Thursday, August 11, 2011

IKHLAS.....

1.Seseorang perlu melakukan ibadat dengan ikhlas tidak mengharapkan balasan dari Allah.

2.Ini kerana kita bukan pekerja Allah tetapi hambaNya.

3.Pekerja meminta upah bagi setiap yang dilakukan,tetapi hamba melakukan segala suruhan atas dasar ketaatan dan ketaqwaan,iaitu sifat orang beriman.

4.Orang betul-betul beriman dan penuh ikhlas beribadat akan menjauhi sama sekali daripada menunjuk-nunjuk kepada orang lain yang ianya kuat beribadat pada sepanjang masa.

5.Sikap menunjuk-nunjuk dan berlumba-lumba mempamerkan kelebihan amal-ibadat adalah sifat riak yang Allah benci.

6.Lakukanlah ibadat sekadar terdaya dengan penuh keimanan dan keikhlasan.Itu yang penting.Pedulikan yang lain.

7.Janganlah menghitung pahala kerana itu adalah sifat pekerja,bukannya sifat hamba Allah.

8.Allah menilai segala ibadat kita bukan sekadar apa yang kita zahirkan,tetapi lebih kepada apa yang ada di hati.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

9.Umpamanya bersedekahlah walau sebiji kurma/walau seringgit/walau sedikit tapi cukup ikhlas.Begitu jugalah dengan ibadat-ibadat lain,soal niat ikhlas amat penting.Tanpanya sia-sia ibadat.

10.Perkara paling utama ketika beribadat adalah tingkatkan rohaniah kita.Ujian sebenar ialah bagaimana kita dapat mengawal nafsu,emosi dan melawan sifat-sifat mazmumah ketika beribadat/berjihad/berjuang dalam sebarang keadaan.

11.Apalah sangat perjuangan kita hari ini,berbanding dengan perjuangan Rasullullah dan para sahabat baginda yang ada ketikanya terpaksa berperang dalam bulan puasa,berjalan beratus-ratus kilometer dalam keadaan serba kekurangan sambil berpuasa,dimana memang mencabar keupayaan fizikal.

12.Kita berpuasa misalnya hari ini cuma sekadar melawan nafsu makan/minum dan syahwat saja,tapi malangnya bila ditempat kerja yang berhawa dingin pun melepek,mengadu lesu,letih,tertidur masa kerja,bermalas-malas dimana ini mengurangkan produktiviti.Beramanahkah kita? Bukankah kita sudah melanggar amanah dengan majikan?

13.ORANG BERIMAN PASTINYA BERAMANAH SEPANJANG MASA.

14.Soal keimanan dan keikhlasan perlu dijaga selalu.Bertanyalah pada diri sendiri IKHLASKAH KITA?

No comments:

Post a Comment