerdas dan bijaksana maka ianya seorang ahli pemikir.Jika seseorang itu tidak cerdas/tidak bijaksana maka nasib orang itulah dan dia perlu dengar kepada orang bijak.

5.Pemikiran sebagai satu kemahiran dilihat sebagai perbuatan biasa seperti kemahiran memandu,memasak,menjahit dll.Maksudnya sesiapa pun boleh mendapat kemahiran jika dia mahu.

6.Jadi kemahiran berfikir boleh dicapai oleh sesiapa saja dengan syarat ada kehendak,hasrat,perhatian diikuti dengan latihan.

7.Ringkasnya,kemahiran pemikiran bergantung kepada latihan.Apabila kemahiran dikuasai maka kelancaran dan keberkesanan perbuatan/pemikiran menjadikannya satu yang menyeronokkan.Oleh itu kemahiran dalam pemikiran jangan dianggap sukar dan tidak boleh dilakukan sama seperti kemahiran-kemahiran lain spt berbasikal,berenang dsg.

8.Kemahiran dalam pemikiran merangkumi tiga aspek iaitu:-

>>>1.Aspek pertama ialah latihan secara tidak formal yang berlaku semasa kanak-kanak berada di rumah oleh ibu bapa.

>>>2.Aspek kedua ialah latihan yang formal di sekolah dan institusi pendidikan melalui ajaran guru,kerja makmsl,kerja bengkel,kerja lapangan dll.

>>>3.Aspek ketiga ialah dalam segala bentuk pengalaman iaitu proses meningkatkan ilmu melalui 'hands-on' yang melibatkan peningkatan kemahiran bagi sesuatu profesyen spt pentadbir,guru,pensyarah,teknologis,saintis dll.


9.Kesemua aspek diatas melibatkan pemikiran dan pembinaan ilmu dan merupakan satu proses yang amat penting dalam kebolehan otak manusia.

Thursday, March 15, 2012

Pemikiran Keimanan

1.Pemikiran keimanan adalah berfikir ke arah kepercayaan tertentu dimana ini merupakan inti pati lenting bagi membina manusia.

2.Salah satu kehebatan manusia melalui kekuatan otaknya adalah kehebatan untuk percaya kepada perkara ghaib.

3.Sejak wujudnya manusia,pencarian kepada satu kuasa yang lebih daripadanya berlaku,dan sejak itu manusia mempercayai suatu kuasa dan yakin kepadanya.

4.Dengan pemikiran yang meyakinkan inilah manusia percaya kepada kuasa tersebut kerana ianya mendatangkan kebaikan kepadanya.

5.Konsep kepercayaan ini berasas kepada sesuatu yang baik,suci dan murni.

6.Manusia melalui pemikiran keimanannya yakin bahawa kepercayaan adanya tuhan yang kemudian disebut agama dimana boleh membawa kesejahteraan kepada manusia.Manusia yang beragama dan benar-benar menghayatinya akan mempunyai akhlak mulia dan sifat yang luhur.

7.Pemikiran keimanan akan menyebabkan manusia beragama dimana agama adalah pegangan yang memberi semangat baru bagi mengharungi hidup kerana keunggulan dan keluhurannya membawa ketenteraman dalam hidup.

8.Pemikiran keimanan merupakan sesuatu yang menjadikan konsep kesejahteraan manusia wujud dimana manusia akan ada pegangan yang menjadi panduan dalam setiap perlakuannya.

9.Pemikiran keimanan agama mengajar kepada nilai-nilai yang tinggi kepada pengikutnya dengan tujuan membawa kepada kebaikan dan melarang melakukan perkra-perkara yang buruk yang bertujuan memberi kesejahteraan kepada penganutnya.

10.Dalam ikhtiar manusia melalui pemikiran keimanannya mencari tuhan maka wujudlah beberapa kelompok manusia iaitu:-

>>>1.Golongan 'agnotisme'......satu golongan yang berikhtiar mencari siapah tuhan.Mereka mencari-cari dimanakah tuhan dan apakah itu tuhan.Perbuatan ini melibatkan hanya penggunaan akal sahaja,dan mereka gagal menemui/berjumpa tuhan.

>>>2.Golongan 'sekularisme'....satu golongan yang hanya bergantung kepada perkiraan akal dan kebendaan tanpa bersandar jepada agama.Bagi golongan ini apa saja cara dibolehkan asal mendapat habuan dan laba.

>>>3. Golongan 'athiesme'.......golongan yang tidak percaya adanya tuhan.Mereka percaya kejadian manusia ialah proses semula jadi.Kebolehan dan jejayaan manusia menguasai ilmu dan kemahiran adalah terletak pada manusia itu sendiri.Tidak ada kuasa lain yang membantu dan menentukannya.Asas pertimbangan ialah akal.Jika akal kata boleh,maka tidak ada siapa yang boleh menghalangnya.

11.Pemikiran keimanan yang salah akan membawa manusia sampai ke jurang yang menyesatkan....maka berlakulah 'kegoncangan jiwa' yang mengakibatkan berlakunya penyelewengan terhadap diri,masyarakat dan negara.

Bagaimana Manusia Berfikir

1.Dalam kehidupan seharian kita berjumpa dengan berbagai jenis manusia.

2.Ada manusia bijak,ada yang sederhana pandai dan ada yang kurang pandai disamping yang bodoh.

3.Ada manusia yang suka kepada aktiviti berpidato,berhujah,membuat matematik,mengarang,berpuisi,mencipta lagu,dll.Semua perlakuan manusia ini bergantung kepada kebolehan otaknya dan bagaimana ia berfikir.

4.Didapati,orang yang suka aktiviti mengira/matematik tidak suka kepada aktiviti seni.Begitu juga orang yang mencari kepuasan dengan melahirkan sesuatu karya tidak berminat membuat analisis dan perbahasan.Mengapa ini berlaku?

5.Ini berlaku kerana otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera cerebral otak (kiri dan kanan) dan mempunyai fungsi yang berbeza.

6.Didapati bahawa keupayaan dan minat seseorang dalam bidang tertentu bergantung lada pembahagian 'kiri' atau 'kanan' hemisfera yang dominan.

7.Hemisfera kiri adalah bahagian rasional dan logikal.Fungsi pentingnya ialah menterjemah persepsi kepada perwakilan realiti,fonetik dan berkimunikasi dengan 'dunia' berasaskan analisis logik.

8.Contoh aktiviti hemisfera otak kiri adalah membaca,menulis,memahami bahasa,mengira,memproses maklumat-maklumat kecil dan benda yang lurus/tetap.

9.Ringkasnya hemisfera otak kiri berfungsi bagi membolehkan pemikiran manusia ke arah perkara-perkara berkaitan sains,matematik,pengiraan,realiti,objektif,logik,linear,analisis,agresif,ilmu yang boleh dikira,berturut-turut.

