Wednesday, August 3, 2011

KONSEP AMAL SOLEH

1.Banyak orang beramal tapi sebenarnya tidak soleh.

2.Amalan bermula dengan menunaikan ibadat khusus untuk diri iaitu fardhu 'ain, yang tokok tambah dengan ibadat sunat.

3.Segalanya dilakukan atas KONSEP KERANA ALLAH TA'ALA,bukan nya kerana hendakkan pahala atau syurga.

4.Konsep kerana Allah Ta'ala ini juga berbeza kefahamannya.Ada yang beribadat dengan niat untuk Allah,sedangkan Allah Maha Sempurna dan tidak memerlukan apa-apa pun daripada sekalian hamba-hambanya.Ini tidak betul.

5.Sesetengahnya pula beribadat dalam konsep kerana Allah,tetapi dengan kefahaman bahawa dia melakukannya kerana mematuhi perintah Allah atau ketaqwaan.Ini tidak salah,tapi kurang martabatnya.

6.Sebaliknya,sebilangan lagi,beribadat dengan penyerahan diri  yang bulat kepada Allah.Bagi mereka ini,dengan izin dan kurniaan Allah sahajalah mereka dapat menunaikan solat,puasa dll ibadat.Dengan rahmat Allah sahajalah mereka dapat hidup,dan dengan kehendak Allah jualah mereka akan mati.

7.Ertinya mereka ini menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dalam setiap perlakuan mereka,dan pada setiap detik usia mereka.Ingatan mereka jarang lekang daripada Allah.

8.Bai mereka segalanya adalah dari Allah.Segal di sekeliling mereka adalah ciptaan dan ketentuan Allah,sama ada buruk atau baik.Maka yang cantik dan baik tidak dipuja atau dipuji kerana yang berhak menerima segala pujian ialah Allah.

9.Yang cacat dan buruk juga tidak dihina kerana itu jua dari Yang Maha Mencipta iaitu Allah.Senang atau susah juga dari Allah.Mereka bersyukur ketika senang dan redha bila susah.Inilah golongan istimewa.Mereka tidak takut kepada apa pun,kecuali Allah.

10.Berdirinya mereka ketika menunaikan solat dll ibadat bukan lagi atas konsep menunaikan perintah Allah,tetapi digerakkan oleh Allah Yang Maha Menguasai segala sesuatu.

11.Sebagai hamba yang taat,mereka membuang dari diri mereka sifat ego yang bertaut rapat dengan nafsu.
    Hati dan perasaan yang kosong lalu diserahkan kepadaAllah untuk diisi dengan iman.Itulah penyerahan diri atau tawakal yang sebenarnya.Lalu bergetarlah hati mereka kerana terasa kehampiran dan kebesaran Allah.

12.Setelah menunaikan segala ibadat fardhu dan sunat untuk diri,dikerjakan pula segala kebaikan untuk orang lain,memikul tanggung jawab dan amanah Allah bagi menzahirkan sifat pemurah dan penyayang,nafkahkan rezeki untuk orang lain,amal jariah,sebarkan ilmu,melaksanakan fardhu kifayah,berusaha berdakwah mengembangkan agama Allah dan berusaha mencari keberkatan,keampunan dan keredhaan Allah.ITULAH DIA KONSEP AMAL SOLEH yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment