Friday, August 12, 2011

TERSESAT......

.....dek orkestra politik

Kita sebenarnya telah tersesat
Pabila lebih mementingkan politik
       daripada kepentingan agama,bangsa dan tahah air.

Kita sebenarnya telah tersesat
Pabila lebih mementingkan ego diri
       daripada kepentingan akidah,persaudaraan dan wataniah.

Kita sebenarnya telah tersesat jauh
Pabila bermain politik bukan kerana Allah
       tetapi sebenarnya mempermainkan-mainkan Allah!

Ingatlah bahawa
 umat yang disegani
sebenarnya bermula dengan kekuatan
iaitu kekuatan tauhid/akidah,perpaduan,pengetahuan
bukannya kekuatan ekonomi semata.

Ingatlah bahawa
 adalah tidak salah sebenarnya
pabila kita berbeza pendapat
berselisih faham,bertegang leher
tetapi jangan sampai berpecah,bergaduh dan berkerat rotan

Ingatlah bahawa
politik bukanlah segala-galanya
politik cuma alat menbentuk kuasa
politik adalah sebuah amanah
politik cuma sekadar sebuah orkestra
bagus pengemudinya,berjayalah persembahan.....

Ingat bahawa
Allah adalah segala-galanya
daripadaNya kita datang
kepadaNya kita kembali.

Justeru itu,
sampai bila kita harus terus tersesat...
Sekali lagi ditegaskan bahawa
Kita tersesat kerana kepentingan duniawi,
kepentingan politik,memuja demokrasi
lebih dari agama Allah.

Kita telah tersesat jauh sekali
pabila gilakan kekuasaan
tamakkan kedudukan
rakus mengejar pangkat
tanpa mempedulikan akidah
malah menggadai agama Allah.

Jadi jangan terpengaruh dengan retorik politik ukhrawi.....
Jika masih berterusan tersesat begini
Maka tersesatlah kita sampai ke hujung usia
 dek menjulang sistem demokrasi
dek mengamalkan pelbagai fahaman sesat...
(kapitalis,sosialis,nasionalis komunis,atheis,pluralisme dan pelbagai lagi....)

Maka tersesatlah kita pabila mencari tuhan lain selain Allah.
Maka tersesatlah kita pabila mencari ajaran agama lain selain Islam.

Maka terus tersesatlah kita bila menganut fahaman "CINTA DUNIA,TAKUT MATI"
Maka tersesatlah kita bila segalanya berpaksikan hukum politik bukan hukum Allah
Maka terus tersesatlah kita pabila membelakangkan petunjuk Allah dan Sunnah Nabi

RENUNGILAH
adakah kita telah tersesat dari jalan yang lurus?
...mudah-mudahan kita tidak terus tersesat
...semoga kita terus berada dilandasan yang diredhai...




No comments:

Post a Comment