Sunday, August 21, 2011

KEMERDEKAAN ADALAH HARTA PUSAKA

Sana sini terdengar lafaz,laungan,ucapan dan pekikan 'MERDEKA'
memecah kesunyian.
Di desa dan di kota berkibar megah bendera 'JALUR GEMILANG'
Di mana-mana berpesta gembira
penuh kerancakan atas nama 'PATRIOTISME'
Moga-moga terpupuk semangat cintakan negara 'MALAYSIA'
Inilah usaha murni menanamkan rasa sayangkan tanah air
...Tanah Tumpah Darah!

Namun,disebalik kemeriahan itu semua
Sewajarnya,anak watan yang setia pada bumi bertuah dan berdaulat ini
harus sedar,.....ada insan malang,kurang upaya,papa kedana,meminta-minta,
                       mengemis,bergelandangan di tanah tumpah darahnya sendiri!

Insaflah,pertingkatkan usaha dan keupayaan diri
perkuatkan jati diri dan segalanya.
Agar generasi mendatang terus bebas lagi berdaulat.
Tidak dibelenggu sengsara.

Isilah kemerdekaan hadiah generasi terdahulu ini
dengan penuh bijaksana.
Sematkan semangat membara 'MERDEKA' ini di sanubari
setiap detik sepanjang hayat.

Isilah kemerdekaan ini dengan menjadi pejuang tulin
untuk AGAMA,BANGSA dan TANAH AIR..
iaitu dengan mempertahankan agama, akidah dan maruah
iaitu dengan mempertaruhkan nyawa,
iaitu dengan merpergunakan akal
iaitu dengan memelihara harta 'PUSAKA MERDEKA'!
pantang diperkotak-katikan,pantang dipermainkan.
berbekalkan semangat pantang kalah.

YA! KEMERDEKAAN ADALAH SUATU 'HARTA PUSAKA'

mempertahankan 'harta pusaka merdeka' bermakna
......mempertahankan kedaulatan negara Malaysia
      dari serangan dan ancaman musuh durjana
......dan memelihara kemerdekaan negara dari dijajah semula.

Ya! kita tidak rela dijajah lagi
baik dari segi fizikal,ketenteraan,persenjataan,mental/minda
mau pun budaya,ideologi,politik,ekonomi ,sosial
dan segalanya milik kita,bebas dari campur tangan asing!
Nasib kita,biar kita yang tentukan
dengan acuan kita sendiri.

Isilah pusaka kemerdekaan ini dengan sebaiknya.
Janganh sekali dibuai oleh kemewahan dunia
Jangan dekati penyakit sosial
Jangan turuti hawa nafsu
Jangan terjebak ke lembah hina/maksiat
Jangan terjerumus ke kancah rasuah
Jangan terperangkap gejala dadah
Jangan terlampau dalam segala
Jangan terpengaruh pelbagai 'isme'/ajaran sesat

Isilah pusaka kemerdekaan ini sebaik mungkin
dengan menjadi pembela keadilan dan penegak kebenaran
Atau sekurang-kurangnya
dengan menjadi manusia baik
dengan menjahui kejahatan
dan tidak menyusahkan orang lain!
Atau setidak-tidaknya
dengan menjadi manusia berguna untuk diri sendiri.

Jangan jadikan pusaka kemerdekaan ini
medan merebut kuasa,
gelanggang melempar fitnah,
tempat membuat durjana,
mencabar hak asasi Tuhan atas nama hak asasi manusia

Sebaliknya,
jadikan kemerdekaan ini
tempat mengabdi pada Tuhan
gelanggang berbakti untuk kemanusiaan
tempat memperbaiki akhlak
medan kesederhanaan dalam segala
buat mengumpul pahala
buat bekalan ke syurga!.


(SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN)

No comments:

Post a Comment