10.Hemisfera kanan pula ialah hemisfera intuitif yang mengkhayal dan menerima perkara secara keseluruhan (holistik).Merupakasn bahagian otak yang menghargai seni,meninjau bentuk pernyembahan,ritual,alam ghaib dan perasaan.

11.Hemisfera otak kanan ini adalah bahagian yang membentuk semula corak-corak dan maklumat yang terkumpul dan dengan itu mengujudkan idea/konsep yang baru.

12.Ringkasnya hemisfera otak kanan berfungsi bagi membolehkan pemikiran manusia ke arah sastera,imaginasi,subjektif,seni,kreatif,holistik,pasif,ilmu yang berbentuk eksperimen,memahami corak dan serentak.

13.Pemahaman tentang kebolehan otak manusia membolehkan kita melihat kekuatan pemikiran seseorang sama ada condong keoada 'kiri' atau 'kanan'.Seorang penganalisis atau peguam selalunya lebih objektif dan melihat kepada fakta dalam membuat keputusan tanpa tolak ansur dimana mereka banyak menggunakan otak kiri.Sebaliknya seorang penulis novel/pereka fesyen menggunakan banyak imaginasi,melihat kepada keseluruhan nukilannya tanpa sedikit pun cacat cela,penuh subjektif berusaha? menawarkan sesuatu yang baru.

14. Walau pun terdapat pembahagian fungsi bagi otak kiri dan kanan,terdapat juga manusia yang boleh berupaya menjalankan aktiviti yang menggabungkan kedua-dua otak kiri dan kanan,umpamanya seorang doktor,penganalisis komputer dll.

Wednesday, March 14, 2012

Cara Memperhebatkan Pemikiran

1.Pastikan bahawa kita sentiasa terlibat dalam proses menambah ilmu kerana pembelajaran adalah proses sepanjang hayat.

2.Pastikan bahawa setiap ilmu pengetahuan baru yang bermanfaat diamalkan agar kemahiran kita semakin meningkat.

3.Pastikan bahawa disiplin menuntut ilmu diperolehi secara betul dan terhormat bukannya secara ugutan/ancaman tertentu.

4.Pastikan bahawa hobi/kegemaran masa lapang kita berfaedah disamping menghiburkan hati kerana ini semua boleh memperkaya perasaan dan pengalaman.

5.Pastikan bahawa kita ada masa /kesempatan untuk berfikir setiap hari dalam semua tugasan/tanggungjawab yang ada.Berfikirlah bagaimana untuk melaksanakan tugasan/menyelesaikan sebarang masalah berbangkit dengan bijaksana/kreatif setiap hari.

6.Pastikan bahawa kita menyahut apa saja peluang yang ada untuk menggali,meneroka sesuatu penemuan baru supaya kita sendiri dapat mengalami sendiri rahsia-rahsia,fenomena dan keajaiban yang ada di alam ini.

7.Pastikan bahawa diri kita rajin membaca buku/bahan bacaan yang berfaedah dan cabar diri kita berfikir untuk menjawab sebarang persoalan yang ditimbulkan.Beranikan diri kita mengambil kesimpulan dari apa yang telah kita baca.

8.Pastikan bahawa kita mengambil makanan/bahan yang bermanfaat untuk kesihatan otak.Kepintaran dan kecerdasan otak banyak bergantung kepada apa yang kita makan.

9.Pastikan bahawa kita tidak terlampau lama menonton televisyen kerana itu semua mungkin akan mengakibatkan terencat daya imaginasi,daya pemikiran dan kebolehan membaca dengan sempurna.Pilihlah rancangan yang sesuai dengan pemikiran kita.

10.Pastikan bahawa kita melatih otak kita setiap hari berfikir melalui apa cara sekali pun,umlamanya menyekesaikan masalah matematik,mengarang sajak,menulis,mempelajari/mendapat maklumat berguna dari komputer/internet,membaca al-Quran dsg.

11.Pastikan bahawa kita mempunyai matlamat dalam apa yang kita buat.Tumpukan kepada matlamat besar tersebut,berusaha juga berfikir sedikit demi sedikit,takat demi takat memburu impian dengan lenuh kesabaran.

12.Pastikan bahawa kita sentiasa melakukan yang terbaik dalam semua perkara terutamanya soal akhlak,amal ibadat,tingkahlaku dan sentiasa positif dalam apa saja yang dialami.

13.Pastikan bahawa kita sentiasa ceria,senyum,gelak-tawa,sederhana dimana dijauhkan keadaan tertekan,terlalu serius,ego,angkuh, terlalu emosional dalam menjalankan tugas seharian bagi memajukan pemikiran.

14.Pastikan bahawa kita bijak mengurus masa mengikut gaya sendiri.Rancang tugas jam demi jam,hari demi hari,minggu demi minggu,bulan demi bulan,tahun demi tahun.Sediakan jadual waktu/takwim yang tersusun dengan peristiwa-perustiwa dalam kehiduoan kita.Pendek kata rancang dan uruslah diri kita sepanjang masa agar pemikiran terfokus dan tidak celaru.

15.Pastikan bahawa kita mengagih-agihkan tugas/kerja agar semua aktiviti hidup kita diselaraskan dengan adil/saksama mengikut kemampuan dan dipenuhi dengan keseronokan.Keseronokan bekerja adalah aspek penting dalam melahirkan pemikiran yang hebat.

16.Pastikan bahawa kita tidak meracuni pemikiran kita dengan perkara-perkara negatif,khayal,tahyul,ganas dsg. Pemikiran luhur tidak akan lahir dari pengalaman buruk/negatif.

17.Pastikan bahawa kita sentiasa mempunyai alasan diatas apa saja yang kita buat.Ini merupakan pemikiran logik yang perlu dimantapkan selanjang masa.Mengamalkan berfikir secara logik boleh mengelak dari berlakunya falasi iaitu 'kesilapan cara berfikir'.

18.Pastikan bahawa kita sentiasa bersedia membuat perubahan ke arah yang lebih baik melalui idea-udea baru yang bernas.Ini merupakan pemikiran lateral yang sentiasa meminta pengamalnya mencari alternatif atau keluar meneroka sudut baru iaitu konsep ini meminta kita semua tidak berfikir di takuk lama.Transformasi tidak akan berlaku tanpa mengamalkan pemikiran lateral.

19.Pastikan bahawa kita sentiasa berdoa agar sentiasa diberikan pemikiran baik dan bermanfaat.Ini kerana semua yang baik datangnya dari Allah.Sesuatu inovasi adalah hasil pemikiran kreatif yang bersumberkan ilham kurniaan Allah.

Pemikiran Islam

1.Dalam Islam,pemikiran melibatkan Maha Pencipta iaitu Allah dan manusia sebagai hambaNya & khalfahNya.

2.Kita dikurniakan kehebatan yang sepatutnya digunakan sebaiknya untuk mengimbangi tuntutan/amalan dunia dan akhirat.

3.Amalan didunia merangkumi mencari,meneroka,mencipta dsg supaya mendatangkan kebaikan kepada umat manusia.

