Thursday, August 4, 2011

PANDUAN UNTUK BERHIBUR

1.Berhibur adalah tidak salah disisi ajaran Islam

2.Namun begitu,ianya haruslah mengikut panduan yang disyariatkan bagi mempastikan agar unsur-unsur yang haram/dimurkai Allah tidak terjadi semasa aktiviti hiburan tersebut.

3.Untuk itu kita sebagai umat Islam,mesti saling ingat-mengingati dan bertanggung jawab akan hal ini supaya aktiviti berhibur tersebut sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah yang dibenarkan oleh Islam dan terhindar dari segala larangan Allah.

4.Berikut adalah sedikit panduan untuk kita semua fahami agar aktiviti hiburan yang dilaksanakan itu tidak menyalahi hukum syarak:

Pertama

Pastikan niat berhibur anda diperbetulkan cuma kerana Allah

Kedua

Pastikan muzik,lagu,senikata dan skrip tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah yang bertentangan dengan akidah seperti menghina Islam, memburuk-burukan Rasullullah SAW,memperlekeh para sahabat Nabi,meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub pada wanita.

Ketiga

Pastikan persembahan yang dijalankan tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain
terabai seperti menunaikan ibadah,hak mencari dan memberi nafkah,menuntut ilmu dan sebagainya.

Keempat

Pastikan muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai unsur maksiat dan melalaikan seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta melampau,luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia hingga mendorong pendengar melakukan maksiat.

Kelima

Pastikan agar aktiviti hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan insrumen bukan bunyian melampau seperti yang dilakukan oleh penyanyi rock sehingga penonton melompat-lompat,menjerit dan bersorak mengikut rentak sehingga menjatuhkan akhlak dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

Keenam

Pastikan semua pihak/hadirin menutup aurat,tidak melakukan gerak badan yang memberahikan atau menyanyi dengan suara yang lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan hadirin.Sekali pun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik,dalam keadaan ini ia tetap haram.

Ketujuh

Pastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara satu sama lain,tiada majlis tari menari,tiada acara minum arak,pertaruhan judi,tiada drama atau lakonan liar.

Kelapan

Pastikan penyanyinya adalah lelaki jika penontonnya juga lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu daripada kalangan wanita.Ini bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda.


(BERPADALAH BILA BERHIBUR............)

No comments:

Post a Comment