Thursday, August 18, 2011

KELIRU ANTARA TUJUAN DAN KEPERLUAN HIDUP

1.Banyak orang keliru antara matlamat/tujuan hidup dengan keperluan hidup.Rencana ringkas ini cuba menjelaskannya.

2.Hidup di muka bumi ini adalah masa diantara lahir hingga mati.Lamanya masa hidup berbeza-beza antara manusia.

3.Sebenarnya,hidup ini perlu disesuaikan menurut tujuan Allah menjadikan kita berada di dunia ini iaitu untuk membuktikan janji tatkala di alam roh bahawa manusia telah berjanji untuk taat setia kepada Allah.

4.Bagi membuktikan janji itulah manusia diwujudkan di muka bumi ini sebagai mana firman Allah yang bermaksud:
"Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia,melainkan untuk mengabdi kepadaKu" (Surah Al-Zaariat,ayat 56)

5.Jelas bahawa tujuan hidup manusia di muka bumi ini adalah untuk mengabdi diri kepada Allah,iaitu menjadi hamba Allah,bukan pekerjaNya.

6.Untuk mencapai tujuan hidup tersebut maka manusia perlu mengikut jalan yang lurus iaitu ISLAM.
   Allah berfirman yang bermaksud
   "Maka hadapkanlah dirimu dengan lurus kepada agama ciptaan Allah,yang dijadikan manusia amat sesuai       dengannya,tidak ada perubahan bagi ciptaan Allah,itulah agama yang lurus,tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Al-Rum,ayat 30)

7.Setelah memahami matlamat/tujuan sebenar mengapa kita diwujudkan di dunia ini,maka kita kena tahu jalan yang betul ke arah matlamat tersebut.Seterusnya melaksanakan sebaik mungkin dengan segala keperluan yang diperlukan.

8.Apa yang kita perlu untuk hidup?Antaranya adalah wang,kekayaan dan kemewahan.Kita kena faham bahawa wang adalah keperluan hidup,bukannya tujuan hidup!

9.Jadi,jangan sesekali salah tafsir hingga  keperluan hidup(wang) dijadikan tujuan hidup.

10.Ingatlah bahawa tujuan hidup yang betul (iaitu menjadi hamba Allah) adalah segala-galanya.

11.Wang,kekayaan,harta benda dan kemewahan bukanlah segala-galanya kerana ia tidak akan dibawa bersama ke liang lahad.

12.Memang wang penting untuk hidup seharian,tetapi wang tidak boleh membeli perkara-perkara berikut:
.....masa,detik masa lalu
....khusyu'nya solat
....kebahagiaan sebenar
....kasih sayang dan cinta sebenar
....,kesihatan hakiki
....persahabatan sejati
....akhlak mulia/sikap terpuji
....keimanan/ketaqwaan/kemuliaan sebenar
....nyenyaknya tidur
....keikhlasan hati suci
....doa kudus
....keredhaan Allah
....syurga
...nasib/takdir
....amanah
....haji mabrur
....maqam terpuji
...dan lain-lain.

13.Oleh yang demikian,jika kita jadikan wang,kebendaan,kekayaan dan kemewahan sebagai tujuan hidup maka boleh menyebabkan manusia melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti rasuah,pecah amanah,merompak,menipu,melacur,murtad,membunuh,tamak,sombong,cakap besar,bangga diri dsg.Akibatnya manusia akan bersikap materialistik,individualistik,menganut fahaman sesat seperti kapitalis,sosialis,komunis,liberalisme dan sebagainya yang menjadikan wang/harta dunia sebagai fokus utama  hidupnya.

14.Kita kena faham bahawa memanglah wang penting dalam kehidupan ini tapi jangan sampai ke tahap menyembah atau jadi hamba wang pula.SEMBAH LAH ALLAH dan jadilah hamba Allah bukannya wang.

15.Sila faham betul-betul antara tujuan hidup dan keperluan hidup didunia yang sementara ini agar kehidupan kita menjadi lebih bermakna dan berada dilandasan yang lurus sebagai mana Allah tetapkan.

No comments:

Post a Comment