4.Sementara amalan akhirat pula ialah apabila kita mengakui kebesaran Allah SWT dan mengelak dari melakukan perkara jahat.

5.Hubungan antara Allah dan makhluknya boleh diringkaskan sebagai hubungan menegak (vertikal) dan melintang (horizontal).

6.Hubungan vertikal ialah hubungan terus antara Tuhan dengan makhluknya.Tuhan sebagai pencipta dan manusia sebagai yang dicipta.Tuhan sebagai khaliq dan manusia sebagai hamba.Ilmu mengenai Tuhan sebagai naqli.Undang-undang Tuhan sebagai fardhu ain.Hubungan vertikal ini melibatkan pemikiran tentang mempercayai sesuatu,beriman,beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah untuk melakukan perkara-perkara baik/berfaedah.

7.Hubungan horizontal pula melibatkan manusia dengan manusia/mahkluk lain.Manusia sebagai makhluk.Manusia sebagai khalifah Tuhan di dunia.Ilmu yang dicari manusia sebagai ilmu aqli.Undang-undang/peraturan sesama manusia sebagai fardhu kifayah.Hubungan horizontal melibatkan pemikiran menggunakan ilmu untuk mereka-cipta,meneroka dan nencari benda-benda baru supaya nikmatnya dikecapi/menyenangkan diri sendiri dan manusia/makhluk lain.Dalam Islam ini dikira sebagai ibadah.

8.Ringkasnya pemikiran Islam mesti berpaksi kepada al-Quran sebagai rujukan/panduan beserta kekuatan minda manusia.Ilmu yang banyak hasil dari pemikiran yang tinggi membolehkan manusia menguasai segala-galanya berbanding makhluk lain.

9.Firman Allah SWT yang bermaksud 'Mereka itu sama sama ingat kepada Allah,baik pada waktu berdiri,duduk,atau sedang berbaring juga memikirkan tentang pencipta langit dan bumi.Mereka berkata:Ya Tuhan engkau tidaklah mencipta ini hanya sia-sia saja'.

Ayat ini membawa pengertian yang mendalam tentang pemikiran.Manusia perlu berfikir untuk mencari kebenaran,berfikir tentang kewujudannya, dengan melihat kebesaran Allah SWT sama ada di langit atau di muka bumi.

Tuesday, March 13, 2012

Berkaitan Pemikiran

1.Pemikiran melibatkan penggunaan akal (menggunakan organ otak) untuk berfikir,merenung,'melihat',mengkaji,membuat keputusan,menggunakan data simpanan yang dalam otak seperti latihan,pengalaman dll.

2.John Dewey (1933) menyatakan bahawa 'Pemikiran ialah perilaku menyelesaikan masalah'

3.Edward de Bono menyatakan bahawa 'Pemikiran ialah satu rangka operasi kemahiran dimana kepintaran bertindak melalui pengalaman (untuk sesuatu tujuan)'.

4.Jadi syarat untuk berfikir memerlukan tiga elemen menurut Bomo iaitu kemahiran,kebijaksanaan/kecerdasan dan pengalaman.

5.Menurut Vincent Ryan Ruggiera(1984) menyatakan bahawa 'Pemikiran sebagai aktiviti otak yang merangka sesuatu atau menyelesaikan masalah,membuat keputusan atau memenuhi kehendak untuk memahami.Pemikiran juga bertujuan mencari jawapan dan mencapai makna'.

6.Dakam pemikiran,Ruggiero menyatakan aktiviti otak melibatkan memerhati (observe),menghafal (memorize),mengingat (remember),menjangkau (wonder),menbayangkan/berkhayal (imagine),mencari (inquire),mentafsir/menterjemah (interprate),menilai (evaluate), dan memutuskan (judges).

7.Dari pengertian berkaitan pemikiran di atas,maka didapati bahawa penemuan ilmu memang menitik beratkan soal aktiviti otak yang melibatkan keupayaan yang amat tinggi.

8.Menurut Ruggiero,lebih ramai manusia 'searching for answer' dan ' reaching for meaning',maka lebih banyak ilmunya dan lebih tinggi pemikirannya.

9.Tamadun tinggi sesuatu bangsa bergantung jeoada hasil penemuan ilmu yang ada padanya.

10.Jadi jelas bahawa 'penguasaan dunia' bergantung kepada penguasaan ilmunya.

11.Ringkasnya,negara yang mempunyai 'ilmu yang banyak dan pemikiran yang tinggi' dapat 'menguasai dunia'

Monday, March 12, 2012

Keupayaan otak manusia

1.Otak adalah organ yang unik dan penting dimana hampir semua anggota lain ditubuh manusia mempunyai kaitan dengannya.

2.Manusia menggunakan otaknya untuk berfikir,memerhati,menghafal,mengingat,menjangkau,berkhayal,membayangkan,mencari,menterjemah,menilai,mengupas,membuat keputusan,bertindak dll.

3.Antara keupayan unik otak manusia adalah seperti berikut:-

>> 1.Keupayaan untuk membantu meningkatkan fungsi pancaindera yang lain iaitu deria lihat,deria bau,deria sentuh,deria dengar dan deria rasa.Contohnya apabila mata melihat sesuatu kejadian,mata hanya nampak pada masa itu saja.Ianya hilang selepas itu.Tetapi otak merakam kejadian tersebut walau pun ianya berlaku cuma dalam sekelip mata.Otak boleh mengingat dan mengulangi kejadian tersebut berkali-kali.Begitulah juga dengan deria-deria yang lain.

>> 2.Keupayaan menggunakan maklumat dan rangsangan.Otak menerima maklumat daripada sesuatu kejadian/insiden yang dialami dan dilihat.Peristiwa itu dirakam/direkod dan pada bila-bila masa ianya boleh digunakan untuk tujuan tertentu.Dalam masa yang sama,maklumat ini boleh membantu seseorang bertindak jika dirangsang oleh sesuatu insiden yang lain.

>> 3.Keupayaan mengumpul pengalaman yang lalu.

>> 4.Keupayaan menilai,merancang dan mencetus idea.Keupayaan ini bergantung rapat dengan latihan yang berpanjangan dan sistematik.Otak yang diasuh dengan baik akan dapat menilai sesuatu dari pelbagai sudut.

>> 5. Keupayaan percaya kepada sesuatu yang ghaib.Dengan kebolehan ini manusia yakin dan percaya kepada ujudnya Tuhan dan keperluan agama dalam hidupnya.Orang Islam yakin wujudnya Allah SWT walau pun tidak melihatnya.

>> 6. Keupayan mwnjadi 'deria ke enam'.Ini merupakan satu kebolehan yang terdapat pada orang tertentu yang mempunyai 'gerak hati' tentang sesuatu perkara atau sesuatu yang akan terjadi..Bagi orang Islam disebut sebagai 'makrifat'.Bagi sesetrngah orang disebut sebagai 'telepathy'.

