Bersatu kita teguh,bercerai kita roboh----itulah hakikatnya!
Soal munyuruh umat bersatu bukan perkara baru,
tapi manusia Melayu-Islam tetap sukar bersatu.
Kalau kata sudah bersatu,
mengapa masih bertelagah?
mengapa tergamak benci-membenci?
mengapa rela maki hamun?
mengapa mahu berperang?
mengapa sanggup berbunuhan?
Sebenarnya,
kita tidak bersatu dalam erti kata perintah Allah
umpama isi dengan kuku
umpama aur dengan tebing
umpama irama dan lagu
umpama zahir dengan batin
umpama jasad dan roh.
Bukan bersatu namanya,
kalau masih berpuak-puak
kalau masih bersuku-sakat
kalau masih pentingkan kroni
kalau masih curiga mencurigai
kalau masi berkonflik
kalau masih ada agenda tersembunyi.
Bersatulah.....demi Allah
.....demi menentang musuh yang nyata-syaitan!
.....demi maruah manusia.
Tanda bersatu adalah...seia sekata,sehati sejiwa,sehaluan
...rasa kesepunyaan dan kebersamaan
...rasa sepasukan dan seperjuangan
...bantu membantu,sokong menyokong
Maka bergeraklah dalam satu barisan yang kukuh umpama sebuah bangunan teguh!
Bersatulah agar digeruni musuh
Bersatu bukan sekadar jadi rakan kongsi
Bersatu ertinya berpadu memperkasa kuasa
bukannya bersetuju dalam semua perkara
bukannya penuh kekalutan dan kecelaruan hala tuju
Akibat tidak bersatu
maka kita akan terhina,malu,putus asa,marah
seterusnya kita jadi bosan,gagal ,tertindas!
Berpecah-belah bukannya strategi cerdik
Pecah dan Perintah adalah strategi musuh Melayu.
BERPECAH BELAH TIDAK AKAN MEMBAWA KITA KEMANA-MANA!
Ayuh bersatu.......
No comments:
Post a Comment