1.Anda mungkin memikirkan hidup ini penuh dengan masalah.Andaian mungkin benar.
2.Namun jangan terperanjat,sebenarnya mempunyai masalah bukannya suatu masalah.Jadi jangan gusar.
3.Bila bermasalah,sebenarnya tidak ada apa yang tidak kena dengan diri anda.Dan sememangnya tidak ada salahnya mempunyai masalah.
4.Jika dikaji,masalah hidup ini hanya sekadar perbezaan antara di mana anda berada dan di mana pula anda ingin berada.Itu saja!
5.Biasanya masalah timbul bila anda tidak dapat apa yang anda mahu atau mungkin berada di tempat yang tidak sepatutnya anda berada.Ketika itu anda rasa tidak selesa.Itulah masalah bukan!
6.Namun apa salahnya jika anda cuba menyesuaikan diri dengan situasi tidak selesa tersebut....selesailah satu masalah bukan!
7.Bagaimana pun masalah lain pula sedang menanti.Maksudnya masalah tidak pernah berakhir....sentiasa ada!
8.Masalah baru akan mengisi ruang di antara titik permulaan dengan destinasi atau matlamat akhir anda.
9.Jadi jangan sesekali terkejut! Anda akan terus dilanda masalah kerana sekali pun anda selesaikannya,satu lagi masalah akan mengisi ruang yang kosong itu.Tetapi bukannya mengenai baik atau buruk sesuatu masalah.Ia hanya berlaku begitu saja.
10.Cuba tanya diri anda,siapa yang tiada masalah? Jawabnya mudah.....TIDAK ADA!
11.Semua orang ada masalah tersendiri.Cuma masalahnya berbeza.Tua cara tua.Muda cara muda.
12.Pernah kah anda bertanya,bagaimana pula jika tiada masalah? Sebenarnya cuma orang yang sudah MATI saja tidak ada masalah hidup(masalah azab kubur kerana dosa banyak tu cerita lain la!)
13.Oleh itu kita yang masih hidup pula perlu bersyukur kerana dengan adanya masalah,kita akan mencari jalan,berfikir,berinovasi untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik,sempurna dan bermakna.
14.Memang kadang kala dunia kelihatan gila kerana dipenuhi dengan bermacam-macam masalah.Namun begitu jika tanpa masalah,kehidupan ini mungkin tidak menyeronokkan!
15.Jika anda mengalami masalah dalam hidup ini....jangan hilang FOKUS.Cari semua fakta kepada masalah itu,gunakan segala panduan yang ada termasuk panduan agama sebagai pemudah cara dan akhirnya jangan sesekali kusutkan keadaan yang bermasalah tersebut.BERSABAR,BERDOA,BERUSAHA,ISTIQAMAH DAN BERTAWAKAL kerana semua masalah adalah ujian Tuhan untuk menguji tahap keimanan/ketaqwaan hambaNYA.
No comments:
Post a Comment