4.Keupayaan otak yang sempuna tidak boleh dibandingkan dengan mana-mana komputer,kerana otak manusialah yang mereka cipta komputer yang ada.

Saturday, March 10, 2012

Dosa-dosa PAS

1.Mereka menyekutukan Allah SWT dengan cara membesar-besarkan parti mereka berbanding Allah SWT(seperti mana puak Syiah yang membesarkan Dzat Ali untuk memperoleh Nur Nabi Muhammad SAW bagi mendekatkan diri pada Nur Allah SWT.

2.Mereka tidak berjuang kerana Allah SWT,dimana tiada dalam kamus aktiviti parti PAS untuk menjunjung Islam,menguatkan iman dan mengharapkan ihsan.Jika ada pun kelas-kelas kerohanian dan ceramah-ceramah politik murahan yang langsung tidak membawa manusia menuju kepada Allah SWT.Sebaliknya mereka menjadikan Allah SWT sebagai alasan untuk mereka mendapat kuasa mrnrusi undi pilihanraya.

3.Mereka secara langsung atau tidak langsung mengajarkan kepada pengikutnya bahawa untuk menemui Allah SWT haruslah dengan jalan berparti politik.Ini adalah satu dorongan perbuatan mensyirikkan Allah SWT.Pada hal sebenarnya fahamilah bahawa untuk kembali kepada Allah SWT bukanlah dengan menyertai mana-mana parti politik dan berjuang terjerit-jerit di dakamnya,dengan kononnya berpakaian zuhud,berlagak alim dan berlakon islamik.

4.Mereka mewajibkan pengikut mereka menerima bulat-bulat apa saja kata-kata pemimpin mereka(melalui bai'ah).Ini merupakan kebodohan yang paling nyata penyokong PAS kerana sanggup menelan secara membabi-buta arahan pemimpin mereka,dimana apabila mereka beranggapan atau lebih tepat lagi berakidah dengan menyokong PAS maka secara tidak langsung mereka telah bertemu dengan jalan Allah SWT.Pada hal sebenarnya makrifat Allah SWT adakah semulia-mulia makrifat,ini kerana makrifat kepada Allah SWT itu merupakan asas yang diatasnya didirikan segala kehidupan kerohanian yang lain.

5.Mereka mengajarkan agar penyokongnya menjadi terlalu taksub dengan pemikiran pemimpin mereka sehingga menjadikannya sebagai fatwa.Ini semua mengelirukan akidah sebenar orang Islam.Pemimpin PAS menjadi sangat angkuh dan tidak boleh disentuh atau disanggah apa saja 'fatwa' mereka walau pun ternyata karut dan bertentangan dengan perintah Allah SWT.

6.Mereka menjadikan Islam itu mundur dan dipandang hina oleh orang lain kerana apa saja yan PAS buat/keluarkan fatwa bukannya memajukan Islam malah memalukan dan tidak masuk akal.Umpamanya mengatakan Allah mencarut,Allah samseng, sanggup berkawan dengsn syaitan,kafirkan UMNO,darah orang UMNO halal bagi orang PAS dll.

7.Mereka memperkudakan Islam dengan bertopengkan agama,berjubahkan nafsu,berjanggutkan syaitan,bertasbihkan fitnah,berzikirkan maki hamun dan berserbankan pembohongan demi kuasa.

8.Mereka menaruh dendam kesumat yang amat mendalam terhadap UMNO dan kerana mabuk/gila kuasa PAS sanggup berkawan dengan syaitan DAP (yang memang jelas menolak negara Islam) dan demi menjaga semangat setia kawan tersebut PAS telah membuang perjuangan membentuk negara Islam kepada setakat kepada negara berkebajikan saja (satu konsep sosialis iaitu sama seperti DAP)

9.Mereka telah tolak Islam,jadi secara automatik telah tolak roh Islam,tolak Nabi Muhammad SAW,tolak Allah SWT,...maknanya perjuangan PAS kini cuma setakat dunia saja untuk berkongsi kuasa dengan sikafir harbi DAP.

10.Mereka bukan lagi sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam (begitulah penilaian kita).PAS adalah sebuah pertubuhan yang menyesatkan orang Islam dengan kekeliruan agama yang mereka timbulkan.

11.Mereka menakut-nakutkan rakyat dengan dosa dan pahala,syurga dan neraka.Seolah-olah itu semua mereka yang tentukan.

12.Mereka telah memperdagangkan Islam demi mengaut keunyungan dunia.

13.Mereka telah memperjuangkan sesuatu hingga membawa perpecahan ummah dari dulu hingga sekarang (PAS ditubuhkan pada tahun 1951 oleh Hj Ahmad Fuad yang mengetuai Ulama UMNO ketika itu).

14.Mereka sebelum kemerdekaan telah melakukan pelbagai cara dan propaganda serta aktiviti bagi menggagalkan rancangan menuntut kemerdekaan negara oleh Tunku Abdul Rahman dahulu.Maksudnya PAS suka dijajah dan tali barut penjajah.

15.Mereka sanggup menjual/melelong/menggadai agama semata-mata untuk melunaskan tuntutan nafsunya untuk berkuasa.Buktinya sesiapa yang memperjuangkan Islam/mempertahankan akidah seperti Hassan Ali akan dipecat dari parti PAS.Sebaliknya sesiapa yang menokong komunis/sosialis akan disanjung jadi pemimpin seperti Mat Sabu.

16.Mereka tidak konsisten/tiada istiqamah dalam perjuangan.PAS seperti sesumpah dimana boleh bertukar hala tuju demi mengejar undi.Pas tiada hala tuju yang jelas dalam perjuangan Islam.Buktinya mereka tetap menyokong/bersekongkol dengan Anwar Ibrahim yang jelas menyokong keselamatan Israel dan jadi agen Yahudi.

17.Mereka telah menyebabkan wujudnya berbilang jemaah Islam dikalangan umat Islam di negara ini.Pada hal tidak terdapat langsung dalam al-Quran @ pun al-Sunah yang mengharuskan wujudnya kumpulan/jemaah Islam yang lebih dari satu,sebaliknya terdapat nas dari al-Quran yang mencelanya.
Firman Allah SWT yang bermsksud 'Sesungguhnya mereka yang memecahbelahkan agama mereka dan mereka berpusk-puak,kamu tidak bertanggungjawab terhadap mereka.Sesungguhnya urusan mereka itu kembali kepada Allah.Kemudian Allah akan memberi tahu mereka apa yang mereka telah lakukan' (Surah al-An'am ayat 159)

18.Mereka mrnyokong aktiviti murtad dan penggunaan kalimah Allah untuk agama lain.Buktinya tiada pendirian tegas dan sekata di kalangan pemimpin mengenai kedua-dua isu tersebut hingga ke hari ini.

19.Mereka telah merendahkan martabat agama Islam yang maha suci hanya setakat sebagai sebuah parti politik sahaja.Pada hal sebenarnya ISLAM adalah agama suci Allah SWT (Islam bukannya parti politik tapi agama).Tiada negara lain/agama lain di dunia ini meurunkan darjat sebuah agama menjadi cuma sekadar sebuah parti politik saja.Fahamilah bahawa parti politik bukannya agama dan agama bukannya parti politik.Penyelewengan keatas agama Islam ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Sekian.Diharap sesiapa yang membaca artikel ini dapat menambah fakta mengenai dosa-dosa PAS ini agar segala kekeliruan mengenainya dapat diperjelaskan.

Friday, March 9, 2012

Inilah hakikat kehidupan....renungkanlah.

1.Renungkanlah diri kita sendiri supaya kita mengetahui apa yang sebenarnya kita inginkan dalam hidup yang sementara ini.

2.Fikirkanlah juga dengan teliti untuk mengetahui apa yang menyibukkan diri kita sepanjang masa.

3.Renungkanlah adakah harta yang menjadi keinginan kita,maka ketahuilah bahawa harta tidak akan kekal menjadi milik kita,cuma harta yang di manfaatkan kejalan kebajikan /sedekah jariyah saja berguna kelak .

4.Fikirkanlah adakah anak-anak yang menyebabkan kita sibuk sepanjang masa,maka ketahuilah cuma anak yang soleh yang boleh berdoa untuk kita.Jadi didiklah anak agar jadi soleh.

5.Renungkanlah adakah pangkat dan kedudukan memalingkan kita dari jalan kebenaran,maka kita mesti sedar bahawa pangkat dan kedudukan juga akan hilang satu hari nanti.maka ketahuilah bahawa yang membezakan kita cuma taqwa.

6.Fikirkanlah adakah kenikmatan dunia ini (harta,wanita, takhta dll) yang menjadi keinginan dan memalingkan kita dari Allah SWT,maka ketahuilah bahawa kehidupan dunia ini adalah permainan dan sesuatu yang melalaikan.Ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

7.Renungkanlah bahawa kita perlu menjadikan pelbagai keinginan itu sebagai satu keinginan saja iaitu keinginan untuk meningkatkan ketaatan kepada Allah.

8.Fikirkanlah bahawa kita perlu bertaubatlah kepada Allah SWT dari segala kemaksiatan dan dosa yang kita lakukan selama hidup ini.

Jauhi dari penyalahgunaan ALKOHOL

1.Alkohol adalah sejenis bahan yang memabukkan,mengakibatkan ketagihan dan kesan pergantungan jika disalahgunakan.

2.Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi bahan alkohol dan kadar kandungan alkohol ini berbeza-beza mengikut jenis minuman dan jenamanya.

3.Seseorang yang telah menjadi penagih alkohol akan mempunyai ciri-ciri berikut:

>> kelihatan tidak terurus

>> Matanya kelihatan kemerah-merahan

>> Berbau gula-gula 'peppermint' bila didekati

>> Wajah merah padam

>> Menggeletar

>> Perut buncit

>> Berpeluh

>> Peningkatan tekanan darah

4.Antara komplikasi akibat dari ketagihan alkohol adalah :

## Ponteng kerja
## Pengabaian dan prnderaan keluarga
## Meningkatkan risiko kemalangan ditempat kerja/jalanraya
## Meningkatkan risiko membunuh diri
## Tekanan mental
## Perubahan personaliti
## Mengambil risiko membawa kenderaan dengan laju
## Penyakit gastrik
## Penyakit pankreatitis
## Ulser peptik
## Penyakit hati seperti hepatitis dan kanser hati
## Kanser mulut,kerongkong,larynk dan pharynk
## Darah tinggi
## Penyakit jantung seperti kardiomiopati
## Penyakit saraf seperti sawan,kebas,hilang ingatan dan koma
## Angin ahmar
## Pada wanita boleh menyebabkan ketidaksuburan,gangguan haid,risiko keguguran,lahir anak tidak cukup bulan,kecacatan janin spt kurang berat badan/saiz kepala yang kecil/rupa paras yang luar biasa/terencat akal/gangguan psikologi pada anaknya nanti.

5.Penyalahgunaan alkohol boleh dicegah dengan kaedah berikut:-

@@ Jangan sesekali mula mengambil minuman yang beralkohol/minuman keras

@@ Elakkan berkunjung ke tempat-tempat yang menyediakan minuman beralkohol

@@ Elakkan bergaul dengan mereka yang mengambil minuman beralkohol

@@ Patuhi perintah agama....Islam mengharamkannya.

@@ Fikirkan tentang keburukan/komplikasi yang timbul akibat dari penyalahgunaan alkohol

6.Antara rawatan dan pemulihan ketagihan alkohol adalah:

~~ Rujukan ke hospital

~~ Detoksifikasi

~~ Rehabilitasi

7.Akhir sekali,SAYANGI DIRI DAN KELUARGA........JAUHI DARI PENYALAHGUNAAN ALKOHOL.


Thursday, March 8, 2012

Akibat merokok


1.Merokok merupakan penyebab kepada 40% penyakit jantung dan angin ahmar (stroke) dikalangan mereka dibawah umur 65 thn.

2.Merokok adalah 4 kali ganda berisiko mati akibat serangan janyung berbanding bukan perokok.

3.Merokok mengakibatkan anda membawa masuk berbagai jenis bahan beracun ke dalam tubuh badan anda melalui paru-paru dan seterusnya diserap ke dalam sistem peredaran darah anda.

4.Bahan-bahan beracun yang anda sedut itu akan mengecilkan salur darah anda,menyebabkan aliran darah tidak lancar,mengakibatkan berlakunya mendapan lemak dan seterusnya menyempitkan serta akhirnya salur darah tersumbat terus.

5.Akibat dari salur darah sempit maka tekanan darah anda akan meningkat,jantung terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengatasi tekanan ini supaya darah dapat dihantar ke seluruh tubuh.

6.Merokok akan mengakibatkan rosaknya hemoglobin dalam sel darah merah,mengurangkan kurang upaya mengangkut oksigen.Oleh itu,kandungan oksigen dalam badan anda berkurangan.

7.Merokok akhirnya akan mengakibatkan jantung terpaksa bekerja lebih kuat,menghasilkan denyutan yang tidak normal dan memungkinkan serangan jantung.

8.Merokok juga boleh mengakibatkan gangguan aliran darah ke otak dimana boleh menyebabkan stroke/rosak otak/kanser.

9.Mereka yang terdedah kepada asap rokok (asap rokok di persekitaran disedut oleh orang tidak merokok/perokok pasif) juga mempunyai risiko yang tinggi terhadap serangan jantung.

10.Akibat terakhir dari aktiviti merokok adalah kematian mengejut disebabkan oleh serangan jantung dan angin ahmar.

11.Oleh kerana akibat merokok sangat bahaya maka jika anda seorang perokok,ambillah langkah bijak,BERHENTI MEROKOK SEBELUM TERLAMBAT?

Orang Melayu.....Jom berpolitik dengan bijaksana

1.Sama ada disedari atau tidak,dalam kalangan orang Melayu sekarang ada yang tidak kisah soal politik.

2.Ramai kalangan orang Melayu yang meminggirkan diri dari arus perdana politik dengan menganggap diri mereka sebagai berkecuali,duduk atas pagar dan 'apolitical' yang kononnya tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sama ada pemerintah atau pembangkang.

3.Aliran pemikiran orang Melayu yang 'apolitical' ini sebenarnya sedang mengalami masalah sinis iaitu keadaan 'mood' kesangsian terhadap politik dan ahli politik dan boleh membawa kepada terhumbamnya 'survival' kuasa politik Melayu-Islam di negara ini.

4.Orang Melayu yang enggan berpolitik ini memberikan pelbagai alasan umpamanya meluat/bosan dengan kerenah ahli atau orang politik,hilang keyakinan/kepercayaan terhadap sistem politik demokrasi,tidak mahu campur urusan politik kerana ia berniaga mesti 'neutral',politik itu kotor penuh rasuah/penipuan dsg.

5.Disamping itu,golongan graduan Melayu,usahawan,ahli profesional Melayu,ahli korporat Melayu kononnya sudah hilang selera untuk berpolitik dan lebih suka berda di 'zon selesa'.

6.Mereka memberi alasan yang tidak bijak dan menganggap politik sebagai 'alat' yang merosakkan orang Melayu.....lalu sebahagian dari orang Melayu yang bijak-bijak dan cerdik terdidik pun rata-ratanya tidak berpolitik.....kata mereka apa peduli siapa perintah /jadi kerajaan aku tetap macam ni jugak 'tak bergerak tak makan'.....maka kurang dan akhirnya hilanglah gema politik Melayu....lsmbat laun tunggulah Melayu kena halau dari buminya sendiri!

7.Orang Melayu (dari semua golongan) mesti peka dan minat berpolitik arus perdana.Berpolitiklah ke arah mencapai agenda agama, bangsa dan negara......tiada istilah berkecuali atau lari dari politik arus perdana....Istilah kami tidak mahu berpolitik sepatutnya tidak relevan dalam masyarakat Melayu-Islam.

8.Sedar dan insaflah bahawa dengan bersikap 'apolitical' akan menyebabkan suara lantang/kuat Melayu telah lenyap/pupus dimana kuasa tawar-menawar politik arus perdana sudah tidak lagi dihormati.

9.Ingatlah bahawa suatu masa dulu nenek moyang kita bukan main berani berjuang menuntut kemerdekaan.Mereka sanggup berkorban dan amat bertungkus-lumus dalam landasan politik (walau pun lemah serba serbi) bermati-matian dan kemudian bukan main hebat berpolitik untuk memajukan agama,bangsa dan tanah air ini.Betapa baculnya kita hari ini yang takut berpolitik.

10.Sila kaji dan lihat bagaimana orang Cina berpolitik.Mereka mengamalkan politik yang sangat berhati-hati.Keputusan plitik mereka bersifat strategis,yang penting ialah survival Cina itu sendiri.

11.Orang Melayu mesti belajar dari orang Cina yang lebih bijak mengatur politiknya.Orang Cina dilihat pandai mengagih-agihkan undi mereka kepada kerajaan dan pembangkang secara tertur dan sitrmstik untuk mengujudkan keadaan 'check and balance' dari dalam dan luar kerajaan.Malangnya orang Melayu berpolitik hingga menjahanamkan segalanya!!

12.Di harap orang Melayu perlu segera memperkemaskan keadaan politiknya yang tidak strategik,tiada perancangan teliti agar tidak dipinggirkan terus dari arus politik perdana.....konsep politik kongsi kuasa sejarang boleh kenyap kalau Melayu tidak bijak berpolitik.

13.Berpolitiklah Melayu dengan penuh bijaksana....ini kerana politik sebenarnya boleh mengukuhkan tamadun Melayu-Islam di negara ini.

14.Berpolitiklah Melayu dengan penuh bijaksana....ini kerana tugas dan tanggungmawab politik ialah bagi mengurus kepentingan kita semua,keselamatan kita semua dan kesejahteraan serta kedaulatan kita semua.

15.Berpolitiklah Melayu dengan penuh bijaksana......ini kerana ia dapat membina peradaban serta kemajuan (pemikirandan kebendaan) tahap tinggi dimana dapt mengikat kesatuan ummah dalam menghrus negara,mengurus lerasaan kekitaan dan seterusnya mendorong kita semua cenderung kepada melakukan kebajikan/bersifat murni sejajar dengan kedaulatan dan kekuasaan politik yang hanya wujud untuk manusia.

16.Berpolitiklah Melayu dengan penuh bijaksana......ini kerana banyak kebaikan dari sudut kualiti kehidupan,kepuasan dan keyakinan hidup adalah hasilan dari kita yang berpolitik dengan betul(tidak beremosi/sentimen tertentu).

17.Malangnya,yang menimbulkan masalah dalam politik Melayu sekarang adalah politik yang pro partisan melampau,dimana menjadikanhujah bela diri mereka saja sebagai betul dan menyerang lawan sebagai salah walsu pun fakta dan realiti sebaliknya.

18.Malangnya,politik Melayu dipenuhi dengan sikap taksub/fanatik membabi-buta hingga menyebabkan mereka hilang kewarasan,hilang keseimbangan dan hilang kebijaksanaan berhikmah.Elemen taksub berparti politik ini memang memecah-belahksn umat Melayu-Islam di negara ini.

19.Berpolitiklah Melayu dengan penuh bijaksana......namun perlu ingat bahawa kita akhirnya sebagai manusia akan bertanggungjawab kepada Allah SWT.

Wednesday, March 7, 2012

Kesan Kesihatan Akibat JEREBU

1.Jerebu adalah satu keadaan yang disebabkan oleh zarah-zarah halus (particles) yang tidak dapt dilihat oleh mata kasar terampai di alam sekitar (atmosfera) dalam kepadatan yang tinggi.

2.Jerebu ini akan disedut masuk ke dalam sistem pernafasan manusia bergantung pada kadar pernafasan seseorang.

3.Akibat dari menyedut jerebu,ianya akan memberikan kesan berikut:

>> Jangkitan kuman pada saluran pernafasan
>> Radang paru-paru
>> Lelah [asma]
>> Sakit tekak
>> Sakit mata

4.Segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya anda sakit akibat jerebu.

5.Bila berlaku keadaan berjerebu di tempat anda,lakukanlah tindakan berikut:

## Gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai umpamanya memakai 'mask' jenis 3 ply
## Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
## Digalakkan kerap mandi
## Banyakkan aktiviti di dalam rumah/duduk di rumah/kurang kegiatan di luar rumah/sekolah/pejabat dll
## Tutup pintu dan tingkap rumah/pejabat dll
## Gunakan penghawa dingin dalam kenderaan

6.Jerebu boleh berpunca dari kegiatan berikut:

@@ Pembakaran terbuka,sama ada hutan,tempat pembuangan sampah dsg
@@ Asap dari kenderaan di jalan-jalanraya
@@ Asap dari operasi kilang-kilang tertentu
@@ Asap rokok yang banyak

7.Keadaan berjerebu boleh membahayakan kumpulan berisiko tinggi berikut:

** Bayi dan kanak-kanak
** Orang tua/warga emas
** Pesakit jantung dan paru-paru
** Perokok
** Pekerja yang terdedah kepada persekitaran berhabuk.

8.Indeks Pencemaran Udara (IPU) digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:

~~ Nilai IPU 0 hingga 50. ...statusnya BAIK
~~ Nilai IPU 51 hingga 100... statusnya SEDERHANA
~~ Nilai IPU 101 hingga 200.... statusnya TIDAK SIHAT
~~ Nilai IPU 201hingga 300....statusnya SANGAT TIDAK SIHAT
~~ Nilai IPU 301 hingga 500....statusnya BERBAHAYA
~~ Nilai IPU melebihi 500......statusnya DARURAT.

Sila ikuti perkembangan nilai IPU dari semasa ke semasa memalui media bila jerebu melanda demi menjaga kesihatan anda.

Ginjal yang tidak sihat

1.Ginjal atau buah pinggang yang sihat berfungsi sebagai penapis yang membuang semua bahan merbahaya(toksik) dari darah.

2.Bila ginjal gagal menjalankan fungsi sebagai penapis seperti yang sepatutnya maka buah pinggang tersebut dikatakan tidak sihat.

3.Akibat dari ginjal yang tidak sihat maka akan terjadi pengumpulan cecair dan bahan kumuh dalam badan.

4.Peningkatan bahan kumuh dalam badan,akan mengakibatkan kesan keracunan (toksik) pada individu terbabit (menimbulkan gejala loya,muntah,tiada selera makan dan letih) .Akibat lain dari penigkatan bahan kumuh dalam badan adalah terjadinya keadaan bengkak (edema) dibahagian muka,lengan dan kaki.

5.Apabila kerosakan ginjal menjadi semakin teruk,maka ginjal akan akan hilang keupayaannya untuk menghasilkan air kencing.

6.Akhirnya ginjal akan hilang fungsinya secara kronik....terjadilah kegagalan ginjal(renal failure)

7.Ginjal boleh rosak adalah disebabkan oleh:

>>> keadaan kencing manis pada tahap yang teruk
>>> keadaan tekanan darah tinggi pada tahap teruk
>>> jangkitan kuman pada ginjal
>>> ginjal bengkak [glomerulonephritis]
>>> ubat tertentu
>>> keturunan,ada ahli keluarga yang mengalaminya

8.Tanda awal masalah sakit ginjal adalah spt brkt:

### susah/sakit ketika kencing
### kencing kerap terutama waktu malam
### kencing bercampur dengan darah
### bengkak pada kedua-dua belah mata,tangan dan kaki terutama pada kanak-kanak.
### sakit disebelah ginjal (di posisi anatominya diabdomen) yang tiada kaitan dengan pergerakan badan.
### menalami keadaan tekanan darah tinggi.

9.Rawatan bagi penyakit ginjal adalah

@@@ Dialisis- sama ada haemodialysis,perotoneal dialysis (PD) dan continueous ambulatory peritoneal dialysis (CAPD)

@@@ Pemindahan buah pinggang

10.Jika anda mempunyai gejala/tanda penyakit ginjal segera dapatkan pemeriksaan di klinik/hospital.


KESIHATAN ADALAH ASAS KEHIDUPAN

Tuesday, March 6, 2012

Tekanan Darah Tinggi

1.Tekanan darah tidak sama sepanjang masa.Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan.

2.Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk suatu jangka masa yang lama,maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi (hipertensi).

3.Tekanan darah optima ialah 130/80 mmHg.......jika tekanan melebihi 180/110 mmHg maka kadar tekanan darah kita adalah terlalu tinggi......

4.Tekanan darah tinngi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala.Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi tetapi pada masa yang sama merasa sihat.Itulah sebabnya anda patut berjumpa doktor selalu untuk mengetahuinya.

5.Hanya satu cara saja untuk mengetahui sama ada anda mengidap tekanan darah tinggi atau tidak iaitu dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala.

6.Petugas kesihatan/doktor anda akan memeriksa tekanan darah anda setiap kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap salur darah arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.

7.Akibat dari Tekanan Darah Tinggi adalah seperti berikut:-
### Serangan jantung
### Angin ahmar
### Kegagalan jantung
### Kerosakan buah pinggang
### Kerosajan retina mata (hypertensive retinopathy)

8.Jika Tekana Darah OPTIMA (130/80 mmHg).....maka anda perlu terus mengawal tekanan darah anda dengan cara-cara berikut:-

>>> Memeriksa tekanan darah secara berkala....2 tahun sekali jika jadarnya normal atau lebih kerap jika didapati jadarnya tinggi atau ada ahli keluarga yang mengidap hipertensi,angin ahmar atau serangan jantung

>>> Tidak merokok......nikotin dari rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut dengan lebih cepat.Nikotin juga menyempitkan salur darah halus dan memaksa jantung mengeoam dengan lebih pantas.

>>> Makan secara sihat,dengan mengurangjan pengambilan GARAM dan LEMAK.

>>> Bersenam secara berkala

>>> Elakkan pengambilan alkohol

>>> Kekalkan berat badan unggul

9.Jika anda disahkan mengidap Tekanan Darah Tinggi,....maka...

@@@ Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan

@@@ Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat petugas kesihatan/doktor

@@@ Jumpa doktor secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda.


10.SAYANGILAH NYAWA ANDA????KAWAL KADAR TEKANAN DARAH ANDA....

Monday, March 5, 2012

Kencing Manis

1.Kencing manis ( dalam istilah perubatan disebut sebagai Diabetes Melitus ) adalah satu keadaan dimana paras gula (dalam istilah perubatan disebut sebagai glukos) dalam darah adalah tinggi.

2.Ini disebabkan oleh berlakunya kekurangan INSULIN (sejenis hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pankreas bagi mengawal paras gula dalam darah).

3.Pada keadaan normal,makanan yang dimakan akan ditukar dalam bentuk gula iaitu glukos.Insulin akan membantu menggunakan glukos sebagai sumber tenaga.Apabila berlaku kekurangan insulin atau fungsinya terjejas,paras gula dalam darah akan meningkat yang menyebabkan berlakunya kencing manis (diabetes).

4.Antara risiko yang mencetuskan terjadinya kencing manis adalah seperti berikut:

## Berat badan yang berlebihan

## Tidak aktif secara fizikal...kurang bersenam,tidak aktif bergerak/pasif

## Mengamalkan pemakanan tidak sihat.....makan makanan banyak lemak,banyak gula,kurang makanan berserat spt oat dsg

## Bawaan genetik/baka/keturunan keluarga mengidap kencing manis.

## Menggunakan ubat-ubat tertentu seperti steroid

## Faktor umjr dan kumpulan etnik/bangsa

5.Antara tanda dan gejala kencing manis adalah seperti berikut:

>> Kerap membuang air kecil

>> Kerap merasa dahaga

>> Mudah merasa letih

>> Hilang berat badan dengan mendadak walaupun berselera makan

>> Mudah terkena jangkitan kulit

>> Luka yang lambat sembuh

6.Antara komplikasi/akibat yang akan berlaku pada pengidap kencing manis adakah seperti berikut:

** Kabur penglihatan membawa kepada buta akibat dari 'diabetic retinopathy'

** Tisu mati (gangren),kudis yang merebak sehingga kaki terpaksa dipotong

** Penyakut buah pinggang/kegagalan buah pinggang

** Serangan jantung

** Tekanan darah tinggi (hypertension)

** Angin ahmar (stroke)

** Tidak sedar diri /koma

** Penyakit saraf

7.Kencing manis TIDAK BOLEH SEMBUH,tetapi BOLEH DIKAWAL.

8.Untuk MENGAWAL kencing manis,maka paras gula dalam darah hendaklah berada pada paras normal/biasa.....dengan melakukan perkara-perkara berikut:-

@@ Makanlah pelbagai jenis makanan

@@ Pilih kombinasi makanan yang dapat memberi tenaga (iaitu nasi,roti,mee,kentang dll),makanan yang membina badan iaitu protein seoerti ikan, daging,ayam,telur,susu,kekacang dll.

@@ Pastikan makanan yang dimakan kaya dengan vitamin,zat galian yang ada pada buah-buahan dan sayur-sayuran

@@ Makan dengan kerap tapi sedikit

@@ Elak makan berkemak seoerti roti canai,makanan bergoreng

@@ Elak makanan ringan/snek selepas makan

@@ Elak minuman manis seperti teh tarik manis,kopi manis,air sirap dll

@@ Lakukan aktiviti fizikal iaitu bersenam,berjalan dengan cepat,berjoging,berenang,menaiki tangga,lompat tali,bersukan,main bola,badminton,tenis,ping pong dll

@@ Ambil ubat-ubatan mengikut arahan doktor.

9.Dapatksn khidmat nasihat dan pemeriksaan dari klinik/hospital untuk kebaikan kesihatan anda.


Saturday, March 3, 2012

Gizi untuk otak

1.Sebenarnya,'mood',motivasi dan prestasi otak ('mental performance') boleh dipengaruhi oleh 'diet' kita.

2.Ini kerana otak adalah satu organ tubuh badan kita yang sangat aktif kadar metaboliknya.

3.Gizi atau zat makanan yang betul mengikut keperluan otak iaitu 'natural neurochemicals' yang ada padanya boleh memantapkan kebolehan mental dari segi:

-membantu daya tumpuan/konsentrasi kita

-memulihkan semula kecekapan 'sensorimotor' otak

-menolong memotivasikan kita

-meningkatkan daya ingatan (memory)

-mempercepatkan masa reaksi

-meredakan tekanan (stress)

-berkemungkinan mencegah penuaan otak

4.Antara gizi /zat makanan yang baik untuk otak kita adalah seperti berikut:-

(1)Sejenis lemak yang spesifik ( lazimnya dalam ikan) yang dikenali sebagai asid lemak Omega-3.

--asid lemak Omega-3 ini ada pada lapisan luar sel-sel otak dimana semua 'nerve signal' mesti melaluinya.Jadi untuk otak kita dalat berfungsi secara optima maka diet yang mengandungi asid lemak Omega-3 ini perlu ada.Dicadangkan Canola oil dan walnut oil kaya dengan bahan ini.

(2) Choline (fat-like B vitamin yang ada pada telur ayam) yang dapat berfungsi sebagai 'precursors' bagi 'neurotransmitter' otak.

--choline dapat memantapkan daya ingatan dan meminimumkan keletihan juga dapat bertindak sebagai 'stress resistance'


(3) Makanan yang ada vitamin B

--dimana 'mood' dan prestasi otak dipengaruhi dengan kuatnya oleh vitamin B

(4) Karbohidrat

--terutamanya yang diambil tanpa sebarang protein atau lemak boleh membantu menenangkan mental

5.Berikut adalah jenis makanan mengandungi gizi yang baik untuk otak:-

1) Bijirin (whole grains,cereals,wholewheat pasa etc)

---kaya asid folik,vitamin B 12,vitamin B6 yang kaya dengan thiamine bagi menambah daya ingatan

2)Kerang dan tiram (oysters)

---kaya dengan zat zink,zat besi....yang boleh membantu daya ingatan,tanoanya boleh mengurangkan daya konsentrasi

3)Ikan salmon (wild salmon),ikan tuna dn ikan herring

---sumber asid lemak Omega-3 yang baik...yang boleh menambah baik jirim otak,hubungan sinaptik,salur-salur darah,membekal oksigen ke otak,mengurangkan risiko angin ahmar (stroke),denentia dan penyakit Alzheimer

4) Telur

---kaya dengan vit B12 (sebagai lecithin) ....untuk mencegah pengecutan otak (brain shrinkage).
---bahagian kuning telur(yolk) kaya dengan 'choline'....untuk menambah daya ingatan

5) Rempah ratus /kari (curry)

--- mengandungi 'curcumin' suatu bahan antioksidan yang membantu melawan penuaan otak dan mempertahankan fungsi kognitif semasa tua,menjadikan otak sentiasa segar.

6) Teh hijau (freshly brewed green or black tea)

---mengandungi 'catechain'...membantu menajamkan minda

7) Sayuran hijau seperti kobis,bayam dll)

---kaya dengan vitamin B6,vit B12,folat,zat besi.....membantu daya ingatan

8)Kekacang seperti peanuts,hazelnut,cashews,almond,walnut,sunflower seeds, pumpkin seeds etc

---kaya dengan asid lemak Omega-3,juga folat,vit.B.....membantu berfikir dengan baik/positif

9) Coklat spt serbuk koko

--- mengandungi 'flavonals' suatu antioksidan, menolong meningkatkan aliran darah ke otak.

10) Tomato

--- mengandungi lycopene suatu antioksidan dimana boleh mencegah dementia,penyakit Alzheimer

11)Buah berry spt blue berries,black berries,rasp berries,acai berries

---mengandungi antioksidan

12)Kopi

--- kaya dengan antioksidan bagi kurangkan risiko dementia,penyakit Alzheimer

13)Brokoli

--- sumber vitamin K...penting bagi memantapkan fungsi kognitif

14.Balackcurrant

---mengandungi vit.C....meningkatkan kematangan otak

15)Matcha

--- mengandungi 33 kali ganda lebih paras antioksidan berbanding blueberries